Kejayaan adalah bermula dengan impian. Untuk mencapai impian kena disusuli dengan usaha dan tindakan. Barulah dapat mengecapi kemanisannya.
Biarpun dirinya tergolong dalam Orang Kelainan Upaya (OKU), namun Mohd Sukur Ibrahim seorang yang kuat semangat, tidak mengalah dengan kekurangan tersebut.
Perkongsian bapa kepada seorang cahaya mata ini pastinya memberi inspirasi kepada OKU lain untuk terus berusaha mencapai apa yang diingini. Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna.
Jom dengarkan perkongsian menerusi satu program #HadithOpenMic bersama Mohd Sukur Ibrahim yang merupakan Penceramah Motivasi serta Penulis buku Inspirasi Sukur dan Takdir itu Anugerah.
“Ramai yang tanya apa cabaran paling besar dalam hidup. Adakah membina perniagaan yang kini sudah memasuki usia 7 tahun. Atau adakah cabaran mendirikan rumah tangga yang mana saya mengambil masa 4 tahun memujuk keluarga mentua untuk mengahwini anak mereka?
“Tapi sebenarnya, cabaran paling besar adalah untuk menerima diri saya seadanya. Waktu dilahirkan saya tak diterima oleh keluarga. Mak dan ayah terperanjat dengan keadaan kelahiran saya seperti ini. Mak tak boleh terima anak yang dikandung 9 bulan adalah anak yang cacat.
“Alhamdulillah nak menjadi kekuatan keluarga adalah datuk dan nenek. Datuk naik basikal yang pergi ke balai polis dan daftar nama saya dengan nama Mohd Sukur supaya keluarga bersyukur dengan pemberian yang Allah beri kepada mereka.
Ads
Bila ayah dan ibu menerima dirinya sepenuhnya, rasa nk jaga dan beri kasih sayang sepenuhnya. Namun Bila Mohd Sukur sudah boleh berfikir, dalam berumur 4-5 tahun, dia pula tak boleh terima dirinya.
“Saya boleh nampak perbezaan antara diri dengan orang lain terutama dengan adik-beradik saya. Kalau ada yang datang ke rumah, saya lari menyorok di dalam bilik. Pernah saya menyorok bawah tudung saji kerana malu dengan diri saya.
“Saya selalu cakap dengan mak, kenapa saya dilahirkan begini, kenapa saya berbeza dengan orang lain, apa dosa dan salah saya. Kenapa tangan dan kaki saya begini. Bagaimana saya nk hidup dan berada dalam dunia luar dengan keadaan begini. Saya jadi orang yang sangat tak yakin pada diri.
“Suatu hari, ibu bapa mula berfikir bagaimana nak bina keyakinan diri saya. Alhamdulillah mereka prihatin dan berfikiran terbuka. Jadi mereka hantar saya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Itulah titik permulaan perubahan dalam diri saya.
“Bila masuk ke situ, saya bertemu dengan kawan-kawan yang senasib dengan saya. Rupanya ada lagi yang lebih daif dari saya. Baru saya sedar yang sebenarnya kekurangan diri saya adalah biasa. Walaupun tak ada tangan dan kaki, ketinggian 100 cm tetapi Allah kurniakan akal fikiran yang waras dan saya boleh berjalan.
Ads
“Disitulah permulaan titik perubahan hidup. Alhamdulillah, saya berjaya lanjutkan pengajian ke univeriti dan ada ijazah. Dapat membina perniagaan sendiri iaitu membekal dan memasang karpet pejabat, surau dan masjid yang kini sudah memasuki usia tahun 7 tahun bisnes ini. Di harap kisah saya ini dapat beri inspirasi kepada semua. Walaupun OKU tapi saya OK.
3 tip dari Mohd Syukur kesimpulan dari kisah hidupnya:
Ads
Kena bersyukur
Ramai orang boleh bersabar tapi tak ramai yang boleh bersyukur
Kena beri peluang diri sendiri untuk bina kehidupan.
Rezeki dan nikmat Allah akan beri tak tahu bila.
Kena sentiasa berusaha
Sebab hari ini kejayaan adalah bermula dengan sebuah impian. Bila ada impian kena ada tindakan.
Sweet kan?..Jangan lupa saksikan #HadithOpenMic musim ke-3 #GreatBritainTour yang bersiaran.Pada: Setiap Selasa, 9.30 malam.Di: Astro Oasis 106 dan MayaHD 135..Kepada sesiapa yang terlepas menonton, anda boleh saksikan ulangannya di Astro Oasis 106 pada tarikh & waktu yang tertera di bawah:..Rabu : 10.30amKhamis : 12.30am, 3.00pmSabtu : 12.30pm, 6.30pm, 9.00pmAhad : 7.00am Isnin ; 7.00am, 5.30pm Selasa : 7.00am, 2.30pm..Semoga #sampaikanwalausatuayat ini mampu menginspirasi dan menyebarkan aura positif buat kita…Ikuti Instagram @hadithopenmic & Kengkawan Project untuk kemaskini yang terbaru..#hadithopenmic #hadithopenmicseason3 #greatbritaintour #sampaikanwalausatuayat #kengkawanproject #APSB #AstroOasis #behindthehomscenes #riofilmsproduction
Pengorbanan seorang guru… Pelbagai kaedah mengajar yang digunakan oleh guru pada masa ini demi pelajar.
Lebih-lebih lagi jika membabitkan pelajar istimewa. Ini bagi memastikan mereka juga mendapat pendidikan dan layanan sebaik seperti mana pelajar biasa yang lain.
Perkongsian oleh Cikgu Wan Muadzam atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azam ini cukup dikagumi ramai. Apa tidaknya dia telah berusaha apabila mencipta satu inovasi bagi membolehkan pelajarnya yang cacat penglihatan untuk berlari.
alat tersebut dimuatnaik olehnya menerusi laman TikTok. Dalam perkongsian tersebut, kelihatan pelajarnya berlari dengan menggunakan alat beroda yang diperbuat daripada PVC.
Sebelum ini, pelajarnya Itu dikatakan pernah menyertai satu acara larian sejauh 5km pada tahun lalu.Menurut Cikgu Azam, alat tersebut dicipta dalam dua versi.Yang pertama disiapkan dalam masa tiga hari saja, manakala versi kedua pula siap dalam tempoh dua minggu.
Menurutnya lagi, pelajarnya yang bernama Alisya sangat gembira ketika pertama kali menggunakan alat itu, dia tidak perlu lagi memegang bahu Cikgu Azam dan menggunakan tali.
@cguazamRamai tanya ttg versi awal.Sebijik mcm trolley pasaraya 😂.Tapi Alisya waktu ni gembira sgt sebab 1st time lari xperlu pegang bahu cikgu @ guna tali.♬ original sound – K H A I
Sejuk mata memandang dua insan yang cukup istimewa di mata rakyat. Kelihatan Tun Hasmah dan juga Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tatkala bertemu.
Ibarat anak-beranak, kedua-duanya tampak begitu mesra membuatkan netizen melahirkan rasa kagum dan terharu.
Umum mengetahui, Raja Permaisuri Agong sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan seorang yang sangat merendah diri. Demikian juga dengan Tun Siti Hasmah yang sering menonjolkan sifat-sifat keibuan setiap kali bertemu dengan orang ramai.
Terbaru Tunku Azizah memuat naik gambar dan video ketika melawat Tun Hasmah. Dalam pertemuan tersebut, Tunku Azizah sempat menunjukkan bakat bermain biola. Telatah Raja Permaisuri bermain biola milik Tun Hasmah Ali menghiburkan ramai orang.
Baru-baru ini bersempena hari ulang tahun kelahiran anak mereka, pendakwah terkenal dengan kerja-kerja kebajikan menghadiahkan isterinya sebauh beg tangan berjenama.
Menurut Ebit Lew, pengorbanan isterinya melahirkan dan berhabisan wang ringgit membuatkan dia ingin berterima kasih dan meraikan bidadarinya itu. I love u bidadariku. Hari lahir anak. Kena kiss dan terima kaseh pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya. Terima kaseh sudi menemani abang dalam hidup ini. Terima kaseh setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan menjadi penyejuk mata ini.
Dari 12 tahun saya berdakwah kesana sini. Khidmat masyarakat kesana sini. Masa tu saya lihat keluarga guru saya yang menghargai bidadari mereka. Melayan isteri dan anak dengan baik. Suka tengok ayah saya melayan mak saya. Mak saya sayang dan menghormati ayah saya. Allah takdirkan dalam perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini. Semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh. Berjauhan, susah,penat,sakit kadang seorang diri saat saya tiada dirumah. Dulu emas dan duit bank isteri habis digunakan. Masa tu duit susu anak, pampers pun takde. Ya Allah maafkanlah saya Sentiasa mengukir senyuman dan menjadi ubat bagi hati dan penat dalam perjalanan ini. Semoga baki hidup kita ini. Kita berikan sebaiknya dengan izin Allah. Bersama kita didunia dan semoga dapat bersama di syurga selamanya. I love u bidadariku sayang. Terima kaseh ya Allah.
Seorang bayi lelaki yang tidak sempurna sifatnya terpaksa diuruskan jenazahnya dengan agak sukar selepas kerana dibekukan lebih dua minggu kerana gagal dituntut oleh bapanya.