Karenah anak-anak memang mengundang ibu bapa pening kepala. Lagi-lagi waktu begini, terkurung di dalam rumah. Macam-macam gelagat yang terpaksa dihadapi ibu bapa.
Selain rumah berselerak, ada juga anak-anak yang jenis kerap buka tutup laci atau rak. Akhirnya drawer boleh rosak.
Daripada nak dibuang begitu sahaja, agak membazir terutama bagi drawer yang amsih elok dan boleh dipakai. Mungkin masalahnya berpunca pada rail sahaja. Buat apa nak membazir beli yang baru kan.
Jom cuba tip oleh saudara Ahmad Ruim yang berkongsi bagaimana cara tukar rail dengan mudah. Jimat duit tak perlu beli baru.
Ads
Hari ni bertukang tukar rail drawer. Ganti dengan soft close mechanisms Puas hati. Macam laci ikea rasanya
Buka rail drawer yang rosak.Inilah rupa rail yang rosak, rodanya sudah tiada kerana itu susah nak buka drawer.Ini rupa rail yang baru. Boleh beli di Shoppee. Pastikan anda periksa terlebih dahulu ukuran sebelum membeli.pasangkan rail yang baru. pastikan bahagian rail yang dipasang betul kerana rail ini datangnya sepasang.
Bila ditanya tentang beras yang sering menjadi pilihan utama untuk dimasak antara beras perang, beras biasa, beras siam, beras wangi, beras basmathi dan sebagainya tentu berbeza-beza jawapannya.
Ada yang kata pilihan beras ikut kesesuaian jenis menu nasi yang ingin disajikan, ini bertepatan dengan tekstur dan rasa yang berbeza untuk setiap beras tersebut.
Begitu juga ada yang memilih jenis beras yang ingin dimasak kerana mahukan pemakanan yang lebih sihat.
Namun bagaimana caranya andai dalam satu rumah, perlu dimasak perlbagai jenis beras. Contohnya beras perang untuk ayah yang ada menghidap kencing manis, anak lelaki lebih gemarkan makan nasi dari beras basmathi yang lebih peroi bila dimasak, manakala si ibu lebih berselera makan beras biasa sahaja.
Atas sebab ingin memuaskan selera semua, mana mungkin hari-hari sanggup memasak nasi dua tiga kali. Tentunya akan mengambil masa yang lama.
Tapi tahukah anda, masalah ini boleh selesai bila anda memasak dengan teknik dan trik yang dikongsikan oleh Arwina Mansor ini.
Nak tahu apa caranya itu, jom baca perkongsian ini. Selamat mencuba!
Masak Beras Pelbagai Jenis Dalam Satu Masa
Ada sorang kawan kata… Susahlah nak masak nasi sekarang… Mak nak beras perang. Kami tak suka.. Takkan tiap kali nak masak dua periuk..
Alamak dik.. Senang je.. Kami di rumah dah lama masak nasi kukus.. Senang je… Tiap sorang satu mangkuk… Sedas je masak.. tak sampai sejam… Nasi cantik.. Takde kerak.. Gebu…
Ni saya tunjuk.. Saya masak 3 jenis beras… Beras wangi, beras perang dan beras siam…
Nak senang lagi.. Pakai mangkuk lain2 jenis.. Senang kenal nasi siapa punya… Bunyi ting.. Semua orang dapat makan nasi kegemaran..
Ok.. Sebab ramai pula tanya soalan yg sama… Saya bagitau sini…
Kalau nak nasi macam biasa… Letak beras yang dah dibasuh 3/4 dari mangkuk dan letak air penuh mangkuk… Jadi nasi akan naik ke atas bila dah masak.
Kalau nak nasi tu lembik… Letak beras 1/4 @ 1/2… Buh air penuh.. So nasi akan lembik sikit.. Senang nak lenyeh bagi baby makan…
Nak masak pun tak lama… Dalam 20min-40min.. Bergantung kepada jenis pengukus dan kuantiti.
Tapi saya suka biar je dia kukus lama… Sampai waktu makan.. Panas panas kan sedap
Sedihnya bila melihat kanak-kanak seusia setahun 4 bulan ini sudah diuji dengan dugaan yang hebat. Pada luaran, Ali kelihatan seperti bayi normal namun tiada siapa sangka dia merupakan bayi PVL (Periventricular Leukomalacia).
Mungkin ramai yang tidak mengetahui atau apakah (Periventricular Leukomalacia) atau PVL.
PVL adalah satu keadaan atau disorder di mana ada berlaku luka atau kerosakan kepada otak yang biasanya dialami oleh bayi pramatang. Kerosakan ini memberi kesan kepada pengawalan otot yang menyebabkan bayi mengalami kelewatan dalam perkembangan terutamanya untuk berguling, merangkak atau berjalan.
PVL mungkin berlaku disebabkan oleh oksigen yang kurang sampai ke bahagian otak bayi. PVL tidak boleh hilang atau dihapuskan, tetapi ia boleh dipulihkan dengan terapi yang efisien.
Menurut ibu kepada bayi ini, Muhammad Ali yang merupakan anak bongsu dari 3 beradik dilahirkan sebagai bayi pramatang pada usia 35 minggu kerana fetal distress. Ditempatkan di NICU selama 29 hari atas pelbagai komplikasi, namun semuanya resolved dengan baik.
Sewaktu pulang ke rumah, Ali hanya ada prolonged jaundice yang agak mengambil masa untuk pulih (lebih kurang sebulan kemudian baru baik sepenuhnya).
Ali membesar seperti bayi biasa, namun sewaktu usianya menjelang 11 bulan, kami mula berasa risau kerana Ali masih tidak boleh meniarap, merangkak atau duduk sendiri.
Dia tidak ada masalah dengan makanan. Minum susu dengan baik dan makan apa saja. Suka makan tapi berat tak naik-naik.
Selain itu tanda-tanda lain yang obvious kami lihat adalah :
Pada usia genap setahun apabila Ali tak ada tanda-tanda walaupun untuk pusingkan badan, kami bawa Ali ke pakar pediatrik dan mereka sarankan untuk buat MRI bagi melihat keadaan otak yang mungkin menyebabkan kelewatan pada perkembangan.
Kami bawa Ali untuk buat MRI di Hospital Avisena, dan keputusannya dibawa ke Hospital Shah Alam. Sebulan kemudian results keluar mengatakan, berdasarkan keadaan dalaman otak Ali, ia kelihatan seperti Ali ada ciri-ciri periventricular leukomalacia (PVL).
Itu adalah kali pertama kami mendengar mengenai PVL.
Agak sedih pada awalnya kerana mengenangkan nasib Ali. Doktor kata dia mungkin boleh jalan tapi lewat atau tidak boleh jalan langsung. Semuanya akan bergantung kepada terapi yang dijalani.
Sebab itu doktor mahu semua jenis terapi (fisioterapi, terapi cara kerja dan rehab) dilakukan secara efektif sementara Ali masih lagi bayi.
Melihat kepada semangat Ali sendiri yang kuat, kami tak mahu bersedih lagi. Di rumah, kami train Ali dengan terapi sebagaimana yang diajar oleh fisioterapist.
Kami juga join banyak group PVL di FB dan sosial media untuk menambah pengetahuan tentang PVL dan bertukar-tukar pandangan dengan parents lain yang berhadapan dengan situasi sama. Semuanya group dari luar negara kerana di Malaysia tidak ada group PVL, hanya cerebral palsy.
Sekarang kami lebih terbuka dengan situasi Ali, kami percaya dengan usaha dan kerajinan Ali dan sokongan moral dari kami sebagai ibu bapa, dia akan dapat berjalan satu hari nanti.
Buat masa sekarang bila Ali dapat berjalan sudah tak penting kepada kami, yang kami fokus adalah kepada terapi untuk memulihkan keadaan Ali.
Disebabkan PVL, Ali mengalami trauma di mana dia mengalami stranger anxiety. Tidak boleh diambil langsung oleh orang lain atau takut dan menangis dengan kuat jika bertemu orang tidak dikenali.
Harapan kami supaya Ali membesar dengan sihat, walau dalam keadaan apa sekalipun, sama ada dia boleh berjalan atau tidak. Kami akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dan mencuba apa sahaja usaha untuk memulihkan keadaan Ali.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.