Penemuan mayat mangsa ke-25 tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, malam tadi, disifatkan pengalaman tidak boleh dilupakan dan bermakna buat seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Menceritakan perkara itu, Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah Petaling SM (PA) Muhammad Eqmal Haqimi Sufian, berkata ia merupakan operasi pertamanya sejak menjadi pegawai dalam APM.
Katanya, pada jam 11.15 malam ketika dia dan petugas lain membuat pememantauan di bahagian tengah Seksyen C di lokasi kejadian sambil beberapa mesin jengkaut melakukan kerja-kerja mengorek pasir, dia ternampak petanda baharu.
Katanya, dia melihat beberapa barangan seperti khemah, pakaian, selimut dan tilam, sekali gus memberi harapan penemuan mayat mangsa di kawasan itu.
Dia berkata, dengan menggunakan jengkaut secara berhati-hati, mereka kemudian memberi tumpuan di kawasan itu sebelum ternampak objek seperti tubuh terbaring.
“Saya yakin ia adalah mayat kanak kanak berumur dalam lingkungan lima ke tujuh tahun yang tidak pasti jantinanya kerana penuh diselaputi tanah selut.
“Pada ketika itu saya berada dalam jarak 10 meter dari lokasi yang dikorek. Saya terus bergerak ke arah objek tersebut tetapi kaki saya tersangkut dan terbenam hingga ke paras paha dan tidak boleh bergerak.
“Saya meminta bantuan penyelamat yang lain untuk mengeluarkan kaki saya yang terbenam tetapi agak sukar dan akhirnya kasut saya tersangkut di dalam tanah, saya terjengket-jengket untuk pergi ke arah objek tersebut bersama rakan penyelamat yang lain.
“Mesin jengkaut kemudian mengorek di beberapa bahagian lain berhampiran mayat yang dijumpai, setelah tanah digemburkan, kami terus mengeluarkan mayat mangsa menggunakan pengusung yang disediakan,” ujarnya.
Katanya lagi, agak sukar untuk bergerak di sekitar lokasi itu dan sesiapa sahaja boleh terbenam pada bila-bila masa jika tidak cuba keluar dengan segera.
“Selepas membawa keluar mayat mangsa yang dijumpai, saya menarik nafas lega dan puas hati kerana setelah beberapa hari mencari akhirnya dapat mencari mangsa seterusnya.
“Malah saya rasa semua penyelamat telah mendapat semangat tambahan untuk terus berusaha mencari mangsa yang masih belum dijumpai,” katanya.
Ads
Tambahnya, pada malam tadi, pencarian diteruskan sehingga jam 12 tengah malam dan disambung semula pagi tadi.
“Walaupun saya kehilangan sebelah kasut, saya rasa bersyukur dan berpuas hati kerana pencarian mangsa membuahkan hasil dan memberikan semangat tambahan meneruskan misi pencarian.
“Inilah operasi saya yang pertama kali sejak menjadi Pegawai APM dan merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat saya, saya berharap akan dapat memberikan sumbangan tenaga sebagai anggota penyelamat dan berjasa untuk agama, bangsa dan negara,” katanya lagi.
TERKINI: Empat Mayat Mangsa Ditemui Di Kedalaman 7 Meter
Empat mayat mangsa dijumpai pasukan mencari dan menyelamat di Sektor C, kawasan tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, pada kedalaman tujuh meter.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, keempat-empat mayat mangsa ke-27, 28, 29 dan 30 itu ditemui dalam bungkusan khemah.
Ads
“Mangsa dipercayai berada dalam satu lokasi di Sektor C. Kesemua mayat yang berada di dalam bungkusan khemah itu telah dibawa keluar.
“(Mayat) mangsa masih berada dalam keadaan yang sempurna dan berpakaian tetapi sudah mula mereput,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian pada petang Khamis.
Tambah Suffian, mayat kesemua mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
“Berharap ada perkembangan positif yang berlaku hari ini, berharap keadaan cuaca dapat membantu kita,” katanya lagi.
Sehingga kini, angka korban dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm meningkat kepada 30 orang, manakala tiga lagi mangsa masih hilang.
Insiden kemalangan yang berlaku di Langkawi akibat dipandu oleh kanak-kanak berusia 6 tahun ini dikaitkan dengan unsur mistik apabila kanak-kanak itu menceritakan bahawa bukan dirinya yang memandu kereta tersebut sebaliknya terdapat ramai individu lain yang berada di dalam kereta.
Antara yang disebut adalah Tok Wan, Pak Lang dan Pak Cik. Ketika ditanya kenapa dia mengikut mereka, kanak-kanak itu mengatakan bahawa mereka mengajak dia bermain ‘game’.
Menurut laporan Sinar Harian, meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah berkenaan, namun rakaman audio perbualan suara kanak-kanak itu menceritakan kejadian tersebut kini tular di media sosial sejak malam Rabu.
Menurut cerita kanak-kanak itu, individu yang dipanggil ‘tok wan’ menerusi ceritanya dikatakan tidak kacak, badan berbulu dan mempunyai suhu badan yang panas.
“Tidak ‘handsome’, badan dia panas dan ada bulu. Pak Lang tak ada bulu, dia bawa gajah handsome juga. Pak cik dok (duduk) depan,” katanya.
Dalam rakaman sama yang dikongsikan di TikTok @daichidontcare, seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan identitinya turut mengulas tentang kejadian berkenaan.
Dia turut hairan bagaimana kanak-kanak lelaki itu mampu untuk memandu kereta sejauh 2.5km termasuklah mengundur kereta.
Dalam screenshot yang tular itu, pihak polis dipercayai pergi ke rumah keluarga kanak-kanak itu dan mereka pun pelik bagaimana Toyota Vios yang berada di tengah-tengah antara dua kereta lain, boleh keluar daripada kawasan parkir — lebih-lebih lagi dipandu oleh seorang kanak-kanak?
Kisah itu masih terus menjadi misteri yang tidak boleh dirungkai dengan akal. Bagaimanapun ahli keluarga itu mengucapkan rasa syukur kerana kedua kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan teruk semasa kejadian berlaku.
Alangkah hibanya hati bila melihat bayi seusia 54 hari pergi meninggalkan dunia akibat dari kecuaian keluarga sendiri. Lebih memeritkan apabila perbuatan itu sudah dihalang namun ada yang berdegil meneruskan juga.
Kisah ini terjadi di Indonesia apabila seorang bayi yang telah disahkan menghidap jangkitan kuman dan sesak nafas.
Pada awalnya, ibu kepada bayi tersebut ingin membawanya ke pusat rawatan berhampiran namun dihalang oleh keluarganya. Mereka berpendapat penyakit tersebut boleh diubati dengan minuman tradisional sahaja.
Meskipun dihalang, keluarga Puan Aya masih berdegil memberi bayi tersebut air air ramuan herba campuran daun kacang botol serta kencur walaupun sudah diberitahu bahawa ramuan tersebut tidak sesuai untuk bayi, tetapi keluarga tidak mengendahkan malah tetap memberikannya kepada bayi tersebut.
Kesan daripada ramuan herba tersebut, anaknya mula sesak nafas dan menghidap jangkitan paru-paru. Puan Aya yang panik melihat keadaan anaknya bergegas membawanya ke pusat rawatan walaupun dihalang oleh keluarga.
Ketika mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan bayi tersebut sudah meninggal dunia.
Jika anda pergi ke majlis perkahwinan, pasti menu Daging Masak Hitam akan dihidangkan kepada para tetamu. Juadah ini memang ‘ngam’ apabila dimakan bersama nasi minyak ataupun nasi tomato. Rasa kuahnya yang berempah dan pekat memang terbaik.
Namun bagi yang ingin hidangkannya untuk seisi keluarga, menu ini sesuai juga dimakan dengan nasi putih. Kadang cukup dengan lauk ini sahaja, sudah cukup membangkitkan selera sekeluarga.
Di laman sosial, seorang wanita telah kongsikan resipi ini dan mendapat lebih 3 ribu perkongsian. Rupanya ramai peminat daging masak hitam ini.
Bagi anda yang ingin hidangkan sebagai juadah berbuka, disini kami sertakan resipi istimewa ini.
RESIPI DAGING MASAK HITAM ALA KENDURI
Bahan-bahan :
Daging 2 kilo
Kicap manis & kicap pekat
Cili kering 20 tangkai (kisar)
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 10 ulas
Halia 5-6 hiris
Serai 2 batang
Buah keras 5 biji
Kismis 1 genggam (patutnya guna kismis hitam, x dak guna ja yang kuning)
Jintan manis 1 sudu kecik
Lada hitam 1 sudu kecik
Cara-cara :-
Perap daging dengan kicap manis & kicap pekat dan cili kering kisar
Perap 2-3 jam
Sementara tunggu daging kita bland bahan2 ni dulu
Blendkan bawang besar,bawang putih, halia
Blendkan serai,kismis,buah keras,jintan manis,lada hitam
Minyak panas tumis 4 sekawan.. masukkan bawang bland
Bawang dah garing masukkan rempah yang diblend pulak
Pecah minyak macam ni masukkan daging… api perlahan jangan letak air nanti daging keluar air
Masak sampai kering macam ni… ikut kan tak payah tambah gula&garam lg dah ngam2 rasa tapi sebab saya suka manis letak jugak 2 sudu
Nak kering macam ni api perlahan… 3 jam jugak la tapi berbaloii puas makan
Lepas panaskan hari ni makan lagi sedap… letak bekas kecik2 simpan dlm peti ais nak makan panaskan ja hampa