Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu, selamat dikahwinkan bersama pasangan pilihannya, Muhamad Sufian Isa, yang merupakan seorang Penerbit Eksekutif di stesen televisyen tempatan.
Majlis akad nikah tersebut diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur dan dihadiri keluarga kedua belah pihak, rakan rapat dan pihak media.
Mas Idayu dan Muhamad Sufian Isa saling mengenali sejak tahun 2008 semasa program Mentor 3 dan baru mula menjalinkan hubungan yang ‘serius’ pada tahun ini.
Ads
Sebelum ini, Ratu Dangdut Malaysia pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aman Graseka, pada tahun 1997 dan bercerai pada tahun 2006. Mereka berdua dikurniakan anak dara, Nur Dayina Asyiqa, yang kini berumur 25 tahun.
Kami di Keluarga mengucapkan tahniah kepada Mas Idayu dan suaminya, Muhamad Sufian Isa. Semoga perkahwinan mereka akan kekal bahagia. Kami juga berharap artikel ini memberi inspirasi kepada para pembaca di luar sana.
Kehilangan orang tersayang cukup memeritkan, hanya dengan rasa reda dan tabah sahaja mampu untuk seseorang itu berasa kuat menerima ujian kehilangan orang tercinta. Namun apalah daya bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ini. Sungguh tidak dapat dibayangkan betapa berat ujian yang sedang dilaluinya.
Baru sahaja kehilangan ayah tersayang angkara Covid-19, gagal pula untuk menghubungi ibunya yang di ICU. Terpaksa pula bersendirian di rumah jalani kuarantin kerana dirinya juga positif covid-19. Semua ini bukan mudah untuk ditempuh buat kanak-kanak yang bernama Arshad. Sungguh tabah dan cekal hatinya!
Dugaan Yang Cukup Berat
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini bernama Arshad, kuarantin sendirian dirumahnya, selepas swab test kedua positif covid19.
Bapanya berusia 38 tahun baharu sahaja meninggal dunia kerana covid19. Tiga adiknya dibawa ke rumah saudara mereka kerana negatif covid19, manakala ibu Arshad dan adik bongsunya ditahan di hospital berikutan keadaan level oksigen yang sangat rendah.
Zalifah Ithnin, pengerusi Kluang Community Welfare Association (PETAK) datang memberi sumbangan makanan kepada Arshad selepas mengetahui perkara ini. Setiap hari saudara-mara Arshad datang menghantar makanan buat kanak-kanak itu. Arshad tiada pilihan kecuali kuarantin sendirian di rumah.
Gagal Hubungi Ibu Di ICU
Yang menyedihkan kita, Arshad memaklumkan kepada Zalifah, Arshad gagal menghubungi ibunya yang berada di ICU sejak semalam kerana ibunya tidak lagi menjawab panggilan telefon dan Arshad nampak sedih serta keliru berikutan baharu sahaja kehilangan bapanya.
Keep Strong Arshad. Hugs dari jauh
Sesungguhnya Allah SWT memberikan ujian hebat ini kerana Allah SWT sayang kepada Arshad sekeluarga.
Terima kasih Zalifah Ithnin dan NGO PETAK kerana menyampaikan sumbangan buat adik Arshad.
Sediakan Tempat Kuarantin Khas
Dicadangkan kepada Kerajaan agar menyediakan tempat kuarantin khas yang selesa dan selamat untuk kanak-kanak positif covid19 yang ibubapanya di ICU, supaya kanak-kanak dapat dijaga dengan baik dari segi mendapatkan rawatan, mendapat sokongan emosi dan sebagainya, memandangkan bilangan pesakit covid19 kritikal dari dalam kalangan ibubapa muda semakin meningkat.
Kementerian Pendidikan juga kena dapatkan data terkini kanak-kanak yang kehilangan ibubapa di Malaysia. Pasca Covid19 bakal melukakan hati ramai pihak kerana sudah pasti bilangan anak-anak yatim di sekolah-sekolah meningkat mendadak.
Andainya kita mahu memberi sumbangan, berilah sumbangan kepada anak-anak yatim kerana setiap sen yang kita belanjakan jika disampaikan kepada insan yang berhak akan menjadi bekalan pahala sedekah yang berpanjangan buat kita di Akhirat nanti.
Bersama-sama kita doakan kesembuhan segera buat Arshad, ibu Arshad dan adiknya, serta semua pesakit Covid19 yang berada di ICU.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bagi bisnes, umrah, beri kereta, wanita ini kongsi sebab kena lebihkan anak sulung. Anak sulung seringkali memikul tanggungjawab yang lebih berat berbanding adik-beradik yang lain. Mereka biasanya menjadi ‘tulang belakang’ keluarga, membantu ibu bapa dalam menjaga adik-adik dan menguruskan rumah tangga.
Dalam situasi di mana keluarga menghadapi kesulitan kewangan, anak sulung sering menjadi penyokong utama. Mereka terpaksa berkorban banyak untuk memastikan keluarga tetap bertahan.
Apabila ibu bapa akhirnya mencapai tahap kewangan yang lebih stabil dan berkemampuan, adalah wajar untuk mempertimbangkan ganjaran kepada anak sulung yang telah banyak berkorban. Ganjaran ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan tetapi juga sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan pengorbanan yang telah mereka lakukan.
Kenapa selalu lebihkan anak nombor satu? Bagi bisnes, bagi pergi umrah sendiri dan bagi kereta?
Sebab dia seorang anak yang lalui keperitan hidup sama-sama dengan Kak Jura. Dia lahir dalam serba kekurangan. Dia membesar bukanlah dalam keadaan yang cukup selesa. Dia membesar dengan penuh sabar harungi kesusahan Kak Jura sama-sama.
Dia tak ada macam adik-adiknya sekarang yang lahir di hospital swasta yang cukup selesa. Dia tak ada macam adik-adiknya yang membesar dalam rumah besar selesa dengan pembantu rumah. Dia tak ada pergi International School macam adik-adik dia. Dia tak merasa macam adik-adiknya yang selalu dapat pergi holiday. Dia tak rasa semua itu.
Dia yang lahir di hospital kerajaan yang mana balik rumah terpaksa tumpang kereta jiran sebab masa itu tak ada kereta. Dia membesar duduk flat 1 bilik yang hanya tidur beralaskan toto di ruang tamu dari kecil sampai besar. Dia pergi sekolah kerajaan naik motor berpanas berhujan setiap hari. Dia yang tahu mamanya tak ada duit dan tak pernah merungut minta apa-apa.
Dia yang banyak uruskan hal sekolah/kafa adik-adik semua sekarang berbanding Kak Jura. Dia yang lebih ambil berat hal adik-adik berbanding Kak Jura. Nak buka sekolah dia yang paling sibuk siapkan buku sekolah adik-adik siap balut semua. Dia yang tiap malam tengok jadual sekolah adik-adik untuk pastikan bawak buku yang betul. Dia yang habiskan masa tolong adik-adik ulang kaji bila mereka nak exam.
Bila hari ini Allah permudahkan rezeki Kak Jura maka Kak Jura dahulukan dia. Kak Jura cuba nak bagi terbaik buat dia yang tak pernah pun merungut walau sedikit disaat kami susah.
Alhamdulillah dia anak yang menyenangkan mak ayah. Tak salah jika sekarang tiba masa Kak Jura nak berkongsi banyak benda dengan dia.
Kesimpulannya anak sulung yang telah melalui hidup susah demi membantu keluarga layak diberikan ganjaran apabila ibu bapa sudah berkemampuan. Pengorbanan dan usaha mereka adalah sesuatu yang tidak ternilai dan wajar dihargai.
Melalui ganjaran yang sesuai, ibu bapa bukan sahaja dapat menunjukkan penghargaan tetapi juga memberi semangat dan motivasi kepada anak sulung untuk terus berjaya dalam kehidupan.
Bagi pasangan Datuk Yusry Abd Halim dan Datin Lisa Surihani, pasti tidak lupa dengan tarikh yang menyatukan mereka sebagai suami isteri yang sah.Kini, usia perkahwinan mereka sudah menjangkau satu abad dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Semalam pasangan ini meraikan ulangtahun ke-10 mereka Dalam suasana cukup simple namun cukup manis untuk dikenang.
Dalam satu perkongsian menerusi laman Instagramnya, Lisa memuatnaik ucapan istimewa buat suami yang disayangi.
“Bismillahi, masyaAllah. Sayangku Yushby, kita telah sampai ke satu milestone bersama-sama pada hari ini. Alhamdulillah, 10 tahun yang indah.
“Siapa sangka kita akan berada di sini, setelah bertentangan mata antara satu sama lain ketika di satu majlis hari raya.”
“Ketika itu, saya fikir ini, get real Lisa. He’s not interested. Kemudian kamu pun ada cakap bahawa kamu pun ingat tak akan ada harapan dengan saya.”
“Namun semuanya ketentuan Illahi. Saya akhirnya dapat habiskan masa bersama insan yang saya sayangi dan kini telah diberkati dengan tiga orang cahaya mata.”
“Sungguhpun ada turun naik, itu semua adalah satu ujian, saya bersyukur dan berharap akan keberkatan dari Nya, kita dapat lalui bersama-sama.”
“Semoga rasa cinta dan sayang kita akan sentiasa diberkati oleh Illahi. Semoga kita akan lalu usia tua bersama dan juga di jannah. Saya sayang kamu, baby.”
Demikian nukilan yang cukup menarik buat suami kesayangan Lisa Surihani.