Sebuah keluarga dipuji ramai kerana membersihkan jalan sebaik selesai membakar mercun bersempena Tahun Baru Cina yang disambut pada Rabu lalu.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai ninanino, dia telah memuat naik rakaman sewaktu jiran berdekatan rumahnya bergotong-royong menyapu mercun yang telah dibakar di hadapan rumah.
Tidak hanya seorang bahkan seluruh keluarga dilihat masing-masing bersungguh-sungguh membersihkan kesan-kesan berwarna merah sehingga laluan tersebut kembali bersih seperti sebelum mereka membakar mercun.
Pun begitu lebih mulia lagi bila jiran yang berada di hadapan rumah turut sama membersihkan kawasan jalan berkenaan beramai-ramai.
Ads
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan berkenaan kerana masih menjaga kebersihan serta keselesaan jiran tetangga.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lelaki baru 3 minggu kahwin, kemalangan di Singapura, keluarga mohon bantuan kos rawatan. Seorang rakyat Malaysia kini terlantar di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Universiti Nasional (NUH) Singapura selepas terbabit kemalangan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) Khamis lalu.
Akif-Zarr Ukasyah Shuhaimi, 28, yang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja, digilis sebuah motosikal berkuasa tinggi setelah dia terjatuh dari motosikalnya kerana cuba mengelak kemalangan lain.
Berikutan kemalangan itu, Akif memerlukan bantuan orang ramai untuk membiayai kos rawatannya di republik itu. Keluarga Akif meminta jasa baik rakyat Malaysia, bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan.
Akif-Zarr yang berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat makanan dan minuman (F&B) di Bencoolen Street, baru sahaja mendirikan rumah tangga tiga minggu lalu.
Lelaki itu mengalami cedera serius di bahagian tulang belakang, patah tangan kiri selain pendarahan dalaman akibat kecederaan paru-paru.
Isterinya, Nur Syahirah Md Zohir yang bekerja di Kulim, Kedah berkata keluarga diminta membayar sekurang-kurangnya 50 peratus kos rawatan di NUH sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Sebelum ini suami memang dinasihatkan untuk tidak dipindahkan kerana belum stabil. Hospital baru sahaja maklumkan petang tadi bahawa Akif-Zarr sudah boleh dipindahkan,” katanya.
Nur Syahirah yang kelihatan sugul berkata mereka sekeluarga kini runsing memikirkan bil hospital yang perlu diselesaikan. Bil setakat 23 Oktober berjumlah S$110,537.60 (S$1=RM3.29).
Ibu Akif-Zarr, Ku Amazon Tuan Yusof, yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah negeri di Kelantan berkata mereka sekeluarga kini berulang dari Johor Bahru setiap hari bagi melawat anak keduanya itu.
Beliau berkata mereka kini menumpang di rumah kawan Akif-Zarr dan akan berada di hospital sehingga waktu melawat berakhir pada 8 malam setiap hari.
“Saya tengok keadaan dia, Akif-Zarr memang perlukan sokongan kami sekeluarga. Jadi, walaupun dengan keadaan yang kurang sihat, kami akan tetap berulang sampai dia boleh pindah ke HSA,” katanya yang menghidap hipertensi, selain bapa Akif-Zarr yang mempunyai penyakit jantung.
Ku Amazon berkata, beliau memohon jasa baik orang ramai untuk menyumbang bagi membayar bil hospital, selain mendoakan semoga anak kedua daripada enam adik beradik yang selama ini menjadi harapan keluarga cepat sembuh dan tabah menghadapi proses penyembuhan yang panjang.
“Doktor beritahu masih ada beberapa pembedahan yang perlu dilakukan. Kami hasrat untuk buat di Johor nanti.
“Keutamaan kami, selesaikan bil di sini dan kemudiannya fikirkan langkah seterusnya.
“Doktor juga ada minta kami sediakan kerusi roda. Kami sekeluarga ada ikhtiar untuk jual apa yang ada namun semua itu perlukan masa, dan kami kesuntukan waktu,” katanya.
Ku Amazon berkata buat masa ini walaupun dalam keadaan yang lemah, Akif-Zarr sudah mampu berkomunikasi dengan menulis.
“Kami berterima kasih pada NUH sebab bagi rawatan selain prihatin. Pekerja sosial juga ada jumpa tanya keadaan kami.
“Kami juga berterima kasih pada yang telah dan akan menyumbang,” katanya.
Beliau berkata setakat ini, sumbangan yang telah diterima adalah sebanyak S$7,000.
Sumbangan boleh disalurkan kepada nombor akaun berikut: Ku Amazon Tuan Yusof (ibu) (Maybank – 153039098822) atau Nur Syahirah Md Zohir (isteri) (CIMB – 7612785947).
Hajat seorang anak kecil yang ingin membuang air kecil tidak berjaya apabila cedera selepas dipatuk ular sawa yang bersembunyi di mangkuk tandas di rumahnya di Apartment Prima Court, Saujana Melawati.
Menerusi laporan Berita Harian, kejadian dilaporkan jam 11 pagi ketika kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Hadi masuk ke tandas di bilik tidur utama kediaman empat tingkat itu.
Ibunya, Adibah Aziz berkata anak lelakinya itu dipatuk ular berkenaan ketika membuka penutup mangkuk tandas untuk membuang air kecil.
“Masa itu saya sedang memasak di dapur sebelum terdengar anak saya menjerit dan meluru keluar dari bilik dengan darah sedang menitik-nitik.
“Dia (Hadi) memaklumkan telah dipatuk ular sebelum saya keluar meminta bantuan jiran-jiran untuk segera menghubungi ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Ketika kejadian hanya saya, Hadi dan seorang lagi anak saya berusia setahun berada di rumah,” katanya kepada BH lewat malam tadi.
Adibah berkata, anaknya itu kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum ditahan untuk rawatan susulan.
“Hadi mengalami kecederaan pada celah kelengkang dan tangan akibat terkena gigitan ular sawa itu. Alhamdulillah doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan stabil.
“Saya tidak menafikan faktor kediaman kami yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara serta dikelilingi kawasan hutan menjadi sebab ular banyak ditemui di kawasan kediaman kami,” katanya.
Sementara itu, APM Daerah Gombak memaklumkan pihaknya bergegas ke lokasi pada jam 12.45 tengah hari sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak sangka, 10 hadiah hari jadi anak pasangan pelakon aktres Rozita Che Wan dan Zain Saidin dibeli di Up Town sahaja!
Muat naik video durasi 7 minit menunjukkan Zain Saidi membawa anak anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana untuk membeli belah di Uptown Kota Damansara bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-10.
“Kita dah dekat Kota Dame, Uptown. Ini kali pertama Aaisyah datang sini, dia tak pernah datang Uptown.
“Saya nak tunjuk uptown ada apa dan dia boleh beli 10 barang bersempena dengan hari jadinya yang ke-10,” kata Zain.
Kelihatan Zain membawa Aaisyah berjalan berdua membeli 10 barang pilihan sempena hari jadi anak kesayangannya.
Antara barang pilihan Aaisyah adalah barang solek, casing telefon, topi dan baju jersey.
“Alhamdulillah siap dah 10 barang untuk Aaisyah, hari jadi yang ke-10. Bila dekat Uptown tau, kita support lokal,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, warganet rata-rata memuji Zain yang memilih untuk membawa anaknya merasai pengalaman membeli belah di lokasi berkenaan yang secara tidak langsung dapat membantu peniaga tempatan.
Sumber: Tiktok Zain Saidin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes bayi tertukar di hospital mencetuskan trauma apabila seorang bapa mendakwa bayi perempuan mereka diserahkan sebagai bayi lelaki selepas rawatan di wad.