Semenjak 2 menjak ini, kita boleh melihat apabila ramai yang memuatnaik video haiwan berbisa hadir di rumah mereka. Rupanya haiwan-haiwan ini telah lama bersarang cuma tidak disedari oleh kita.
Ada di antara mereka yang terpaksa menggunakan perkhidmatan bomba untuk mengeluarkan haiwan-haiwan ini. Namun pasti ada terdetik di hati akan faktor keselamatan sekiranya haiwan-haiwan tersebut masih mendiami di rumah.
Tidak hanya di kampung, rumah-rumah teres di kawasan bandar tidak terkecuali dari menghadapi perkara ini.
Perubahan cuaca yang panas menyebabkan reptilia ini memilih tempat-tempat yang sejuk dan ada sumber air sebagai tempat untuk dijadikan kawasan dan berlindung.
Berikutan itu, ada langkah-langkah yang boleh kita ambil supaya haiwan seperti ular ini tidak masuk kedalam rumah. Salah satu cara yang boleh diusahakan untuk elak binatang berbisa ini masuk dalam rumah adalah dengan menggunakan ramuan garam kasar seperti dikongsi oleh Fara Aem di laman sosial.
Menurutnya ia bukan saja boleh mengelak ular tapi juga menghalau tikus dari masuk ke rumah.
Tujuan asal buat untuk halau ular tapi tak sangka pulak boleh halau tikus juga.
Jadi boleh buat untuk menghalau haiwan ini di rumah.
CAMPUR BAHAN BERIKUT
Ads
Garam Kasar
Minyak Kasturi
ulit kayu manis (ditumbuk)
Cengkih (sedikit, tiada pun tak mengapa)
Caranya , letakkan bahan-bahan tersebut di penjuru rumah.
1. Gaul rata, boleh ikuti dengan selawat dan niat. Bahan ini punya bau yang kuat ya.
2. Letakkan sikit di semua penjuru rumah, dapur, tingkap atau mana-mana laluan haiwan ini.
Siapa tak kenal dengan Ain Edruce? Pelakon dan pengacara yang memang dikenali kerana karakternya yang selamba, lucu dan gila-gila.
Sejak awal kemunculannya, Ain sememangnya kerap memuat naik aksi-aksi lucu melibatkan dirnya dan rakan-rakan. Malah setelah berkahwin, Ain menjadikan suaminya juga sebagai watak utama dalam setiap content yang dilakukan.
Namun sejak mendapat cahaya mata, Soraya yang kini berusia setahun lapan bulan kerap muncul dalam media sosial kelolaan ibunya itu.
Semakin hari, gelagat Soraya semakin lucu dan seolah-oleh terikut karekter ibunya itu.
Baru-baru ini, satu lagi hantaran Ain Edruce bersama anaknya mengundang tawa ramai. Memang tak jemu melihat telatah kedua beranak ini. Soraya juga seolah sudah pandai mengusik.
Gelagat Ain yang bertanya kepada anaknya sama ada dia menyayangi Ain atau bapanya, Amirul Hafiz.
“Soraya, sayang mummy or daddy?” soalnya.
Menerusi hantaran tersebut, berkali-kali Ain menyoal Soraya namun respons yang diberi oleh anaknya masih sama memandangkan dia tetap ingin memilih bapanya.
“Sayang daddy!” jawab Soraya.
Disebabkan respons Soraya masih sama, Ain berseloroh meminta anaknya untuk masuk kembali ke dalam perutnya dan ia mengundang tawa netizen.
“Masuk balik dalam perut! Masuk balik dalam perut!” balas Ain.
Respons spontan yang diberi oleh Soraya kepada Ain turut menghiburkan pengikutnya memandangkan Soraya tidak mahu memilih Ain.
“Tak boleh!” akhiri Soraya.
“Eeee!! Geramnya. Kau bila aku gigit Soraya, tak lepas tau. Jaga kau! Geram je budak kecik ni,” tulisnya di ruangan kepsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat mereka berdua, lebih-lebih lagi respons yang diberikan oleh Soraya sehingga ramai yang mengatakan anaknya itu kelakar seperti Ain.
“Masuk balik dalam perut selamber je dia jawab ‘tak boleh’ hahaha.
“The moment she said ‘tak boleh’, memang betul lah tu dia sayang daddy hahaha.
“Cinta pertama anak perempual adalah ayahnya. I’m so sorry for you sister hahaha.
Malah, ada juga segelintir yang meminta Ain untuk menyebut nama suaminya terlebih dahulu kepada Soraya memandangkan anak kecil sering menyebut nama yang terakhir mereka dengari.
“Kak Ain cuba terbalik sayang daddy ke sayang mummy, Kadang-kadang budak suka ikut yang last hahaha,” komen salah seorang netizen.
Sayu melihat keadaan seorang kanak-kanak perempuan apabila dia masih belum mengerti bahawa ibu bapanya telah meninggal dunia sejak sebulan lalu namun kanak-kanak ini menganggap mereka keluar bekerja.
Aulia Izzatunnisa Mohd Izwan, 3, dari Felda Lok Heng Selatan di sini masih tidak tahu ibu bapanya, Saidatul Khadijah Mohd. Shahridin dan Muhammad Izwan Mansor telah meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas kemalangan di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing bulan lalu.
Nenek kanak-kanak itu, Absah Abdullah berkata, cucunya masih menganggap ketiadaan ibu bapanya di rumah adalah disebabkan mereka keluar bekerja.
Tambahan pula sebelum ini ibu bapanya memang jarang bertemu kerana arwah menantunya, Muhammad Izwan sedang mengikuti pengajian jarak jauh di peringkat ijazah sarjana dan hanya dapat bersama ketika cuti panjang.
“Kami cuba jelaskan kepadanya tetapi dia masih budak lagi dan mungkin tidak mengerti apa yang terjadi kepada ibu bapanya.
“Dia hanya sebut ibu dan ayah work sedangkan kedua mereka telah pergi menghadap Ilahi. Kami juga dapat lihat kesayuan di sebalik wajahnya bila melihat sepupunya yang lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing,” katanya.
Sedetik imbas, ibu bapa kepada anak kecil ini maut apabila kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux. Ketika itu Aulia Izzatunniza turut berada dalam kereta, namun hanya cedera.
Ujar Absah, ketika ini cucunya itu tinggal bersamanya dan menganggap ia adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang.
Tambahnya, dalam kejadian itu kaki kanan cucunya retak dan perlu disimen, namun kini beransur baik.
“Allah lindungi Aulia kerana ketika kejadian dia berada di pangkuan ibunya. Dia dirawat selama tiga hari di hospital sebelum dibenarkan balik.
“Awalnya memang dia tidak boleh berjalan sendiri kerana kakinya yang bersimen dan perlu dibantu. Doktor sarankan begitu agar membantu proses penyembuhannya,” katanya.
Semoga Aulia diberi kesembuhan dan membesar sebagai anak yang solehah.
Mesti Baca :
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekali sekala ingin mengadakan majlis keluarga, seperti majlis sambutan ulang tahun kelahiran, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sebagainya memang diakui boleh buntu juga dibuatnya. Apa tidaknya, sebagai penganjur majlis kita mahukan yang terbaik dan istimewa untuk majlis tersebut dan kalau boleh biarlah diingati sepanjang masa oleh tetamu yang bertandang.
Oleh itu jangan pening kepala, sebenarnya semua ini dapat direalisasikan tanpa perlu anda pergi jauh. Hanya di Klang sahaja, impian anda sekeluarga bagi menjayakan majlis yang bermakna dapat direalisasikan bila anda memilih Glass House @Klang.
Jika anda ingin tahu, Glass House @Klang ini diasaskan oleh GFG World Property Sdn Bhd di atas usahasama Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ken Lee. Beliau mempunyai latar belakang dalam perniagaan sewaan, khususnya sewaan bilik, pejabat, hotel dan pelbagai usaha sewaan lain. Penglibatan beliau dalam industri sewaan bermula sejak tahun 2002. Pada awalnya, kami cuma menumpukan pada Corporate Event Concept dan menawarkan servis sewaan ruang khas untuk mesyuarat, perbincangan, perjumpaan bersama klien dan juga persidangan awam.
Idea untuk penubuhan Glass House @ Klang tercetus apabila Event Space di Ground Floor mendapat sambutan yang baik sejak ia dimulakan. Justeru itu, Encik Ken Lee telah merancang untuk menjadikan kawasan rooftop sebagai Event Space baru yang berkonsepkan glass garden hall yang boleh memuatkan 200 tetamu dalam satu masa.
“Pemilihan bandar Klang sebagai landmark untuk Glass House adalah kerana dapati belum ada lagi Event Space yang menawarkan konsep yang sama di kawasan Klang.
“Justeru itu, kami mengunakan peluang ini untuk menarik ramai lagi pelanggan di sekitar Klang dan menawarkan servis Event Space yang berkonsepkan glass garden hall yang ada di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur,” ujar Ken Lee ringkas.
Bercerita lanjut mengenai di awal-awal pembinaan Glass House @ Klang, siapa sangka ianya telah dirancang pada tahun 2019, namun terpaksa ditangguhkan selepas bermulanya MCO.
“Kami masih ingat saat-saat ketika projek Glass House kami terhenti sepenuhnya dan perancangan awal untuk menyiapkan pembinaan glass house pertama di Klang dalam tempoh satu tahun telah terbatas.
“Walaubagaimanapun, Glass House @ Klang telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada bulan Oktober tahun lalu. Majlis pertama yang diadakan untuk salah satu Corporate Event telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Kami juga telah mula menerima maklumbalas yang baik dari tetamu yang hadir,” jelas Ken Lee lagi.
Konsep Dan Idea
Sebagimana sedia maklum, Glass House @ Klang merupakan Event Space yang berkonsepkan glass garden hall dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan suasana eksklusif mahupun di kawasan indoor mahu pun outdoor.
“Keunikan yang ditawarkan di sini pasti membuatkan pelanggan dan tetamu berasa teruja. Antaranya di kawasan Sky Garden Walkway yang dipenuhi dengan hiasan tumbuhan asli di sepanjang laluan yang kemudiannya membawa mereka kepada Glass Hall.
“Begitu juga dengan ruangan dewan di sini, diilhamkan berkonsepkan kaca dan modern English Interior pasti membuatkan pelanggan dan tetamu terpukau dan teruja untuk mengadakan acara penting mereka di venue kami.
“Jadi tidak hairanlah ramai tetamu turut berkongsi maklumbalas mereka tentang keunikan Glass House @ Klang dimana mereka boleh menyewa Event Space dengan konsep indoor dan outdoor dalam suatu masa.
“Mereka juga boleh mengadakan Garden Wedding Style di kawasan Outdoor Garden bersebelahan dengan Glass Hall kami. Selain itu, mereka juga teruja kerana dapat melihat kawasan bandar Klang dari Sky Deck yang terletak di ruangan atas sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di waktu senja,” cerita Ken Lee panjang lebar.
Tawaran Pakej Istimewa
Bukan sahaja Glass House @ Klang menawarkan Venue Rental Package yang istimewa malah turut lengkap bersama dengan sajian makanan dan dekorasi untuk majlis yang diadakan. Semua ini menjanjikan kesempurnaan majlis yang diimpikan oleh setiap pelanggannya.
“Pakej yang ditawarkan bukan sahaja difokuskan kepada majlis perkahwinan, malah kami juga menerima tempahan untuk majlis pertunangan/resepsi, sambutan ulangtahun kelahiran, upacara rasmi bagi setiap keagamaan dan juga Corporate Event.
“Pakej yang bermula dari harga RM3500 dengan fasiliti lengkap bersama bilik persiapan, audio system, kelengkapan dewan dan parking pasti berjaya menambat hati pelanggan kami yang masih mencari tempat yang sesuai untuk majlis mereka.
“Pihak Glass House @ Klang juga sentiasa berbesar hati untuk menerima segala maklumbalas yang diberikan oleh pihak pelanggan dan tetamu kami. Sejak dari awal operasi kami, maklumbalas yang diterima sentiasa kami jadikan sebagai benchmark untuk penambahbaikan untuk servis dan venue kami,”ujarnya lagi di akhir bicara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...