Berhutang itu sangatlah mudah, tapi untuk membayar hutang itu amatlah payah. Itu yang sering berlaku dalam hidup ini. Lantaran itu selagi boleh, cubalah elakkan diri daripada berhutang. Kumpullah duit untuk dapatkan sesuatu dan janganlah  terlalu membiasakan diri dengan sikit-sikit nak berhutang.

Hutang akan menyebabkan kita penat bekerja di siang hari dan tidak lena tidur di malam hari. Untuk itu segeralah bebaskan diri daripada belenggu hutang dan cubalah amalkan 3 doa yang baik ini agar Allah mudahkan urusan menyelesaikan hutang.

Apakah 3 doa itu?

Ini dijelaskan sepertimana perkongsian daripada Ustaz Kahirul Anuar Basri yang juga merupakan penulis buku dan motivator al-Quran untuk panduan bersama.

Jangan Mudah Berhutang

Jangan ajar diri mudah untuk berhutang. Sikit-sikit berhutang. Sikit-sikit berhutang.
Kalau bayar takpe la lagi. Ini berkurun lamanya. Hutang tak setel-setel jugak.

Asbab hutang, adik beradik boleh bermasam muka. Asbab hutang, pertalian saudara boleh terputus. Asbab hutang, kawan baik sejak sekian lama pun boleh hilang sekelip mata.

Rasulullah SAW sebut, orang yang suka berhutang, dia akan suka menipu. Orang yang suka berhutang, dia akan suka berjanji. Lepas tu dia akan mungkir janji.

Hutang wajib dibayar walaupun tak dituntut oleh tuannya. Orang yang mati syahid akan diampun semua dosanya kecuali hutang. Jiwa orang berhutang akan tergantung sehinggalah dia selesaikan hutangnya.

Lari Dari Hutang Dilihat Sebagai Pencuri

“Hutang Sebabkan Kita Penat Kerja Siang Hari Dan Malam Tak Lena Tidur”- Ustaz Ni Kongsi 3 Doa Untuk Mudah Selesaikan Hutang!

IKLAN

Masalah dengan orang yang berhutang ni ialah dia nak tunggu duitnya sedebuk nak terus selesai hutang. Nasihat saya, tak payah tunggu sedebuk.

Mula la bayar sikit-sikit. InsyaAllah tak lama kemudian, selesailah hutang kita tu. Ia jauh lebih baik daripada tak bayar langsung.

Orang yang usaha bersungguh-sungguh untuk bayar semua hutangnya, Allah akan mudahkan urusannya mencari rezeki.

Orang yang memang niatnya nak lari dari bayar hutang, Allah akan melihatnya di hari kiamat sebagai seorang pencuri.

Amal Doa Mudahkan Urusan

Ada 3 doa yang baik untuk diamalkan agar Allah mudahkan urusan menyelesaikan hutang.

“Hutang Sebabkan Kita Penat Kerja Siang Hari Dan Malam Tak Lena Tidur”- Ustaz Ni Kongsi 3 Doa Untuk Mudah Selesaikan Hutang!

IKLAN

✅ اللهمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَاْثَمِ وَ المَغْرَمِ
“Ya Allah SWT, aku berlindung kepadaMu dari berbuat dosa dan banyak hutang”

✅ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”

✅ اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
“Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaanMu daripada bergantung kepada selainMu.”

Selamat pagi kawan-kawan.
Hutang akan menyebabkan kita penat bekerja di siang hari dan tidak lena tidur di malam hari.Jangan suka berhutang. Jangan ambil mudah dengan hutang. Catatlah semua hutang. Bayarlah hutang keseluruhannya secepat mungkin sebelum kita meninggal dunia.

Sumber : Khairul Anuar Basri 

 

IKLAN

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI