Pelik tapi benar, memang itu yang dikongsikan oleh jurusolek peribadi Kate Middleton mengenai rahsia penjagaan kulit wajah Kate. Menurut Debora Mitchell menerusi sebuah rancangan bual bicara berjudul This Morning, Kate hanya menggunakan Nutella dan gula untuk mengekalkan kesihatan pada kulit wajahnya.
Mitchell memberitahu bahawa Kate hanya menggunakan kaedah tradisional untuk menjaga kesihatan kulit wajahnya. Bahan yang digunakan ialah dengan sapuan Nutella sebagai topeng muka (face mask).
Menurut Michell lagi, kaedah yang digunakan itu adalah sebagai langkah untuk melembabkan kulit wajah. Selain itu, campuran coklat Nutella bersama gula amat bagus bagi menghasilkan kulit wajah yang halus.
Ads
Setelah mengamalkan cara ini selama tujuh atau lapan hari, anda pasti akan melihat perubahan pada kulit wajah. Tetapi harus ingat, jangan campurkan Nutella dengan air!
Debora Mitchell juga merupakan penasihat kecantikan kepada artis-artis ternama seperti Victoria Beckham dan Gwyneth Paltrow.
Ads
Kate Middleton kini mencecah umur 35 tahun tetapi penampilan serta kulit wajahnya tak menunjukkan langsung sebarang kedut.
Ads
Malah cara beliau berpakaian juga sering jadi ikutan wanita lain termasuk golongan remaja.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat perkongsian petua kecantikan di media sosial memang banyak. Dalam banyak-banyak petua tersebut Zuraidah Umbor telah mencuba satu petua yang dikongsikan oleh Sarifa Redzuan II untuk mendapatkan kulit halus licin dengan menggunakan hampas kelapa.
Jom kita lihat keberkesanan petua ini pada Zuraidah yang telah mengamalkannya.
Pagi nie Kak zue nak syer Petua Kulit Wajah Halus dan Licin Dengan Menggunakan Hampas Kelapa
Jika rajin buat petua nie parut jerawat jeragat pwon boleh hilang taw. Boleh juga digunakan sebagai scrub untuk seluruh badan.
Kulit wajah lebih bersih, licin dan lembut.
Balan-bahannya:
7 sudu besar hampas kelapa
Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam halus
2 sudu tepung beras
Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
Tara dah siap!
Cara guna:
1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan
2. Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
3. Amalkan seminggu 2-3 kali.
Lebihan scrub boleh simpan dalam peti sejuk
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap barang ada nilainya tersendiri. Tidak kepada harganya, tapi kadangkala pada kisah disebaliknya. Nak nak lagi bila barang tu dah lama tapi masih boleh digunakan, tak ke sayang kalau dibuang gitu je? Tapi kalau tak buang, terbiar je. Ahhh dilemanya!
Tak payah nak fikir panjang! Kalau boleh selamatkan lagi tu, apa kata kita ubah suai sikit biar nampak baru dan lebih ikut style masa kini. Barulah sedap mata memandang! Tak gitu? Macam kerusi yang di ubahsuai oleh Shida Abd Hamid ni, tak sangka dari berwajah klasik terus berubah moden. Hebat kan? Jom cuba!
DIY KERUSI LAMA BERWAJAH BARU
Kerusi meja solek lama sy ubah die ke wajah dan penampilan yg baru.semoga bermanfaat
Bahan-bahannya :-
Kerusi lama
cat
span terpakai
kain (lebihan buat sarung bantal anak)
stapler
hot glue gun
Cara-caranya :-
Bersihkan kerusi dari habuk (jika dah lama tak digunakan)
Cat kerusi di bahagian yang anda perlu. saya cat kaki dia je. Tunggu sampai kering.
Ambil span terpakai, gamkan guna hot glue gun di atas kerusi tadi ikut kreativiti masing-masing. Nak guna stapler pun boleh.
Bila gam dah kering, letakkan kain menutupi span tadi, kemaskan menggunakan stapler sama juga mengikut kreativiti masing-masing.
Siap kerusi yang lama kini nampak baru. cantik kan?
Bra kalau salah pilih saiz memang pakai tak selesa, ini tip pilih dan buat ukuran betul. Sebagai wanita, memilih bra bukan sekadar cantik dipandang mata sahaja. Faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukuran yang tepat serta keselesaan.
Sebenarnya masih ramai yang salah memilih bra yang sesuai dan selesa walaupun telah meningkat usia. Kesannya ‘aset’ anda lari bentuknya. Setiap wanita mempunyai saiz dan jenis payudara yang berbeza.
Amat penting untuk memilih dan memakai bra yang betul. Ini bagi memastikan agar aset anda akan kelihatan ‘elok terletak.’ Tentu anda tidak mahu aset yang satu ini nampak ‘jatuh’ bukan?
Bagi wanita selepas bersalin, ukuran aset anda juga akan berubah. Maka sebab itulah pentingnya anda memilih bra dengan saiz yang betul. Pernahkah anda mengalami kesukaran dalam memilih bra?
Berikut dikongsikan tip bagi memudahkan anda memilih bra yang tepat.
Anda boleh mengukur saiz bra sendiri di rumah dengan mengambil dua ukuran yang dinyatakan sebelum ini dengan pita ukur.
1. UKUR LILIT BAJU DALAM
Ukur (inci) kawasan pinggang yang terletak betul-betul di bawah lilitan bra anda, bahagian bawah dada. Pastikan anda menarik pita pengukur dengan ketat tetapi jangan terlalu ketat.
2. UKUR SAIZ CUP
Kemudian, ukur di sekeliling badan pada bahagian payudara (di mana puting anda berada). Juga jangan terlalu ketat, cukup pastikan ia tidak terlalu longgar. Catat ukuran dalam inci.
3. KEPUTUSAN (A, B, C ATAU D)
Sebaik sahaja anda mempunyai dua nombor, anda perlu mencari perbezaan antara mereka untuk menentukan saiz cup anda. Saiz cup tolak saiz ukur lilit, perbezaan yang dicatatkan adalah saiz cup anda.
*Jika saiz cup sama dengan saiz ukur lilit, anda adalah cawan A.
*Jika saiz cup 1 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan B.
*Jika saiz cup 2 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan C.
*Jika saiz cup 3 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan D.
*Jika saiz cup 4 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan DD.
*Jika saiz cup adalah 5 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan E.
*Dan sebagainya.
Ukuran ini adalah titik permulaan sahaja. Anda mungkin perlu mencuba banyak bra untuk mencari yang sesuai.
1. Pastikan jalur memanjang di sekeliling belakang anda berasa tegang tetapi tidak terlalu ketat kerana ia merupakan sumber sokongan utama daripada bra anda. Kebanyakan sokongan harus datang dari jalur bra bukan tali bra.
Pemilihan bra yang salah, akan membuatkan anda berasa sangat tidak selesa dan akan menyebabkan bonjolan atau tanda yang tidak sedap dipandang.
2. Jika cup pada bra kelihatan berkedut atau mempunyai ruang di bawah lengan, kemungkinan saiz cawan terlalu besar untuk anda. Manakala sebaliknya, jika isi di bawah lengan atau bahagian atas cup bra membonjol, itu tandanya bra yang anda pakai terlalu kecil.
3. Kalau anda memakai bra berwayar, jalur bawah di bra harus diletakkan dengan kemas pada sangkar rusuk dan harus duduk tepat di antara payudara anda untuk memberikan ruang pemisahan dan sokongan yang baik.
4. Cuba pasangkan bra pada cangkuk tengah untuk memberi banyak ruang pelarasan, kerana badan anda mungkin berubah.
5. Jangan lupa untuk melaraskan tali bra untuk mencari kedudukan yang paling selesa.
Anda sudah pun tahu cara mengukur dan memilih bra yang betul bukan? Jadi selepas ini tiada lagi masalah untuk membeli bra. Tiada lagi masalah beli bra tapi tak selesa dipakai!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di