Ramai yang suka beli emas sekarang. Ada yang ingin membuat pelaburan sambil menjadikan ia sebagai penghiasan diri.

Namun, jika salah beli emas, harga akan menjadi agak lebih mahal. Jadi untuk membeli emas ini perkara pertama kena tahu adalah cara kiraan emas itu sendiri.

Nak tahu lanjut, ikuti 6 formula kiraan cara yang betul supaya anda boleh beli emas dengan harga murah. Dapat nego, dapat harga lebih murah lagi.

____________________________________________

Ini 6 Formula Kiraan Emas Kena Tahu, Baru Senang Nak ‘Nego’ Dapat Harga Lebih Murah. Lelaki Ini Kongsi Caranya. 

Sudah sampai masanya kita mempunyai ilmu dalam pembelian emas. Jika selama ini kita hanya membeli emas dan mempercayai penjual sahaja, sekarang kita akan lebih yakin dengan pembelian.

Mentaliti kedai itu murah, kedai ini bagus, kedai itu bagi diskaun banyak, kedai ini upah sikit, kedai itu harga emas rendah dan sebagainya, sebenarnya tidak memberi apa-apa erti selagi kita tidak kira.

Ada yang rasa “apa susahnya kira?” Tak susah mana pun jika tahu. Ini yang saya senaraikan khas buat yang belum tahu supaya sekarang, lebih ramai lagi yang berilmu dan tidak diambil kesempatan sewenang-wenangnya.

  1. Formula kira upah yang kedai kenakan (jika tidak diberitahu).

Jumlah perlu dibayar – (berat emas x harga emas kedai)

Contoh

Berat emas : 10 gram

Harga emas kedai : RM259

Jumlah perlu dibayar : RM2835

= RM2835 – (10 x 259)

= RM2835 – RM2590

= RM245 ialah upah yang diambil.

Nota : Ada kedai yang tidak bertanggungjawab dan menyembunyikan caj upah. Ada yang langsung tidak tunjuk di resit. Yang ada hanya berat x harga emas dan jumlah perlu dibayar. Ini pentingnya guna formula ini supaya tidak diambil kesempatan.

  1. Formula kira harga emas SEBENAR selepas dikira upah.

(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas

Contoh

Berat emas : 10 gram

Harga emas kedai : RM259/g

Jumlah upah : RM245

= (10 x 259 + 245) ÷ 10

= (2590 + 245) ÷ 10

= RM2935 ÷ 10

= RM283.50 ialah harga SEBENAR emas kedai tersebut selepas dikira upah.

Nota : Jangan terpedaya dengan harga emas kedai yang diberitahu selagi tidak menggunakan formula ini.

  1. Formula kira upah setiap gram yang kedai kenakan.

Ikut langkah formula 1 untuk jumlah upah jika tidak dimaklumkan. Kemudian bahagikan dengan berat.

Contoh

Berat emas : 10 gram

Jumlah upah : RM245

= 245 ÷ 10

= RM24.50 ialah amaun upah yang dikenakan pada setiap gram.

Nota : Ada kedai yang mengenakan upah setiap gram yang mahal. Yang paling utama ialah untuk tahu nilai emas per gram yang sebenar selepas upah di formula nombor 2 di atas.

  1. Formula kira beli emas baru dengan trade in emas lama.

(Berat emas baru x harga emas kedai + upah) – (Berat emas lama x harga trade in kedai)

Contoh

Berat emas baru : 10 gram

Berat emas lama : 5 gram

Harga emas kedai : RM259/g

Harga trade in kedai : RM230/g

Jumlah upah : RM245

= (10 x 259 + 245) – (5 x 230)

= (2590 + 245) – 1150

= 2835 – 1150

= RM1685 ialah amaun yang perlu ditambah untuk beli 10g emas baru setelah trade in 5g emas lama.

Nota : Sudah hampir tiada istilah susut nilai 25% dari harga emas masa beli. Semuanya bergantung kepada harga emas trade in bagi kedai itu.

  1. Formula perbandingan kedai ADA UPAH vs kedai FREE UPAH.

Ada 2 formula dalam kategori ini. Formula pertama yang paling ringkas iaitu bandingkan jumlah kena bayar kedua-dua kedai jika berat emas yang ingin dibeli sama.

Formula kedua yang lebih terperinci dalam kategori ini ialah dengan membandingkan harga untuk 1 gram kedua-dua kedai.

Ikut langkah Formula kira harga emas sebenar selepas dikira upah dan bandingkan dengan berat x harga emas kedai FREE UPAH seperti Gull Jewellery.

Contoh

Kedai Emas A ADA UPAH

Kedai Emas B FREE UPAH

Berat emas : 10 gram

Harga emas Kedai A : RM259/g

Harga emas Kedai B : RM270/g

Jumlah upah Kedai A : RM245

Jumlah upah Kedai B : FREE UPAH

Kira harga emas sebenar Kedai A ADA UPAH

(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas

= (10 x 259 + 245) ÷ 10

= (2590 + 245) ÷ 10

= RM2835 ÷ 10

= RM283.50 per gram

Kira harga emas Kedai B FREE UPAH

(Berat emas x harga emas kedai) ÷ berat emas

= (10 X 270) ÷ 10

= RM270 per gram

Kedai A ADA UPAH lebih mahal RM19.50 untuk setiap gram berbanding Kedai B FREE UPAH.

Nota : Jangan buat kesimpulan awal dengan membandingkan harga emas kedai sebelum dikira bersama upah. Gunakan formula ini dan jika kedai dengan upah hasilnya murah dari kedai yang FREE UPAH, bermakna kedai itu upahnya murah dan belilah di kedai itu. Yang penting, WAJIB TAWAR UPAH. Jika tidak tawar, anda akan membayar lebih.

  1. Formula bandingkan yang mana lebih untung trade in di kedai atau simpan di Ar Rahnu.

(Berat emas x harga trade in kedai) – (berat emas x harga Ar Rahnu x 70%)

Berat emas : 10 gram

Harga trade in Kedai emas : RM230/g

Harga emas Ar Rahnu : RM272/g

Kadar peratus pinjaman : 70%

= (10 x 230) – (10 x 272 x 70%)

= 2300 – (2720 x 70%)

= 2300 – 1904

= RM396 ialah lebihan nilai yang dapat jika trade in di kedai berbanding simpan di Ar Rahnu (Ar Rahnu belum masuk upah simpan).

Nota : Jika masih sayang emas yang lama, simpanlah di Ar Rahnu. Jika memang sudah bosan atau mahukan rekaan yang baru, trade in sahaja di kedai. Tetapi pastikan kira dahulu. Ambil tahu harga emas Ar Rahnu dan harga Trade In kedai.

Ini 6 Formula Kiraan Emas Kena Tahu, Baru Senang Nak ‘Nego’ Dapat Harga Lebih Murah. Lelaki Ini Kongsi Caranya. 

Semoga dimanfaatkan ilmu ini sebaiknya. Silakan tekan butang share buat manfaat semua. Dilarang copy paste ye.

#CabaranRM3 masuk hari ke 74 hari ini (17 Ogos 2020) dan jumlah terkumpul yang anda perlu ada dalam tabungan ialah RM222.

Cabaran ini adalah untuk menggalakkan semua menyimpan atau menabung untuk membeli emas dengan menyimpan RM3 setiap hari selama 180 hari. Selepas sampai sasaran hari, kita akan ada cukup duit untuk beli sekurang-kurangnya 2 gram emas. Menabung sendiri dan beli sendiri nanti. Saya hanya memberi motivasi dengan membuat post peringatan setiap hari untuk #CabaranRM3 ini.

Ilmu yang amat berguna jika memilih emas sebagai aset pelaburan jangka masa panjang Selamat merancang simpanan buat keluarga!

Kredit: Akhtar Syamir

TOP ARTICLE

TrendingKanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA

Tanam kobis di rumahKobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA

Mesti bacaPatutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur.  – KELUARGA

Petua dapur:  Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

VIDEO KAK LONG KONGSI-TAZKIRAH REZEKI MENCURAH UNTUK KELUARGA

VIDEO: MACARONI CHEESE PAPRIKA, SIAP 10 MINIT JE

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI