Rumah ku Syurga ku. Tak kisah rumah kecil atau besar asalkan ia boleh menjadi tempat berteduh dan berkasih sayang seisi keluarga itu sudah memadai.
Kena sentiasa bersyukur apa yang kita ada,walaupun sekecil kecil rumah yang penting kita bangga dengan sendiri dapat membeli rumah dengan hasil titik peluh kita sendiri. Dengan kata lain, ikut kemampuan diri kita setakat mana yang mampu.
Dari luaran nampak biasa sahaja. Tetapi melangkah masuk, pasti mata terpegun dengan dekorasi setiap ruang yang ada.
Kediaman yang dibeli dua tahun lalu itu di dekorasi sedikit demi sedikit. Namun pemilik kediaman ini amat menekankan faktor kekemasan dan kebersihan. Tidak hairanlah, setaip ruang tampak cukup cantik, kemas dan bersih.
Ads
Luaran rumah saya hanya biasa saja. Ada sahabat tnya saya macmana saya boleh pilih rumah macmni..luaran pagar dgn grill barang lama..xcntik lngsung.. Mcm rugi ja sya beli..ini saja yg saya mmpu beli..rumah sekarang ni mahal..dah 2 tahun sy beli.
Alhamdulilah walaupun luaran macm biasa saja.. Saya cuba utk deco rumah saya sedikit demi sedikit..dan sya pastikan bersih dan kemas sentiasa.. saya berniaga dan pekerja kilang.. Saya meniaga kek cheese waktu time cuti shift. Saya bersyukur sangat2 dapat membeli rumah walaupun rumah kecil.
Suatu ketika dulu memang viral dan menjadi suatu fenomena buat anak-anak kita bermain rubik. Bukan bermain suka-suka malah hingga ada dianjurkan pelbagai jenis pertandingan untuk meraikan minat anak-anak muda menyusun bongkah-bongkah warna dengan cara paling pantas.
Melihat mereka melengkapkan susunan mengikut warna, nampak mudah dan pantas. Tapi jika diberikan rubik tersebut pada yang tidak mahir, memang berjam-jam pun belum tentu dapat diselesaikan permainan tersebut.
Apatah lagi untuk menyusun ratusan rubik untuk dijadikan potret, memang seakan tidak tergambar difikiran. Namun itulah kelebihan dan bakat yang ada pada saudara Zabli Ab Hadi.
Melalui video yang dikongsikan, Zabli Ab Hadi menunjukkan proses menghasilkan potret penyanyi kesayangan ramai rakyat Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Menurut Zabli dalam video tersebut, dia menggunakan 796 kiub rubik untuk menghasilkan potret Tok Ti ni dan mengambil masa tiga hingga empat jam je untuk siapkan.
Tambah Zabli lagi, dia menghasilkan potret penyanyi nombor satu negara itu sebagai bentuk maklumbalas kepada komen Tok Ti di laman Instagram.
Video Zabli sebelum ini juga pernah tular apabila dia menghasilkan potret pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu bersama arwah isterinya Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Video ini telah kongsikan di aplikasi TikTok hingga mendapat tontonan lebih 1 juta tontonan setakat ini.
KOMEN WARGANET
Menjengah di ruangan komen, rata-rata teruja dan berbangga dengan bakat yang dimiliki oleh Zabli.
“Memang genius org boleh buat ni..Tbaik la bang…Alhamdulillah..Allah bg klbihan yg superb kat abg..”
“selalu tfk vvt omputeh ja buat mcm ni…tksngka kita pun ada yg berbakat besar mcm ni… thniah bro…”
“hebat sungguh orang malaysia…semua boleh..MALAYSIA BOLEHHH!!MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Asyik beli di kedai aje kan. Apa kata cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur. Mak-mak boleh cuba buat sendiri.
Telur Masin Cantik
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup Cara Membuat:
Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.
Tahukah anda bahawa pemakanan juga mempengaruhi tidur? Pasti ada antara anda yang sedang merana kerana sukar tidur malam.
Jika terlelap pun hanya sekejap kerana tidur sering terganggu. Usah susah hati, artikel kali ini menerangkan tentang empat makanan yang boleh menjamin tidur yang berkualiti.
Kesemua makanan ini membantu menenangkan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon serotin dan melatonin untuk membantu anda tidur dengan lebih lena.
1. Teh & Madu
Minumlah teh sebelum tidur dan elakkan dari mengambil minuman berkafien yang tidak elok untuk kesihatan jika diamalkan selalu. Teh Chamomile dikatakan mempunyai kesan penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental. Manakala teh hijau mengandungi Theanine yang juga membantu manusia untuk lena dalam tidurnya.
2. Susu Panas
Segelas susu panas atau milo panas mampu membuatkan perut berada dalam keadaan yang selesa dan kenyang. Sebelum tidur ambillah segelas susu dan lengkapkan dengan segelas air kosong untuk rasa lebih selesa. Pasti tidur anda lebih nyenyak sepanjang malam.
3. Badam
Badam mengandungi magnesium yang berupaya membantu manusia untuk mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Bukan itu sahaja, badam juga mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika tidur. Sambil menonton, kunyahnya beberapa biji badam!
4. Pisang
Ini paling best!. Kandungan magnesium dan potassium yang baik di dalam pisang mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena. Jika anda mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.
5. Flaxseed
Kalau anda nak tahu, flaxseed kaya dengan asid omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Flaxseed ini sesuai diambil ketika sedang mengalami stres atau tekanan berat. Tidur juga pasti akan lebih nyenyak.
Pastikan kesemua makanan ini tersedia di rumah anda. Jika tidur anda terganggu, kesemua makanan ini pastinya sangat membantu!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.