Aktor popular Aeril Zafrel menegur tindakan isterinya, Wawa Zainal yang secara tidak sengaja mendedahkan auratnya ketika melakukan sesi siaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini.
Menerusi satu tangkapan skrin @kakmid8803, memaparkan Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin sedang mempromosikan produk kosmetiknya kepada individu yang menonton ‘live’ tersebut.
Namun ketika menunjukkan produk kepada penonton, lengan Wawa kelihatan agak terdedah sekali gus membuatkan suaminya segera menarik baju bahagian tersebut bagi menutupi pergelangan tangan.
“Nampak bah tanganmu. Kita ni meniaga jangan tunjuk aurat, betul ka? Haa sambung.. diam terus. Deep bah tadi tu sebenarnya,” kata Aeril dalam loghat Sabah.
Selepas ditegur, Wawa yang juga seorang aktres dilihat hanya mampu terdiam sambil tersenyum seolah-olah terkedu apatah lagi ditonton oleh orang ramai.
Rakaman berdurasi 27 saat itu mendapat 1.5 juta tontonan dalam masa dua hari, selain lebih 700 komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi terhadap aksi pasangan berkenaan.
Tahniah diucapkan buat pempengaruh media sosial, Irine Nadia yang mengumumkan dirinya kini hamil anak kelima.
Menerusi Instagramnya, Irine berkongsi perkhabaran gembira itu kepada pengikutnya.
Menurut perkongsian Irine, anak-anaklah orang yang paling gembira dengan berita itu kerana sudah lama berharap untuk mempunyai adik baru.
“BismillahiMashaAllah. No 5 is coming soon. Alhamdulillah. Enter my 2nd trimester pregnancy. Syukur Alhamdulillah.
“Dah masuk trimester kedua baru ibu dengan ayah bagitau pada anak-anak. Sebelum-sebelum tu, anak-anak cuba untuk berteka-teki, tapi still ibu dengan ayah sorokkan bagi keadaan morning sickness ibu stable dulu.
“Life ibu bertukar roller coaster beberapa bulan ni dengan selera makan semua out, kepala semua sakit,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Irine, keempat-empat anaknya adalah orang yang paling gembira dan terharu untuk menyambut adik baru. Paling mengharukan kata Irine lagi, dia dilayan bak puteri oleh kesemua anak-anaknya.
“Doa anak-anak tu memang betul-betul Allah makbulkan untuk dapat adik baru.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dan dilihat semakin menjadi-jadi. Sebagai orang awam, kita merasakan perlu lebih berhati-hati namun dilihat sindiket penipuan ini semakin licik memperdaya.
Ini seperti mana yang terjadi kepada pelakon popular Datuk Fizz Fairuz yang ‘terkena’ dengan penipuan daripada seorang individu lelaki berusia 26 tahun berpangkat Datuk Seri hingga menyebabkan kerugian RM18,000.
Susulan itu, Fizz membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.(21/7)
Memetik laporan di Harian Metro, Fizz ketika dihubungi berkata, wang itu dibayar sebagai bon bagi tender projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tawar Projek DBKL
“Individu ini tawarkan saya projek tender DBKL. Dia bagi senarai apa kena buat dan saya kena bayar satu peratus bon. Saya memang tak terfikir dia scammer sebab dia minta profil syarikat.
“Dia minta buat pembayaran ke akaun peribadi. Pada awalnya saya persoalkan juga perkara itu, tapi dia kata nak tolong uruskan semuanya. Katanya pertengahan bulan ini dah boleh mulakan kerja.
“Saya pun buat bayaran pada 6 Jun. Empat hari selepas itu kami masih berhubung macam biasa. Selepas itu dia sudah tidak jawab panggilan dan mesej WhatsApp. Dia pernah balas mesej itu pun selepas 50 kali saya mesej. Macam-macam alasan diberikan. Katanya dia kena Covid-19 dan sebagainya. Takkan sebulan kena Covid-19 kan?” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fizz, dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa scam selepas individu itu ‘menghilangkan’ diri selain mendapat nasihat daripada beberapa kenalan.
“Saya ada menghubungi beberapa kenalan yang pernah berurusan dengan dia. Mereka nasihatkan saya supaya tidak bekerjasama dan dekatkan diri dengan dia.
“Saya pula apabila sudah masukkan wang baru menghubungi mereka. Jadi, ini kesilapan saya sendiri. Saya percaya pun sebab dia gunakan nama DBKL,” katanya.
Dalam masa sama, Fizz memaklumkan individu itu sudah ditahan, semalam.
“Saya dimaklumkan dia sudah kena tangkap. Rupa-rupanya ramai juga menjadi mangsa. Jadi, banyak laporan dibuat terhadapnya.
“Saya juga buat laporan sebab menjadi mangsa. Saya berharap wang dipulangkan. Biarpun peluang itu macam mustahil,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pelakon Harris Annuar yang merupakan anak kepada usahawan terkenal, Kak Ton telah mendedahkan bahawa dia bakal bergelar bapa selepas memaklumkan isterinya, Asha Merican kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.
Pelakon berusia 30 tahun itu telah berkongsi berita gembira tersebut sebaik kandungan isteri memasuki fasa trimester ketiga.
“Sebenarnya isteri saya dah mengandung banyak bulan, tapi kami memilih untuk merahsiakan. Jantina anak pun kami dah tahu tapi bila dah lahir nanti baru kami kongsi,” katanya.
Bercerita lanjut, Harris yang juga anak kepada usahawan terkenal Zaiton Hassan atau popular dipanggil Kak Ton berkata, isterinya mengalami mabuk atau alahan tertentu yang dianggap sangat unik.
“Isteri saya ada alahan yang pelik, dia tidak boleh dengar lagu-lagu Melayu atau Bahasa Inggeris nanti dia akan muntah tapi itu untuk trimester pertama.
“Tapi kalau nak elakkan dia daripada muntah kena bawa dia masuk ke dalam tangga kecemasan. Bila bau simen akan elakkan dia dari bau muntah.
“Asha juga alahan tidak boleh bau badan saya membuatkan saya terpaksa memakai sabun badannya agar miliki bau yang sama.
“Lebih kelakar lagi apabila kulit dia jenis sensitif dan hanya menggunakan sabun mandi untuk bayi, jadi dengan saya sekali guna sabun yang sama,” katanya.
Selain simptom berkenaan, Asha juga lebih gemar menikmati lauk Asam Pedas selain pernah mengidam untuk makan di depan Pantai Klebang, Melaka.
Sementara itu, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut berkongsi kejadian lucu dimana dia menyangka alat ujian kehamilan adalah kit ujian kendiri COVID-19 sewaktu isterinya melakukan kejutan.
“Saya dengan dia pergi mini bulan madu di Cameron Highland, petang itu saya pergi joging apabila balik dari joging dia buat kejutan dengan letak alat ujian kehamilan bawah selimut.
“Mula-mula saya ingat dia positif COVID-19 sebab saya tak pernah tengok alat itu. Rupanya dia cakap dia mengandung, menangis juga saya masa itu,” kongsinya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...