Bangun tidur dengan keadaan mata yang sembab dan terlihat bengkak yang juga dikenali sebagai eye bag tentu tidak puas hati dibuatnya.
Jadi bagi menghilangkan kesan eye bag tersebut dan sekali gus dapat menghilangkan kelesuan mata bolehlah amalkan seperti petua ni.
Jom semak.
Tak boleh jadi ni. Dah 2 hari nak up petua ni tapi tak sempat. Jadi malam ni wajib la up. Kot kot ada yang nak buat hari ni. Malam nanti dah boleh pakai kan.
Kali ni Aisyah nak share petua ice cubes lagi. Tapi yang ni special sikit sebab boleh untuk hilangkan eye bag korang.
Petua kali ni Aisyah guna air green tea. Macam korang tahu, green tea ni salah satu bahan terbaik untuk kulit.
Green tea ni ada vitamin B-2 yang boleh buatkan kulit kita kekal remaja. Yang lagi best dia boleh maintainkan collagen kat kulit kita.
IKLAN
Tu siapa rajin minum green tea atau sapu kat muka nanti kulit toink toink.
Perasan tak banyak produk untuk kulit jerawat guna kan green tea sebagai bahan utama. Sebenarnya green tea ni bersifat antiradang.
Jadi dia boleh kurangkan bengkak jerawat dengan merah-merah kat kulit. Ehh, untuk kulit sunburn pun boleh tau.
Lagi pula green tea ni ada vitamin E. Jadi dia boleh lembabkan kulit kita juga. Bila sunburn tu, risiko untuk kulit menggelupas akan kurang.
IKLAN
Jom tengok cara buat ice cube green tea ni.
Bahan-bahan
1 gelas air panas
1 uncang green tea ( apa-apa brand pun boleh)
Bekas ice cube
IKLAN
Caranya
Rendam uncang teh dalam air panas. Bila dah suam masukkan dalam acuan ice cube. Pastu bekukan dalam freezer.
Bila nak pakai, golek-golekkan jek ice cube green tea ni kat muka. Boleh pakai 2 kali sehari. Pagi dan petang. Pakai dengan konsisten untuk hasil terbaik.
Jom tengok khasiat ice cube green tea ni yang lain;
– segarkan kulit yang penat
– hilangkan sembab muka
– hilangkan eye bag
– hilangkan jerawat
– kecilkan pori-pori muka
– cerahkan kulit
– redakan breakouts
– cerahkan gelap bawah mata ( dark circles)
Selamat mencuba
Ps: buat patch test sebelum try apa-apa petua yang Aisyah share okey. Sesuai untuk Aisyah maybe tak sesuai untuk orang lain.
sumber : Aisyah Badar Bajrai via Sihat Cara Bajet (Tips & Petua Sihat Cantik)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ayat Magis Pahlawan Mat Kilau, Coretan Lelaki Ini Bikin Sebak Perjuangan Demi Negara.
Sejarah adalah peristiwa yang telah berlaku menjadi iktibar buat diri dan negara. Sejarah akan menjadikan diri kita lebih matang untuk berfikir dengan kritis untuk membuat tindakan dengan betul dan dijadikan iktibar.
Malah sejarah juga menjadi semangat untuk kita menjadi lebih baik dan mengubah sikap dalam diri.
Kisah perjuangan pahlawan sebelum kemerdekaan harus menjadi cerita harian buat anak-anak agar mereka mengerti bahawa semangat juang itu harus ada dalam diri.
Dengan ini semangat jati diri akan terus melekat dalam sanubari anak-anak hingga dewasa.
Perkongsian saudara Khairy Tajudin membuat coretan mengenai Mat Kilau, tokoh kemerdekaan pastinya akan membuatkan kita dan anak-anak kagum dengan semangat pejuang ini. Bahkan coretan ini meruntun jiwa melihat kegigihan pahlawan silat Mat Kilau ini demi perjuangannya.
Kata magis Mat Kilau
“Jaga agama, bangsa dan negara. Jangan sampai bangsaku tiada negara.”
Sempena di ambang merdeka ini, aura pahlawan hebat ini akan terus ada dalam diri setiap anak Malaysia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
MAT KILAU: Sebuah Fakta
1. Setelah lama menghilang, Mat Kilau muncul kembali pada tahun Hari Jumaat, 27 Disember 1969 dan mengisytiharkan bahawa dirinya ialah Mat Kilau di mimbar Masjid Pulau Tawar, Jerantut selepas solat Jumaat.
“Saya Mat Kilau, anak Dato Indera Gajah Rasu bin Syarhum.”
2. Mat Kilau ialah anak Tok Gajah. Mereka adalah pahlawan Pahang yang menerajui pemberontakan menentang penjajah Inggeris.
3. Ketika diburu oleh Inggeris pada zaman sebelum merdeka, Mat Kilau telah menghilangkan diri. Dan akhirnya muncul semula pada tahun 1969. Berita Mat Kilau muncul kembali ini tersebar luas sehingga mendapat liputan akhbar.
4. Tidak lama selepas itu, beliau telah menyampaikan nasihat kepada orang Melayu di Kg
Kedondong, Pulau Tawar. Kata beliau, sebab orang Melayu kalah kepada Inggeris dalam perang 1891 adalah kerana terdapatnya pengkhianat. Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang sendiri mengakui bahawa orang Melayu mudah terpesona dengan tawaran harta dan kekayaan sehingga sanggup membocorkan rahsia.
5. Begitulah kelemahan orang Melayu, tak amanah dan tak boleh simpan rahsia. Mungkin kritikan ini ditujukan kepada tali barut Inggeris daripada kalangan orang Melayu.
6. Tidak berapa lama kemudian, Mat Kilau meninggal dunia dan dimakamkan di kampung ini.
7. Menurut keterangan orang-orang tua, tapak asal pembinaan masjid lama itu dilakukan oleh Imam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an.
8. Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan.
9. Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran Inggeris di Pahang.
10. Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta lantainya supaya kelihatan lebih teguh.
11. Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa, kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau.
12. Masjid tempat beliau memunculkan diri itu kini telah menjadi Madrasah Muallim Yunus yang dikendalikan oleh al-Fadhil Maulana Helmi.
13. Mat Kilau menceritakan bahawa beliau telah membunuh sekumpulan askar Inggeris berketurunan Sikh dalam peperangan di Kuala Tembeling. Beliau yang bersenjatakan sundang dan alat lain terpaksa menghadapi hujan peluru daripada askar Sikh. Akhbar Inggeris telah melaporkan bahawa Dato Bahaman dan Mat Kilau telah mati padahal Mat Kilau tidak mati biarpun jasadnya ditembusi peluru.
14. Setelah Hugh Clifford melabel Mat Kilau sebagai penderhaka dan menggelarnya ‘babi lemak’, Mat Kilau telah keluar dari Pahang dan merantau sehingga ke Patani. Di sana, beliau menjadi guru silat. Nama silat yang diajar oleh beliau ialah Silat Tapak Setia Suci.
15. Setelah beliau kembali ke Pahang, Mat Kilau menukar namanya kepada ‘Mat Siam’ atas arahan Sultan Abdullah kerana Inggeris telah melabel Mat Kilau sebagai penderhaka dan nyawa beliau dalam bahaya.
16. Menurut maklumat daripada cucu Mat Kilau iaitu Cikgu Mohd Alhamadi, datuknya itu tinggal di rumah ibunya (anak Mat Kilau) di Batu Lima, Kuantan semenjak tahun 1930 sehingga Mat Kilau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970. Di sini ada masjid yang bernama Masjid Mat Kilau yang dijadikan markaz Jemaah Tabligh Kuantan.
17. Atas permintaan Mat Kilau semasa hidupnya, beliau dikebumikan di sebelah kubur ibunya iaitu Teh Mahda, isteri Tok Gajah di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut.
18. Mat Kilau mempunyai tiga orang isteri. Seorang di Pulau Tawar, seorang di Rompin dan seorang di Kuantan.
19. Antara pesanan Mat Kilau yang sangat penting, “Jaga agama, bangsa dan negara. Jangan sampai bangsaku tiada negara.”
Dari kecil hinggalah dewasa, kita sering mendengar bahawa jika tidur selepas makan, badan akan menjadi besar. Malah orang yang berbadan besar juga sering dilabel sebagai orang yang sering tidur selepas makan.
Namun yang menjadi tanda tanya kerana ada juga orang yang suka tidur selepas akan tetapi tidak mengalami masalah berat badan. Ada pendapat mengatakan bahawa ini kerana tahap metabolisme setiap orang adalah berbeza.
Tampil meleraikan tanda tanya ini, Dr Ahmad Samhan telah tampil memberikan penjelas di laman twitternya.
‘Normal ke kalau rasa mengantuk selepas makan?’
Bagi yang tertanya-tanya mengenai hal itu, Dr Ahmad Samhan Awang berkata terdapat dua jawapan kepada persoalan tersebut.’
“Jawapannya, boleh jadi normal dan tak normal,” ciapnya di Twitter sebelum menyenaraikan empat perkara yang dikaitkan dengan situasi itu.
1. Tindak Balas Sistem Pencernaan
Selepas makan, sistem pencernaan memecahkan nutrien dari makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi tenaga.
Tubuh akan melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK).
Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang dan menghasilkan insulin yang akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi tenaga kepada mereka.
Pada masa yang sama, otak mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.
2. Jenis Makanan
Makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, tofu, keju dan kacang soya, mengandungi asid amino tryptophan.
Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk!
3. Tabiat Tidur
Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan.
Selepas makan, badan berasa kenyang dan relaks, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.
4. Tahap Kesihatan
Sekiranya anda sering berasa mengantuk,mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit celiac, anemia, food intolerance, alahan, sleep apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif.
Pesan Dr Ahmad Samhan, mereka yang mengalaminya masalah ini boleh merujuk kepada doktor sekiranya mengalami keadaan itu secara berterusan.
Ditegur rakan sepejabat akan perut yang makin buncit memang buat wanita stress. Di tambah pula dengan rungutan suami yang semakin membingitkan telinga. Hal ini buat kita rasa rendah diri.
Masalah perut buncit memang boleh buat wanita jadi jiwa kacau. Teguran merupakan petanda bahawa anda harus lebih menumpukan pada kecantikkan diri sendiri. Jangan asyik kisahkan soal anak sahaja.
Sambil-sambil masak di dapur, apa kata anda cuba buat petua ini. Tak usaha tak tahu akan hasilnya. Jadi kenalah cuba!
Petua 1 -Limau Nipis vs Kapur Sireh
Perah jus limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sireh. Gaulkan rata dan sapukan seperti pilis pada perut. Lakukan pada keseluruhan perut dan kemudian barulah bengkung di pakai dengan kemas seperti biasa. Lakukan langkah ini setiap pagi dan petang, selama 40 hari sepanjang tempoh waktu berpantang.
Petua 2 – Cuka Vs Kunyit Hidup
Ambil sedikit cuka, garam dan kunyit hidup kemudian kisarkan hingga halus. Sapukan pada permukaan kulit perut dan ratakan seluruh kawasan. Berbengkunglah seperti biasa dan lakukan setiap hari.
Petua 3 – Jus Gula Merah
Ambil sedikit beras dan kisar hingga halus. Kemudian ambil sedikit cekur bersama gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam dan gaulkan rata. Tapis kesemua bahan ini dan amalkan empat kali seminggu.
Petua 4 – Halia & Asam Jawa
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus kemudian gaulkan dengan perahan asam jawa yang agak pekat. Makanlah dengan nasi yang masih panas dan amalkan sajian ini setiap hari. Hasilnya, perut akan menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.
Petua 5 – Halia & Limau Nipis
Gunakan halia sebagai asas utama untuk membuang angin. Ambil halia, perahan jus limau nipis, air suam, garam dan sesudu kecil lada hitam kemudian dikisar halus. Kacau adunan dan tapislah airnya. Amalkan minum air ini sehingga perut leper.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Zaman sekarang ramai wanita yang menhadapi masalah selepas bercerai. Ini mungkin kerana kurang pengetahuan dan panduan dalam sesuatu hal. Contohnya tidak tahu cara menuntut...