Sagun Kelapa, menyebutnya sahaja sudah pasti ada yang membayangkan betapa enaknya jajan legend yang sering dimakan tiap kali pulang dari sekolah ketika kecil-kecil dahulu.
Uniknya juga tentang sagun kelapa ini, jika menikmatinya pantang untuk kita bercakap. Kalau tidak pasti akan tersembur semua yang ada di dalam mulut. Boleh mengundang lucu bila hal ini terjadi.
Namun sayangnya, anak-anak kita zaman ini ada yang tidak pernah merasa keenakan sagun kelapa ini. Jadi apa kata bagi mengimbau nostalgia dulu-dulu, di samping dapat juga memberi anak-anak merasa, bolehlah kita buat sendiri sagun kelapa ini di rumah.
Bahan-bahan untuk menyediakannya juga sangat mudah seperti mana yang dikongsikan oleh Mis Jilani melalui perkongsiannya di group Masak Apa Hari Ni yang berjaya meraih perhatian warganet.
Langkah 1 : Sangai kering tepung beras 200g dan dua sudu besar tepung pulut selama 8 minit.
Ads
Langkah 2 : Gunakan api perlahan sahaja dan kemudian ketepikan.
Langkah 3 : Sangai kering kelapa parut dua biji selama 20 minit atau sehingga kering. Pastikan guna api perlahan
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sebut sahaja kek coklat siapa yang tidak teruja untuk menikmatinya bukan? Apatah lagi bila ada yang berkongsi gambar kek coklat di media sosial hasil daripada air tangan sendiri, tentu sahaja bukan kecur air liur dibuatnya malah ada yang teruja untuk turut menyediakan menu tersebut.
Ini seperti resipi yang dikongsikan oleh Abby Razy iaitu Kek Coklat Ganache Cair Di Mulut. Memang nampak menyelerakan sungguh!
Mesti ibu-ibu pening kan nak sediakan apa untuk sarapan, minum pagi dan juga minum petang. Lagi-lagi yang tengah situasi PKPB, anak-anak cuti dan bila kat rumah asyik lapar jer.
Jom admin kongsikan resipi mudah tapi boleh tambat selera anak-anak. Kita cuba Roti Telur Sardin yang dikongsikan oleh Zur Ain Salim.
Petang ni akak buat roti telur sardin viral tu .. Awak semua dah buat belum .. rugi tak cuba ..
Bahan bahan :
👉1 tin kecil sardin
👉½biji bwg holland*
👉3biji cili padi*
👉Sedikit daun sup & daun bawang*
👉Garam
👉lada hitam ( akak tukar lada sulah )
👉3-4biji telur
👉roti keping
Cara cara :
👍Lenyek ikan sardin(sos dia amik sikit)
👍Cincang bahan yang bertanda*
👍Gaul kan dgn ikan sardin tadi dengan telur , garam , lada kecil , lada sulah , bawang holland , daun bawang & daun sup sampai sebati
👍celup roti dalam sardin yang telah dicampur tadi
Lepas tu goreng mcm roti telur biasa tu ..
Goreng macam ni, balik-balikkan supaya masak sekata.
Ni versi anak-anak yang tak ada lada. Potong kecil-kecil mudah anak nak makan.
Ni versi mak ayah
Siaapp !
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Esok umat Islam akan menyambut hari raya Aidiliftri. Hari ini tentu ahli keluarga sibuk membuat persiapan untuk juadah di pagi raya.
Selain kuah nasi impit, rendang, lontong atau ketupat, antara menu menarik lain adalah sambal goreng jawa. Menu ini sebenarnya lebih dikenali di negeri Johor. Ia selalu dihidangkan waktu hari raya, pada majlis keramaian atau kenduri-kendara.
Sambal Goreng Jawa adalah sejenis masakan sambal pedas yang digoreng. Ia lebih sedap dimakan denganlontong.
Ingin mencuba memasak hidangan ini untuk pagi raya. Ikuti resepi sambal goreng jawa kering tidak berkuah, dengan mengikuti kaedahnya ditunjukkan dibawah
*Sambal Goreng Jawa*
bahan-bahan:
2 paket tempe (hiris dan goreng garing)
3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing)
3-4 biji kentang(hiris dan goreng garing)
Sedikit hati ayam(hiris dan goreng)x nak letak pun boleh..nak letak isi udang segar pun boleh..goreng jer sekejap..
2 paket suhun
Sedikit kacang panjang(hiris serong)
1 keping fucuk(potong)x mo letak pun x pe
1 sdb gula
Sedikit perasa jika perlu
1/2 sdt garam
Kicap manis secukupnya(sy guna kipas udang)
1/2 cawan air asam jawa(cair)
1 cawan air
3 sudu besar ikan bilis(tumbuk lumat)
2 senduk minyak masak(untuk menumis)
Bahan Tumis
2 biji bawang besar(hiris nipis)
4 ulas bawang putih(hiris nipis)
10 tangkai cili kering(potong nipis menyerong)suka pedas boleh tambah cili padi hiris serong
Caranya
Panaskan minyak..masukkan ikan bilis yg dah ditumbuk lumat dan masukkan bahan tumis..tumis hingga agak garing..masukkan air asam jawa,gula,perasa dan sedikit garam..renjiskan kicap manis..kacau hingga naik minyak..masukkan suhun dan fucuk serta air..masukkan pula kacang panjang..kacau seketika..masukkan bahan2 lain yg dah siap digoreng tadi..gaul rata..sesuaikan rasa..tutup api..
Rujukan gambar
Selamat mencuba!
Kredit: Mariana Zainal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di