Pada tahun ini, boleh dikatakan banjir yang melanda di negeri-negeri Pantai Timur lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Arus deras serta paras ketinggian air dikatakan berkali ganda dari yang pernah terjadi. Turut berlaku adalah fenomena kepala air yang menusnahkan banyak tempat di sekitar Kelantan.
Fenomena kepala air yang melanda Jeram Mengaji yang terkenal dengan jolokan Kundasang Kelantan kelmarin menyebabkan kebanyakan fasilitinya musnah.
Pengarah Yayasan Tok Kenali (YTK), Zulqarnain Hassan berkata, infrastruktur di kawasan itu termasuk tempat berkelah, bangku dan pondok yang dibangunkan Jeram Mengaji Agro Resort dihanyutkan arus deras dalam kejadian tersebut.
Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pada hari kejadian tiada pengunjung yang beriadah dan menginap di resort berkenaan.
“Saya tidak pasti masa kejadian kepala air itu berlaku, namun kesannya menyebabkan lokasi perkhemahan dan medan niaga penduduk setempat musnah. Bangunan resort selamat dan tidak mengalami kerosakan.
“Kami sudah mengeluarkan notis bahawa Jeram Mengaji Resort ditutup sepenuhnya sepanjang Disember. Resort ini akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja baik pulih dan membangunkan semula kawasan perkelahan selesai dibuat,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Ujarnya, jumlah kerugian masih belum ditafsirkan setakat ini, namun ia turut melibatkan jalan berturap yang dibina untuk masuk ke resort.
Ads
“Ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak Jeram Mengaji dijadikan lokasi peranginan di negeri ini pada 2005.
“Pihak berkuasa termasuk polis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail turut meninjau kemusnahan yang berlaku petang semalam (kelmarin),” katanya.
Keindahan Jeram Mengaji Sebelum Dilanda Kepala Air
Terkini, pada tahun 2025, bakal jemaah haji Muassasah daripada kumpulan B40 dan M40 akan menerima bantuan kewangan khas bagi meringankan beban kos menunaikan haji. Lembaga Tabung Haji (TH) bersama Kerajaan terus komited membantu rakyat melaksanakan ibadah ini dengan menawarkan pelbagai insentif kewangan.
Berita baik ini memberi sinar harapan buat golongan B40 dan M40. Memetik laporan UtusanTV, bakal jemaah haji Muassasah kumpulan B40 yang mendapat bantuan Kerajaan bagi B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) sebanyak RM17,300 seorang dan ditambah bantuan Kerajaan sebanyak RM1,000 seorang pada 2025.
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkam, bantuan yang berjumlah RM18,300 itu adalah lebih separuh (55 peratus) daripada keseluruhan Kos Haji, menjadikan Bayaran Haji bagi seorang jemaah B40 berjumlah RM15,000.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, bakal haji Muassasah kumpulan M40 pula akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM9,800 seorang atau 29 peratus daripada keseluruhan Kos Haji, menjadikan Bayaran Haji bagi seorang jemaah M40 sebanyak RM23,500.
Manakala, Jemaah Muassasah kumpulan T20 yang berpendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan perlu menjelaskan bayaran penuh kos haji iaitu RM33,300 seorang.
Katanya, ia adalah selari dengan prinsip penyasaran bantuan yang sedang dilakukan oleh Kerajaan.
Tambahnya lagi, Bakal Haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah, mereka yang terpilih melalui proses rayuan perlu membayar penuh Kos Haji selaras dengan syarat istito’ah.
“Terdapat hampir empat juta pendeposit yang telah mendaftar haji dan sedang menunggu giliran untuk menunaikan haji, namun kuota adalah terhad. Kos Haji Muassasah adalah jauh lebih rendah daripada pakej haji yang ditawarkan oleh syarikat swasta yang dilesenkan oleh TH dimana harga bermula sekitar RM55,000 seorang,” katanya.
Syed Hamadah menjelaskan bahawa Bantuan Kewangan Haji bagi musim haji kali ini dianggarkan mencecah RM261 juta, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan sepanjang 25 tahun melebihi RM2.8 bilion.
Beliau turut menegaskan bahawa jumlah bantuan yang signifikan ini memberi impak besar kepada keupayaan kewangan TH serta pulangan yang diterima oleh para pendeposit.
Justeru, katanya, TH telah mengambil langkah menurunkan kadar Bantuan Kewangan Haji secara berperingkat sejak 2022 ke arah memenuhi konsep kemampuan dalam menunaikan ibadah haji (istito’ah) dan bagi membantu kelestarian kewangan TH demi memelihara kepentingan pendeposit.
“Keputusan ini adalah selari dengan resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan yang menetapkan bakal jemaah haji bertanggungjawab atas perbelanjaan sebenar menunaikan ibadah haji, selari dengan konsep istito’ah di mana ibadat haji diwajibkan bagi umat Islam yang berkemampuan,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Hamadah berkata, TH telah dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji 2025 dimana Kos Haji masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah Muassasah.
Kata beliau, bagi mengawal Kos Haji, TH telah berusaha untuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak yang meningkat.
Katanya lagi, harga penginapan di Tanah Suci meningkat dengan mendadak susulan pembangunan pesat di Makkah dan Madinah, yang memberi kesan langsung kepada kos haji. Bagi mengatasi cabaran ini, TH telah mengambil langkah proaktif dengan memeterai perjanjian bersama pengusaha hotel untuk memastikan harga penginapan dapat dikawal pada masa hadapan.
“Kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci merangkumi 87 peratus dari kos keseluruhan dan adalah di luar kawalan TH.”
“Mengambil berat tentang konsep istito’ah, dari 2022 hingga 2024, lebih 700 orang jemaah Muassasah B40 dan M40 telah memilih untuk membayar samada Kos Haji secara penuh atau lebih dari bayaran minima yang ditetapkan TH. Pihak TH menyambut baik sikap positif ini,” katanya.
Tambah Syed Hamadah lagi, setiap tahun terdapat kira-kira 70,000 hingga 80,000 rayuan untuk menunaikan haji dan mereka bersedia membayar penuh kos haji.
Seorang pelajar asas perakaunan di UiTM Perak telah membanggakan fakulti dan universitinya selepas mencatat markah peperiksaan tertinggi bagi Merekod Transaksi Kewangan (FA1) di Malaysia.
Bukan itu sahaja, pelajar berkenaan yang bernama Juulea Qiestyna Abu Zar, turut membanggakan negara Malaysia kerana markah peperiksaan yang sama bagi sesi Mac 2023 yang dicatatnya juga merupakan yang kedua tertinggi di dunia.
Perkara ini telah dikongsi oleh laman Facebook rasmi UiTM Perak , pihak kampus mengucapkan tahniah kepada Julea Qiestyna atas pencapaiannya menerusi satu catatan yang telah menjadi tular.
Kejayaan gadis ini teurt memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Tidak kurang ada yang memanggil Julea Qiestyna sebagai “beauty with brain” dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana mendapat pencapaian yang membanggakan, terutamanya dalam subjek yang sangat sukar untuk pelajar lain lulus lebih-lebih lagi untuk mendapat markah yang tinggi.
Tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa Julea Qiestyna mungkin akan menjadi Gabenor Bank Negara seterusnya.
Ada juga yang berkata, dia berasa tenang dan bangga membaca catatan itu dan menyeru portal berita untuk menonjolkan pencapaian sebegitu dan bukannya hanya tertumpu kepada selebriti dan skandal mereka.
Selain itu, pelajar UiTM Perak itu turut mengucapkan tahniah oleh Pengerusi Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Hj Abu Hanipah.
Dalam catatan Facebook , Adun Belanja turut memuji pencapaian itu dan berharap lebih ramai rakyat Perak akan mencipta nama di persada global.
Hujan lebat berterusan membawa khabar duka kepada penduduk Kampung Bukit Apit, Ajil, Kuala Berang Terengganu apabila kejadian tanah runtuh hari ini meragut nyawa dua beradik.
Mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, ditemukan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat, masing-masing pada jam 6.32 petang dan 6.59 petang. Kejadian tragis itu turut melibatkan abang mereka, Uzair, 17, yang ditemukan selamat lebih awal pada jam 5.17 petang.
Tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu mengejutkan penduduk kampung, yang tidak menyangka musim hujan kali ini akan membawa malapetaka sebegini.
“Saya dengar suara meminta tolong, tapi saya tak dapat buat apa-apa sebab tak tahu mereka ada di mana,” kata Danial Arabi, 36, jiran kepada keluarga mangsa, yang menjadi saksi pertama selepas kejadian.
Menurut Danial, keadaan ketika itu sangat mencemaskan. Hujan lebat dan tanah yang terus bergerak membuatkan usaha menyelamat menjadi sukar.
“Semuanya berlaku terlalu pantas. Kami tak pernah sangka kawasan rumah mereka yang nampak selamat ini boleh terkena tanah runtuh,” tambahnya dengan nada sebak.
Tragedi ini menimbulkan kesedihan mendalam buat seluruh penduduk kampung, yang rata-rata tidak menyangka bencana tanah runtuh boleh terjadi di kawasan mereka. Musim hujan yang biasanya dinanti-nantikan untuk menyuburkan tanah, kali ini menjadi penyebab kehilangan dua nyawa muda yang masih punya banyak impian.
Pasukan penyelamat kini masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca tanah runtuh. Penduduk sekitar dinasihatkan untuk terus berhati-hati, terutama dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Duka yang sukar dilupakan ini meninggalkan parut mendalam, bukan hanya buat keluarga mangsa tetapi juga komuniti kecil Kampung Bukit Apit yang terkejut dengan insiden itu.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Sumber: Harian Metro & Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.