Bahan yang satu ini sememangnya cukup digemari, bukan sahaja berkhasiat dalam masakan, halia juga baik untuk tujuan kesihatan dan kecantikan.

Sejak zaman-berzaman, halia digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah penghadaman serta membantu melancarkan peredaran darah.

Halia juga mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol. Selain memberi manfaat kesihatan halia juga digunakan secara meluas dalam rawatan kecantikan.

Ikuti perkongsian dari saudari  Che Mira Kimora yang  memberi tips untuk memiliki kulit wajah licin dengan menggunakan halia dan cuka sahaja.


TIPS KULIT WAJAH BERSIH BERSINAR SEPERTI RAWATAN FACIAL BERNILAI RM250 !!

Amalkan cara yang paling mudah ini untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Kulit muka flawless dan menghilangkan flek-flek hitam pada wajah.

Bahan-bahan

1 cawan cuka
2 ketul halia (bersih dikupas)
Sediakan 1 bekas kaca
1 mangkuk kecil ais cube

cara membuat: 

Hiris halia nipis… agak2 korang nak nipis macam mana.
Gosokkan halia pada wajah.
Gosok muka dengan ketulan ais.
Simpan dalam peti ais. Ada masa tenyeh jer kat muka jeragat mmg seram nak naik.
Selepas kejadian tenyeh kat muka.. 2keping pun dah cukup,jimat gilerr kan.

Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.

Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit.Selepas itu bilas dengan air dan ambik ais cube,gosok di seluruh bahagian muka.

Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Tahan sehingga 3minggu.!

Manfaat cuka :
1.mengecutkan jerawat
2.zat anti aging
3. Mengurangkan bintik2 penuaan
4.menghilangkan racun dari wajah anda

Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.

Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat- sangat mulus.

Bahan-bahanHaliaCukaRendam halia dengan air cuka, selepas itu perap semalaman biar halia sebati dengan air cuka. Boleh tahan sampai sebulan tau… jimatt sangat kan.

Posted by Che Mira Kimora on Saturday, 24 February 2018

Korang boleh tengok bideo ni.. cara-cara yang betul untuk dapatkan kulit cerah bersinarseperti berlian.

Posted by Che Mira Kimora on Saturday, 24 February 2018