Penting untuk ibu ayah yang duduk di rumah bertingkat seperti flat, apartment atau kondominium mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan anak terjatuh. Ibu ayah mesti lebih cakna bagi memastikan keselamatan anak-anak terjaga.
Ibu Ayah Yang Duduk Rumah Bertingkat
Akhir-akhir ini kes anak terjatuh dari rumah bertingkat kerap berlaku. Anak jatuh katil pun kita sudah rasa takut inikan pula terjatuh dari tingkat rumah yang tinggi. Minta dijauhkan anak-anak kita daripada kemalangan tersebut.
Tip Keselamatan Anak Di Rumah Bertingkat:
Apatah lagi sudah banyak yang kita dengar dan baca kejadian bayi dan kanak-kanak meninggal dunia akibat terjatuh dari rumah bertingkat. Ini antara tip yang ibu ayah mesti buat untuk mengelakkan perkara ini.
Lakukan Tip Ini, Elak Risiko Anak Terjatuh
1. Pasang jeriji pada tingkap dan sliding door
Jika anda tinggal di pangsapuri yang tinggi atau rumah bertingkat, pastikan tingkap dan sliding door anda dipasang jeriji. Naluri kanak-kanak yang ingin tahu dan meneroka menyebabkan mereka gemar melihat ke luar atau mencuba aksi-aksi seperti Superman. Tanpa jeriji yang selamat, anak anda boleh terjatuh dan menemui ajal.
2. Sentiasa pastikan pintu berkunci
Oleh kerana sliding door rumah bertingkat akan terus ke balkoni sudah tentu ia berisiko kepada anak kecil. Maka elakkan daripada membuka sliding door tanpa pemantauan dari orang dewasa untuk elak anak bermain di beranda tanpa pengawasan.
3. Elak meletak objek di balkoni
Jangan letak sebarang kerusi, bangku atau sebarang objek yang boleh dipanjat di balkoni anda kerana si kecil yang sentiasa ingin tahu mungkin memanjatnya untuk melihat keadaan di bawah rumah dan berisiko untuk terjatuh.
4. Pasang pagar
Selain jeriji, pemasangan pagar juga membantu mengelakkan kejadian si kecil terjatuh. Penggunaan pagar sebagai langkah keselamatan sangat penting terutama di rumah apartment. Pagar boleh dipasang di pintu berhampiran balkoni bagi mengelakkan si kecil keluar tanpa pengawasan ibu bapa.
5. Guna gajet keselamatan
Sekarang ada pelbagai gajet keselamatan yang sesuai untuk childproof di rumah anda. Bagi yang tinggal di apartment anda boleh pasang beberapa gajet ini untuk mengelakkan risiko anak terjatuh.
Kredit: www.forrent.com
Window stops : Digunakan untuk menghalang tingkap daripada dibuka lebih dari 4 inci.
Window locks: Alat ini menghalang terus si kecil daripada membuka tingkap, ia berkesan untuk menjamin tingkap tertutup.
Window guards: Ia membenarkan tingkap untuk dibuka, tetapi penggunaan ‘bar’ menghalang kanak-kanak daripada terjatuh dari tingkap. Window guards sepatutnya mempunyai ‘bar’ tak lebih daripada 4 selang beberapa inci dan sepatutnya selamat jika dipasang.
Kredit foto: Pexels
Artikel berkaitan: Terjatuh Dari Tingkat 16 Kuarters Hospital, Budak Empat Tahun Maut!
Pasang Jeriji Tingkap Jangan Sampai Membahayakan
Allahuakbar, Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dari Kerusi Bayi.