Pengorbanan seorang ibu dalam menjaga dan menguruskan anak OKU serta ibunya yang sakit, Puan Ellyin Tan sanggup bersengkang mata dan berpenat lelah du dapur.

Dalam perkongsian wanita ini menghabiskan masa selama10 jam berada di dapur dan masak 22 jenis masakan sebagai persediaan stok lauk untuk persediaan Ramadan.

Demi  Anak OKU & Emak Sakit, Wanita Ni Gigih10 Jam Di dapur Sediakan 22 Jenis Masakan, Stok Lauk Untuk Ramadan!“22 jenis masakan (34 bekas) saya masak satu hari ni. Start dari pukul 11 pagi tadi sampai 9 malam. Sorang-sorang je layan jiwa dekat dapur sempit tu. Alhamdulillah siap stok lauk untuk persediaan Ramadhan ni.” ujarnya.

Akuinya, itu dibuat bagi memudahkan urusan dan dirinya dapat fokus untuk melakukan ibadah pada bulan yang mulia nanti.

“Boleh la fokus pada ibadah dan sampul raya je bila dah prepare awal-awal. Nak jaga anak OKU dan emak yang sakit. Dengan diri sendiri pun ada penyakit asma memang cabaran tapi itu ujian hidup saya. Harap sahabat-sahabat dapat doakan urusan saya dipermudahkan,” katanya.

Demi  Anak OKU & Emak Sakit, Wanita Ni Gigih10 Jam Di dapur Sediakan 22 Jenis Masakan, Stok Lauk Untuk Ramadan!Menurut Puan Ellyin lagi kekuatan dan kegigihan yang diperolehi dalam memasak berpuluh jenis juadah ini, meskipun ia cukup meletihkan namun segalanya adalah demi keluarga tersayang.

IKLAN

“Sebab kita pegang satu je kita boleh kuat dan hadap semua ujian…mereka orang yang kita paling sayang. Tak nak kehilangan mereka biarkan satu cabaran yang sangat meletihkan.”ujarnya.

Demi  Anak OKU & Emak Sakit, Wanita Ni Gigih10 Jam Di dapur Sediakan 22 Jenis Masakan, Stok Lauk Untuk Ramadan!Berkongsi antara 22 juadah menu yang disediakan seperti Rendang Ayam, Rendang Daging, Kari Ayam, Kari Ikan, Kari Telur, Asam Pedas Ikan Kembung, Pajeri Terung, Pajeri Nenas, Ikan Patin Tempoyak, Sambal Udang Petai, Sambal Telur, Perut Lembu Masak Lemak Cili Api, Sup Tulang, Sup Kaki Ayam, Sotong Tumis Hitam, Kurma Ayam, Ayam Masak Merah, Paprik Campur, Tomyam Campur, Daging Goreng Kunyit, Ikan Cencaru Berlada dan Pes Ikan Bakar.

Sumber: Ellyin TanMasak Apa Hari Ni.. (MAHN)


ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!

IKLAN

ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’

“Berjaya Mahramkan Musa. Dia Power.” Dah 3 Bulan Mizz Nina Masih Susukan Bayi Angkatnya, Pakar Laktasi Ni Kongsi Cerita!

BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!

IKLAN

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI