Kalau dah nama perempuan, dari hujung kaki hingga hujung kepala nak dijaga rapi. Bukan setakat penjagaan muka tapi termasuk penjagaan rambut, badan dan gigi.
Untuk maintain penjagaan gigi memerlukan kos yang tinggi lagi-lagi kalau pergi ke klinik swasta.
Kalau yang mampu tak apa lah, yang tak mampu kesian lah. Sanggup cuba produk di pasaran yang ada bahan kimia asalkan murah.
Senang je cara nak putihkan gigi dan maintain gigi cantik kalau tak berapa ada bajet. Hanya guna bahan-bahan semula jadi dan yang ada dekat rumah. Jom kita cuba tips ini.
KENAPA GIGI KUNING?
Sebenarnya gigi yang sedikit kuning adalah normal dan sihat. Gigi orang dewasa akan cenderung jadi kuning.
Permukaan gigi yang haus dan mededahkan struktur dentin yang berwarna kekuningan. Jangan terkejut bila gigi orang dewasa lebih kuning dari kanak-kanak.
Tapi, makanan pon memberi peranan. Ada beberapa makanan yang boleh memberi kesan kuning pada gigi. Contohnya minuman berkafein seperti kopi dan teh.
Ada beberapa cara untuk putihkan semula gigi tanpa menelan kos yang mahal. Jom cuba!
1. MENGUNYAH MAKANAN ‘PENCUCI MULUT’
Mengunyah makanan seperti epal, sayur saderi atau lobak merah dikatakan dapat memutihkan gigi dengan seratnya.
Bila kunyah makanan-makanan ini, sisa makanan yang terlekat antara gigi dan serta plak-plak kekuningan dapat dibersihkan.
Selain menjadi snek yang sihat, kita pon dapat memiliki senyuman yang bersinar!
Ads
2. BAKING SODA
Antara petua untuk putihkan yang popular sejak zaman nenek moyang kita pulak adalah dengan baking soda.
Caranya, bancuhkan suku sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi. Kemudian beruskan gigi seperti biasa dan bilas dengan air.
Lakukan tips ini sekali seminggu atau setiap 2 minggu. Jangan berlebihan sebab baking soda boleh menghakis enamel gigi.
3. GARAM
Garam dipercayai dapat menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putih gigi.
Sapukan garam pada gigi seperti langkah menggunakan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilas seperti biasa.
Ads
Ia juga dapat bertindak sebagai antibakteria. Elakkan letak garam pada bahagian gusi kerana ia boleh menyakitkan.
3. GUNA STRAW KETIKA MINUM
Kalau nak elak gigi cepat kuning, boleh cuba biasakan diri minum minuman bergula atau kopi menggunakan straw.
Tindakan ini dapat elak daripada minuman direct contact dengan gigi. Kalau tak ada straw, cuba pastikan mulut dibilas selepas 30 minit minum minuman tersebut.
4. AMBIL MAKANAN BERKALSIUM TINGGI
Sesetengah gigi menjadi kekuningan sebab lapisan enamel terhakis sehingga mendedahkan lapisan dentin di bawahnya yang berwarna kuning.
Oleh itu, pengambilan makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brokoli dapat membantu mengelakkan hakisan dan kekalkan putih gigi.
Ads
5. BERUS & FLOS
Ramai yang anggap flos gigi sebagai satu hal yang tak penting. Ubat gigi dapat bantu untuk keluarkan kotoran daripada gigi.
Makanan yang terlekat di celah gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna menggunakan berus gigi. Makanan yang terbiar lama di celahan boleh menghasilkan bakteria dan plak gigi.
Oleh itu, penggunaan flos penting dalam membantu ubat gigi untuk mengeluarkan sisa makanan dengan berkesan.
Selalu stress kulit kepala gatal dan rambut gugur? Ha step pertama tak boleh stress. Sebab stress boleh gugurkan rambut.
Yang kedua, kena jaga kulit kepala. Sebab apa? Sebab kesihatan kulit kepala ialah tunjang utama kepada keadaan rambut kita.
Gugur ke, kepala gatal ke, rambut bercabang ke semua bergantung dengan cara kita jaga kulit kepala.
Banyak je cara untuk jaga kulit kepala bagi kurang rasa gatal tu. Tapi kena lah konsisten. Nak cantik dan nampak hasil kena lah rajin. Tak perlu keluarkan duit yang banyak pon, hanya perlu rajin.
Sama juga dengan pelanggan spa. Kalau mereka mampu tampung kos rawatan penjagaan diri tapi tak rajin untuk pergi ke temu janji bulanan, tak ada jugak hasilnya.
Bukan setakat itu je, cuba jangan tukar jenama syampu. Tahu tak tukar-tukar syampu pon boleh menyebabkan kulit kepala tak sihat.
Tukar-tukar syampu tu ibarat kita dah memeningkan kulit kepala kita dengan bahan-bahan dalam syampu tu. Apa kata kita cuba dahulu petua lama guna daun limau purut ini pula.
BAHAN DIPERLUKAN:
-10 helai daun limau purut
-Air secukupnya
CARA SEDIAKAN:
Mula-mula cuci bersih daun limau purut dan kemudian kisar bersama dengan sedikit air. Jangan terlalu cair.
2. Boleh tumbuk lumat dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
3. Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan sapukan di kepala.
4. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
5. Urut kepala supaya pes tadi meresap. Urut lembut je jangan kasar nanti kulit kepala luka. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye.
6. Bilas sehingga bersih.
Selamat Mencuba! Mana tahu boleh jadi model syampu lepas ni.
USAHAWAN kosmetik terkenal dan pempengaruh Datuk Seri Aliff Syukri, 37, membuat keputusan untuk menarik diri daripada dunia nyanyian.
Menurutnya, beliau berkeputusan sedemikian atas faktor semakin berusia dan sering terpalit dengan isu kontroversi.
Baru-baru ini beliau dikecam hebat kerana mengeluarkan lagu raya yang dikatakan tidak menghormati budaya dan agama sendiri.
“Tahun ni adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi. Tahun ini paling suwey (malang).
“Setiap gerak geri saya dikritik. Kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan.
“Sedikit sebanyak, ia memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri dan reda,” jelasnya kepada Harian Metro ketika ditemui sewaktu Majlis Rumah Terbuka Terlajak Raya di Glamhall Damansara pada petang Ahad.
Beliau juga menjelaskan bahawa keadaan ekonomi sekarang turut menyebabkan kes samannya mencabar dan memberi kesan kepada emosinya.
Pengunduran beliau dalam dunia nyanyian turut dianggap sebagai pembuka jalan kepada artis-artis baharu nak up (BBNU) untuk menyerlah.
“Tapi, janganlah kerana tak ada lagu, anda lupakan saya.
“Saya sampai bergaduh suami isteri dan bukan gimik. Jujurnya, saya dah putus asa. Mungkin saya dibenci sebagai penyanyi,” sambungnya lagi.
HANYA GURAUAN HARI APRIL FOOL
Pada April lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya.
Rakaman percakapan tersebut adalah susulan aduan yang diterima oleh SKMM berhubungan dengan kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik beliau.
Menurut Aliff, video teaser yang dimuat naik itu cumalah prank untuk hari April Fool sahaja. Dia hanya ingin bergurau dengan rakyat Malaysia.
Telefon bimbit dan kad sim miliknya turut disita dan dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.
Beliau turut mempersoalkan sikap netizen yang lebih gemar dengan ‘content’ (kandungan) yang diciptanya berbanding objektif utama perniagaannya.
Katanya ia secara tidak langsung memaksanya untuk menghasilkan kandungan yang dapat alih perhatian netizen hingga berdepan dengan kritikan dan kecaman.
“Kalau tak ada orang macam kami ini, tak ada ‘monyet’, tak ada ‘kera’ macam kami ini, tak ceria Malaysia,” katanya.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu menambah, orang di negara ini lebih gemar melihat kandungan yang bersifat mengaibkan seperti saman, tangkap basah dan sebagainya.
ZARINA ANJOULIE atau lebih mesra dengan Anju, rajin berkongsi pelbagai jenis resepi di akaun Instagramnya. Antara jenis resepi yang sering dikongsikan adalah resepi makanan kesihatan.
Bukan itu sahaja, Anju juga sering mengiklankan produk-produk kesihatan.
Menerusi video yang dihantar di akaun Instagramnya semalam, Anju berkongsi dia mengambil seulas dua bawang putih mentah sebelum tidur.
Yang paling menarik, Anju mengambil bersama air “detox” yang mengandungi halia, lemon dan daun ketumbar.
Anju berkata dia sering mencuba resepi yang dikongsi oleh orang lain di Tiktok. Tambahnya, resepi-resepi yang dicuba bagus untuk kulit. Katanya, memang ada dijual dalam bentuk pil tetapi dia lebih suka yang “hidup”.
Sedikit info mengenai bawang putih ia dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan.
Tanaman bawang putih kurang sesuai di Malaysia kerana negara kita mempunyai iklim yang lembab dan kerap hujan. Oleh itu, tanaman bawang putih mudah untuk diserang penyakit.
Negara yang menjadi pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun dan diikuti dengan India iaitu sebanyak 4%.
Anju turut berkongsi KHASIAT BAWANG PUTIH mentah di ruangan kapsyen;
-Bawang putih boleh membantu melindungi daripada penyakit, termasuk selesema biasa
-Sebatian aktif dalam bawang putih boleh mengurangkan tekanan darah
-Bawang putih meningkatkan tahap kolesterol, yang mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung
-Bawang putih mengandungi antioksidan yang boleh membantu mencegah penyakit Alzheimer dan Demensia
-Membantu menyahtoksik logam berat dalam badan
Bukan itu sahaja, dia juga berkongsi KEBAIKAN KUNYIT untuk;
-Keradangan
-Keadaan mata degeneratif
-Sindrom metabolisme
-Sakit sendi
-Hiperlipidemia (kolesterol dalam darah)
-Kebimbangan
-Sakit otot selepas bersenam
-Kesihatan buah pinggang