Sesuai untuk dimakan bersama nasi panas atau dimakan dengan begitu sahaja, menu Ayam Goreng Kunyit ni memang terbaik dan mendapat tempat di hati ramai. Tak hairanlah menu yang satu ini sudah viral. Pergi kedai makan mana pun, pasti akan terselit menu ini.

IKLAN

Bag ibu-ibu yang ingin memasak sendiri resipi Ayam Goreng Kunyit ini, supaya lebih puas dimakan kerana kuantiti lebih banyak, nah admin kongsikan resipi dari Haja Saleh. Boleh guna teknik dan resipi ayam goreng kunyit viral ini.
Ayam goreng kunyit mudah, sedap !
Lama betul tak share resipi kan.
Ayam Goreng kunyit ni Kira feveret anak anak termasukla bapak dia sekali senang cepat tapi tetap sedap!
Jom cuba resipi ni

Bahan bahan untuk ayam
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu Banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)
Cara caranya:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang n kacang panjang. Angkat dan toskan.
———————————————————————
Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau je sebab merah yilek)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah agak halus bahan2 kat atas boleh masak sekejap atas api. Ambik sedikit minyak Goreng ayam tadi. masak sekejap Dalam 5-8 minit.
Siappp!
Boleh makan dengan nasi panas2 renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi2 kalau sambal tu pedas BERAPI
selamat mencuba resipi SEDAP MUDAH ni