Menikmati tortilla wrap yang padat dengan isi dan limpahan sos pelbagai perasa serta  sayur salad yang segar tentu sahaja nampak sungguh menyelerakan. Apatah lagi jika kita sendiri yang sediakan ramuannya, pasti bahan yang terpilih kita gunakan. Barulah puas hati!

Jadi apa kata sempena anak-anak sedang bercuti di rumah ketika ini, anda sediakan menu ini yang cukup mudah penyediaannya. Bolehlah dinikmati bersama-sama seisi keluarga. Bahkan anak-anak kita ni pun bila duduk di rumah, mula lah asyik lapar tidak kira waktu.

Kalau makan nugget sahaja mesti bosan, jadi bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Jaja Ramli ini yang turut berkongsi tip bagaimana nak pastikan salad yang digunakan dalam penyediaan bahan tortilla kekal segar.

Bukan itu sahaja, malah turut dikongsikan cara lipatan dan membungkus tortilla dengan kemas. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.

Time cuti sekolah ni anak-anak pasti suka.. mak-mak nak bagi nugget je.. anak dah bosan.. boleh try buat macam ni… tengok pun anak-anak dah tak sabar nak makan

MINI TORTILLA

Bahan-bahan:

  • Buat Tortilla Nak Pastikan Sayur Salad Kekal Segar Ada Caranya Wanita Ni Kongsikan!Nugget digoreng
  • Salad- Nak tahan lama.. rendamkan dengan air garam dulu ye, tapi dalam 2-3 minit macamtu dan toskan
  • Sos cili dan mayonis-bubuh dlm botol siap-siap, nanti senang nak letak dekat tortilla ni
  • Tortilla- terpulang suka jenis apa, kali ni guna brand gardenia, panaskan dulu dekat kuali, terbalik-balikan dalam beberapa saat.

Buat Tortilla Nak Pastikan Sayur Salad Kekal Segar Ada Caranya Wanita Ni Kongsikan!

Lepas itu  lipatkn macam ni, supaya nampak garisan, nanti senang nak potong 2

Langkah 1 :  Roti wrap ni kedudukkannya camni ye.. pastu letaklah mayonis n sos cili atau apa saje yang kita suka

Buat Tortilla Nak Pastikan Sayur Salad Kekal Segar Ada Caranya Wanita Ni Kongsikan!
Langkah 2 : Letakkan  salad, seketul nugget dan letak lagi sekali sos dan mayonis tadi. Baru rasanya sedap.

Buat Tortilla Nak Pastikan Sayur Salad Kekal Segar Ada Caranya Wanita Ni Kongsikan!
Langkah 3 : Pastu lipatkan roti wrap tu seperti ini dan sebelah lg pun sama, barulah nampak bentuk tu kan.

Buat Tortilla Nak Pastikan Sayur Salad Kekal Segar Ada Caranya Wanita Ni Kongsikan!Langkah 4 : Ambil pembalut burger ni, kat tempat you all mesti ada yang corak lain dari yang ni, kat sini ada yang ni je.. ni nak balut mini tortilla kita tu, supaya sos tadi tak adalah nak meleleh kat tangan, masa kita makan. Potongkan pada 4 bahagian dan dapat cam ni ye, boleh jimat kertas ni.

IKLAN

Buat Tortilla Nak Pastikan Sayur Salad Kekal Segar Ada Caranya Wanita Ni Kongsikan!
Langkah 5 : Ok, ni cara lipatan tu.. tengok betul-betul ye.. ada dua lipatan.. dan ada tujuannya kenapa

Buat Tortilla Nak Pastikan Sayur Salad Kekal Segar Ada Caranya Wanita Ni Kongsikan!
So akan jadi macam ni.. harap faham ye

Langakh 6 : Ni cara nak balut .. letak roti tu ikut garisan ye.. dan lipatkan ke atas seperti ni… dan yang tepi tu.. buat seperti ni..dan kemudian sebelah lagi.. senangkan

Buat Tortilla Nak Pastikan Sayur Salad Kekal Segar Ada Caranya Wanita Ni Kongsikan!

Buat Tortilla Nak Pastikan Sayur Salad Kekal Segar Ada Caranya Wanita Ni Kongsikan!
Untuk lebih kemas, kita boleh letak selotep dan terus nampak kemas kan. Tadaaaa… dah jadi mini tortilla.

Buat Tortilla Nak Pastikan Sayur Salad Kekal Segar Ada Caranya Wanita Ni Kongsikan!
Alhamdullillah, buat semalam ni tuk majlis makan malam bersama ahli keluarga.. selamat mencuba semua.

Sumber : Jaja Ramli 

IKLAN

 

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Buat Tortilla Nak Pastikan Sayur Salad Kekal Segar Ada Caranya Wanita Ni Kongsikan!

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI