Terfikir untuk memiliki kitchen island di ruang dapur memang tidak dinafikan boleh buat ada antara kita berfikir dua tiga kali. Bukan sahaja perlu mengambil kira kesesuaian saiz ruang yang ada, malah kos yang perlu dikeluarkan untuk memiliki kitchen island.
Pun begitu jika ada asas untuk bertukang, bagus kiranya untuk buat sendiri secara DIY yang pastinya kos membuatnya lebih murah berbanding dibeli siap atau ditempah. Bahkan rekaan kitchen island dan material yang ingin digunakan semuanya terserah mengikut citarasa dan bajet kita sendiri.
Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Fara Amirullah di dalam group Tukang Apa Hari Ini, berkenaan projek DIY yang dihasilkan oleh suaminya.
I pernah post project diy kitchen island guna c channel yang husband i buat masa PKP hari tu, tapi tergendala sebab skirting and powder coating tak dapat beli dek PKP. Hari ni dedua item sampai serentak, so husband settle kan kitchen island i tu. Finally siap jugak! 😍
Top tu guna tiles je, size 4×2 sekeping RM50 lebih tak silap. Kos semua +-RM1000 guna kayu nyatoh, atas tu guna mozek .Husband saya memang tukang deco, jadi barang ni semua kami ambil dari supplier sendiri kecuali tiles tu
Mengetahui lanjut buat anda yang ingin mencuba untuk bertukang, bolehlah baca dan lihat cara membuatnya yang dikongsinya.
DIY Kitchen Island
Langkah 1 : Buatkan rangka untuk kitchen island. Saya menggunakan besi C Channel dan untuk pertemuan diantara kesemua C Channel ini saya menggunakan skru dan bukannya rebet/rivet.
Ads
Langkah 2 : Proses seterusnya letakkan kayu nyatoh sebagai table top untuk kitchen island ini. Bahagian bawah pula adalah kayu juga dan saya lekatkannya menggunakan gam kayu jenama X-Bond.
Langkah 3 : Lekatkan pula kayu yang selebihnya sehingga menjadi pattern sebegini.
Ads
Langklah 4 : Bila sudah kita beralih pula kepada fasa mengecat bahagian kitchen island ini. Untuk warna cat ini saya menggunakan warna hijau ala-ala sugar cane.
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga akhirnya kicthen island kami yang tak seberapa ini. Jadi, kalau anda inginkan kitchen island boleh cuba lakukan macam saya ini.
Sebelum ini ayah saya guna minyak kibas untuk elak kerbau rosakkan pagar dan tanaman. Sebab yang sama, bau rimau. Tapi minyak kibas susah nak dapat.
Aroma kencing harimau yang berada di paras tanah menyebabkan haiwan seperti babi hutan, ular, tikus, musang, memerang, monyet, gajah, tupai dan lain-lain akan terkesan dan lari dari kawasan tersebut.
Cubalah buat, tengok teori orang kampung berkesan atau tidak.
Ini cara membuat air kencing harimau tiruan dengan hanya menggunakan 2 bahan sahaja iaitu belacan dan ubat gegat sahaja.
Hancurkan dua bahan ini. Gaul bagi sebati. Masuk dalam botol. Buat sedikit lubang pada botol supaya baunya keluar.
Bulan Ramadan, bulan mulia yang dinantikan seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk mencari pahala yang banyak. Bulan yang mengajar umatnya untuk sentiasa melakukan kebaikan dan mengawal segala nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang.
Melalui perkongsian Ustazah Asma’ Harun, terdapat 10 perkara tips penting yang perlu dilakukan dalam menempuhi bulan suci ini. Anggaplah ini sebagai Ramadan terakhir anda untuk merebut peluang pahala yang ada, kerana tiada siapa tahu bila pengakhiran kita nanti. Semoga bermanfaat kepada semua.
ANDAI INI RAMADAN TERAKHIRKU
Pernahkah kita terfikir, bagaimanakah agaknya andai Ramadan kali ini ialah Ramadan yang terakhir dalam hidup kita? Ramadan seterusnya, masih adakah peluang untuk kita mengumpul pahala berterawih dan bertadarus al-Quran? Masih sempatkah untuk kita merebut peluang bertemu dengan malam al-Qadar?
Tiada siapa yang mampu untuk memberi kepastian, bagi setiap persoalan.
Sahabat, mulakanlah persiapan kita seawal yang mungkin bagi bertemu dengannya. Anggaplah ini kesempatan terakhir kita untuk menikmati setiap kemanisan ibadah di dalamnya.
TIPS-TIPS PENTING ANDA PERLU LAKUKAN DALAM MENEMPUHI BULAN RAMADAN
Mulakan dengan melakukan 10 tips penting untuk menempuhi bulan Ramadan yang mulia:
Maksudnya: “Rasulullah banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kami mengatakan, baginda tidak pernah berbuka, dan kadang-kadang baginda terus-menerus berbuka hingga kami menganggap baginda tidak berpuasa langsung. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadan) melebihi Syaaban.” (HR Muslim, hadis sahih)
3. PELAJARI HUKUM HAKAM PUASA
Dalami ilmu agama yang berkenaan dengan puasa contohnya hukum-hakam dan fadhilatnya. Jika ada kemusykilan, jangan malu atau segan untuk merujuk kepada mereka yang lebih arif.
Tujuannya adalah agar apa yang akan diamalkan dalam ibadah puasa lebih bermakna dan bulan Ramadan lebih dihayati.
Umar bin ‘Abdul ‘Aziz menyebutkan:
“Barangsiapa yang beribadah kepada Allah SWT tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerosakan daripada mendatangkan kebaikan.”
4. LAZIMI QIAMULLAIL
Mujahadah untuk bangun malam sebelum tibanya Ramadan (beberapa kali seminggu).
Hal ini bagi mengelakkan kita daripada liat untuk bangun malam di bulan Ramadan serta memudahkan kita untuk bangun bersahur.
5. BERAZAM UNTUK TIDAK MENINGGALKAN SAHUR
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Surah Al-Isra’ : 27)
7. MEMPERBANYAKKAN DOA
Berdoa supaya Ramadan kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Memohon pada Allah supaya diri dan keluarga sentiasa sihat sepanjang Ramadan.
8. MELAZIMI SEDEKAH
Mulakan amalan bersedekah sedikit semi sedikit daripada sekarang. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk harta. Ianya termasuk dengan mempamerkan akhlak yang baik, senyuman dan raut wajah yang menyenangkan, meringankan beban dan membantu orang lain.
Boleh juga kenalpasti jiran tetangga yang kurang berkemampuan dan hulurkan bantuan kepada mereka.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – أجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ الله – صلى الله عليه وسلم – حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ .
Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, hadis sahih)
9. MENGHIDUPKAN AL-QURAN DI RUMAH
Mulakan membaca Al-Quran dan lazimi zikir supaya ia menjadi satu kebiasaan.
Memperkemaskan bacaan Al-Quran dengan pelajari ilmu tajwid.
Bila Ramadan tiba, amalan ini diteruskan dengan beberapa penambahbaikan seperti membaca terjemahan dan mentadabbur ayat-ayatnya.
10. MERANCANG TARGET RAMADAN
Target untuk khatam al-quran (rancang berapa helai atau juzuk yang akan dibaca dalam sehari supaya dapat khatam sebelum Ramadan berakhir).
Target untuk bersedekah di mana dan kepada siapa.
Target untuk solat sunat (solat sunat rawatib, dhuha, tarawih, tahajud, taubat, hajat, dan lain-lain).
Daripada Hasan al-Basri:
Maksudnya: “Maka amat menghairankan bagi mereka yang bermain-main dan bergelak ketawa (tidak bersedia untuk Ramadan) dalam hari orang-orang yang baik itu sedang berjaya (dalam mempersiapkan diri untuk Ramadan). (Ibn Rajab, Bughya al-Insan)
Subhanallah. Nukilan Hasan al-Basri di atas sangat menyentuh sanubari. Maka sungguh rugilah bagi mereka yang tidak mempersiapkan diri untuk menuju bulan Ramadan al-Mubarak.
Semoga kita semua akan menempuh Ramadan kali ini dengan penghayatan yang berbeza.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
Lama menunggu untuk menimang cahaya mata perempuan, akhirnya penantian penyanyi, Asfan Shah terlerai apabila isterinya selamat melahirkan anak keempat mereka pada Sabtu lalu.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sumpah Cintaku itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, Asfan melahirkan rasa syukur kerana proses kelahiran cahaya mata keempatnya itu dipermudahkan Allah SWT.“Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. ” Isteri saya telah selamat melahirkan baby ke 4 kami malam semalam. Tq pada semua yang mendoakan,” ujar Asfan menerusi kapsyennya.
Dalam pada itu, Asfan mengakui kehadiran anak perempuan dalam keluarga mereka setelah memiliki tiga orang cahaya lelaki sebelum ini pastinya menyerikan lagi keluarga mereka.“Paling best mommy dah ada kawan dah lepas ni, nak gi shopping nak gi nursery, nak gi pasar. Hihi.
“Selamat datang sayang daddy si baby girl. 3 imam 1 ma’mum untuk family ni. Khalas.” Ujar Asfan lagi.