Menerusi satu perkongsian baru-baru ini di Facebook, seorang teknologis makanan yang menggunakan Facebook Sazly Tulih mendakwa terdapat sejenis bahan pemanis yang digunakan pada buah Baby Nenas.
Menururnya lagi, bahan pemanis tersebut iaitu Siklamat merupakan pemanis tanpa zat yang menyebabkan buah itu akan menjadi lebih manis daripada rasa ‘manis buah’ yang asalnya.
Baby Nenas (Baby Pineapple)
Dua tiga minggu lepas, saya ada ternampak peniaga-peniaga di tepi jalan yang sebelum ini menjual jeruk mangga telah beralih kepada baby nenas. Saya berharap sangat, produk ini bukanlah jenama “Dragon King” yang menggandungi siklamat iaitu pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis pada buah sehingga 30-50 kali ganda. Ingatkan Musang King Malaysia je yang femes kan… Dragon King pun femes. Untuk pengetahuan semua, Siklamat ni tidak dibenarkan penggunaannya di dalam buah-buahan segar termasuk dikupas atau sedia dimakan dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Tak silap saya, pada tahun 2019 DG Kesihatan pernah membuat kenyataan akhbar berkenaan hal ini. Menurut kenyataan akhbar tersebut, baby nenas jenama Dragon King ini tidak dieksport ke Malaysia. Jangan ada penyeludupan buah ini ke Malaysia sudah lah.
Justeru, dia meminta pengguna supaya berhati-hati agar tidak terbeli baby nenas yang manisnya lain macam.
Kepada pengguna, jika pernah terlihat atau terbeli produk baby nenas yang rasa manisnya lain macam tu, berhati-hatilah. Jika ada kemusykilan, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berdekatan atau boleh buat aduan di http://moh.spab.gov.my.
Ads
Kepada penjual pula, saya nak maklumkan jika tuan puan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 yang mana memperuntukkan, tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan dengan mengandungi apa-apa bahan penambahannya tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983 atau peraturan-peraturan di bawahnya. Sesiapa yang didapati melanggar peruntukan ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Semua makanan yang dieksport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.
Perkongsian tersebut meraih maklum balas daripada warganet. Ada yang bertanyakan bagaimana untuk mengetahui produk Itu mengandungi Siklamat.
Bagaimana kita nak tahu ada siklamat? End user mcm kita ni selalu jd mangsa. Apa2 pun terima kasih atas perkongsian. Sy dulu mmg gemar baby nenas ni, tp kini dah beralih ke nenas yankee & crystal honey jika nak yg manis2 ni. 🙂
Pertanyaan tersebut mendapat respond dari saudara suzy.
Ads
Kadar kemanisan siklamat lebih dari 30 kali ganda. Saya rasa dengan deria rasa kita, kemanisan yang tersangat manis tu antara indicator bahawa baby nenas itu ada siklamat.
Bahkan ada antara mereka yang berkongsi pengalaman mereka memakan ‘baby nenas’ ini.
Saya rasa ada sikalamat tu.. Sbb lps saya mkn nenas ni rasa nk penat.. saya mmg sensitif dgn pemanis tiruan ni.. pernah mkn anggur jeruk jenis kecil2 tu.. jemmm.. batuk, lelah on the spot..
Pernah makan mmg sedap manis melenting. Sekali bangun pagi bibir habis luka.
Saya pernah rasa buah nenas ni..manis…xleh mkn byk..saya mkn sebiji jer lps tu lidah saya rasa x selesa…
Dh beli sekali, baru makan lidah gatal2 terus stop makan, ingat nak smbung mkan lagi tapi takut bibir plak jadi mcm ikan bandaraya mampuih den… Trauma nak makan lagi 😂😂😂🤣🤣🤣
Buat penggemar cendawan goreng, resipi pernah viral sebelum ini. Jika anda mahu menghidangkan menu petang yang sedap, resipi ini wajib dicuba.
Mudah disediakan dan hasilnya cendawan goreng bersalut tepung berempah ini jadi rangup dan garing. Dihidangkan bersama secawan teh O panas cendawan enoki goreng ini pasti terangkat.
Bahan-bahan:
2 bungkus cendawan enoki
1 biji telur – pukul ringan
serbuk tepung serbaguna (BESTARI)
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat:
1. Potong akar cendawan Enoki,leraikan ia,kemudian basuh dan toskan.
2. Gaul cendawan Enoki dengan telur hingga rata.
3. Golekkan atas tepung serbaguna.
4. Goreng dalam minyak terendam dan api yang panas.
5. Angkat apabila sudah masak atau berwarna kuning keemasan. Toskan.
Info ekstra:
Kudapan ringan ini juga sedap dicecah dengan sos cili, mayonis atau dimakan begitu sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin bagi sesetengah orang melihat kerjaya pemandu van jenazah ini biasa sahaja. Namun, hanya yang mengalaminya sendiri tahu akan perasaan tersebut. Sayu, insaf,s edih dan pelbagai lagi rasa bermain di jiwa. Lebih-lebih lagi bila memandang wajah keluarga waris yang kesedihan dek kehilangan insan tersayang membuatkan hati menjadi sebak dan pilu.
Demikian pengalaman yang dilalui pemuda bernama Mohd Zulhairi Zainol atau lebih mesra dengan panggilan Hery apabila berdepan dengan situasi menyayat hati bila mana berdepan anak yang menemani jenazah ibunya sepanjang perjalanan ke destinasi untuk urusan pengebumian.
ya Allah,sayu hati Hery pagi nie melihat anak kecil yang baru sahaja kematian ibunya,..walaupun ibunya hanya di sebelah tetapi ibunya telah meninggal dunia buat selamanya”….
Melihat anak kecil ini tidur lena Hery terpaksa perlahankan van jenazah supaya anak kecil selesa dan lena”..di samping pelukkan ayahnya”…
Ya Allah selamatkan perjalanan kami,..ya Allah alihkan lah hati anak ini supaya dapat menerima kehilangan ibunya”….kerana anak ini masih kecil”.,,acap kali dia memangil ibunya,..apakan daya ibunya sudah tiada”
ya Allah aku bersyukur kerana Engkau masih tidak menguji aku sebegini?mungkin aku yg dewasa ini juga tidak dapat menerima kehilangan orang yg di kasihi.
Demikian status yang dimuat naik oleh Hery di laman facebooknya sehingga tular dan di kongsi lebih 6000 kali.
Menurut Hery, kejadian tersebut berlaku awal pagi Selasa yang lalu ketika dalam perjalanan dari Hospital Putrajaya ke Kuala Kangsar itu untuk urusan pengebumian jenazah yang meninggal dunia akibat demam denggi.
Tambah Hery lagi, jenazah ditemani suami dan seorang daripada tiga anaknya dalam perjalanan yang mengambil masa hampir empat jam itu.
“Suami arwah beritahu saya anak bongsunya kena naik sekali dalam van jenazah sebab dia rapat dengan ibunya. Dua anak yang lain naik kereta berasingan.
“Biasanya kalau ke Kuala Kangsar hanya mengambil masa kira-kira tiga jam, tapi saya memandu lebih perlahan daripada biasa. Bertolak dari dari pukul 2.45 pagi, pukul 6.20 pagi baru sampai,” katanya pada Selasa.
Mohd Zulhairi yang berpengalaman sebagai pemandu van jenazah sejak lebih dua tahun berkata, bapa kanak-kanak itu keletihan dan anak perempuannya dalam lingkungan tiga tahun pula didakapnya sepanjang perjalanan.
Beliau yang mempunyai tiga anak termasuk mempunyai anak kecil berusia setahun dan dua tahun, dapat menyelami perasaan kanak-kanak itu yang terjaga beberapa kali sepanjang perjalanan.
“Salah seorang anak saya berusia dua tahun, jadi biasanya anak kecil ini tidak mahu berenggang dengan ibu bapanya bila waktu tidur.
“Melihat kanak-kanak itu dari cermin pandang belakang van, saya tahu dia juga mahu tidur bersama (jenazah) ibunya. Saya sebak,” katanya yang sebelum ini tular kerana menjadi ‘runner’ yang sanggup menguruskan jenazah bermula daripada memandikan hingga ke liang lahad yang dilakukan secara percuma, menyentuh hati netizen.
Namun di tengah perjalanan pada kira-kira pukul 4 pagi, Mohd Zulhairi dikejutkan dengan suara sayup-sayup anak kecil itu yang menusuk sanubarinya.
“Saya sedang memandu ditemani rakan setugas, tiba-tiba anak kecil ini terjaga dari tidur dan memanggil ibunya, mak… mak… sedangkan ibunya ada di sebelah (dalam keranda).
“Apa yang saya perlu lakukan, ayahnya sedang tidur keletihan dan ibunya sudah pergi menemui Ilahi. Sayu saya dengar suara dia sayup-sayup, rasa nak menitiskan air mata.
“Ini adalah pengalaman pertama saya berdepan dengan keadaan seorang anak kecil yang menemani jenazah ibunya di dalam van yang saya pandu.
“Melihatkan keadaan itu, ia menjadi peringatan untuk saya sendiri bahawa setiap insan yang hidup di dunia suatu hari akan pergi juga (menemui Ilahi). Selagi mereka yang disayangi itu hidup, jagalah mereka sebaik-baiknya,” katanya dengan nada sebak.
Peringatan buat yang mengalami masalah buah pinggang tapi teringin nak makan buah durian. Jika tidak dikawal boleh membawa maut.
Begitu yang terjadi seorang pesakit yang telah meninggal dunia akibat setelah makan hanya seulas durian.
Menurut perkongsian seorang doktor, Dr Syamirullah kandungan durian yang tinggi Potassium boleh mengakibatkan pesakit sukar bernafas.
Beliau menasihati supaya pengemar raja buah itu berpantang makan buah berkenaan.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Pesakit buah pinggang meninggal dunia setelah makan seulas durian.
Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.
“Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada.” ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.
Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat. Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).
POTASSIUM
Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.
Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).
Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.
Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.
Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.
Pesakit buah pinggang kena elak makan
Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi.
100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.
Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada diaisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.
BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.
Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!
Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.
Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.
Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.
Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan “sunnah”? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.
“Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. “
Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud “the dose makes the poison.”
Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.
Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.
Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.
Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.
Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.
Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.
Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.
Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.
Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual “bahan-bahan beracun.”
Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama “ikhtiar” seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas “bahan kimia”.
Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan “kopi habbatussauda” kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan ‘perubatan sunnah’ iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).
Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil “natural” kerana apa yang “natural” bagi seorang, mungkin menjadi “pathological” bagi seorang yang lain.
Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB “bolehkah saya ambil supplemen ini”, saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.
Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.
Sumber: Dr Syamirullah
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.