Tentu kita pernah lihat nenek atau mak kita makan keledek rebus. Salah satunya ada yang berwarna ungu. Jika cicah dengan gula serta kelapa paru dan dimakan panas-panas memang superb!
Siapa sangka, keledek ungu yang nampak biasa-biasa aje, makanan kampung ini, hakikatnya merupakan super food. Melalui perkongsianseorang pakar otak ini, Dr Rizal Abu Bakar menjelaskan bahawa keledek ungu ini mempunyai khasiat yang menakjubkan! Lepas ni, pergi pasar pagi beli keledek ungu ni ye.
SUPER FOOD
Ads
Hari hujung minggu. Pagi masih muda. Baharu sahaja selesai Power Walking. Singgah di pasar. Sudah semacam rutin hujung minggu. Cari bahan segar. Seperti biasa gerai UBI KELEDEK disinggahi. Belek. Pilih yang berwarna UNGU. KELEDEK UNGU ialah SUPER FOOD. Anti oksida tinggi. Juga anti radang
Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus. Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.
Vitamin A untuk apa? Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini. Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
Ads
Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.
Ads
Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU. Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.
Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.
Tular mengenai kisah seorang remaja yang merupakan siswazah kejuruteraan yang memilih kerjaya sebagai content creator.
Apa yang menarik mengenai remaja ini yang dikenali sebagai UMe Cikin apabila kandungan yang dipaparkan bukan ‘gedik-gedik’ tetapi kisah hidup di kampung bersama keluarga. Pada masa yang sama dia menjual sambal acarnya.
Selain itu,intonasinya yang bercakap dengan laju dan lancar membuatkan wargamaya kagum kepadanya. Punya identiti yang tersendiri tanpa pakaian seksi tetapi hanya berbaju kemeja corak kotak membuatkan dia mudah meraih perhatian.
Dengan ini menunjukkan, bahawa ilmu yang diraih ke menara gading sebenarnya bukan semata-mata untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang yang dipelajari tetapi ia menjana pemikiran kita untuk menjadi lebih kreatif mengikut level pendidikan kita.
Menerusi perkongsian Siti Suryani Yaakop memaparkan kisah remaja ini yang memilih dunia kerjaya yang bukan daripada bidang yang dipelajarinya.
Moga kisah ini menjadi inspirasi kepada remaja lain bahawa pendidikan yang tinggi itu amat penting untuk menghasilan isi kandungan yang berkualiti.
Semalam ramai orang share pasal adik ni. Gambar yang sebijik macam ni. Siapa penulis awalnya saya tak teringat pula. Tapi tulisan yang sangat baik.
Tentang bagaimana seorang graduan kejuruteraan terjun ke dalam bidang content creator.
Tentang bagaimana usaha anak muda yang berpelajaran dan bijak membina kerjaya melalui media massa.
Tentang bagaimana adik ni tidak berkisah mengeluh tentang belajar lain tapi kerjanya lain pula. Dia belajar lagi ilmu baru dengan peluang yang ada. Saya selalu juga tunjuk pada anak kalau Tik Tok adik ni lalu di wall FB saya.
Ada dia buat sambal. Ada dia masak. Cuba makanan. Dia hantar adik balik asrama. Yang tu yang paling kelakar antara semua yang kelakar.
Jadi Teladan Kepada Anak-Anak
Saja tunjuk. Sebab anak saya yang nombor dua tu suka juga berangan-berangan buat content. Ala…budak mana yang tidak zaman sekarang ni kan.
Duk diam-diam sorang kang dengar lah, “Hai gais…”
Tapi gambar ni benar-benar menangkap hati saya. Sebagai seorang mak. Pada dua orang anak perempuan. Saya yakin mak ayah beliau tentu sangat bangga dengan adik ni.
Bangga bukan saja kerana berjayanya dia. Tapi lebih bangga lagi kerana dia berjaya dalam keadaan kekal menjaga nama dan maruah dirinya sebagai wanita.
Biar anak saya nampak. Dalam saat anak gadis dan mak gadis hilang kekuatan menahan diri dari berjoget menunjuk tubuh badan serta menonjolkan muka terpaling cantik yang boleh, adik ni kekal menjadi diri sendiri dan menjaga diri dia sebaiknya.
Tiada make up. Tiada baju cantik dan mahal. Tiada aurat yang dibuka. Tiada gedik-gedik dan manja-manja. Tiada lemah longlai dan aksi mengada-ngada. Tiada suara halus dan gedik yang dibuat saja-saja.
Tapi tetap ramai yang minat. Follower pun merata-rata. Dia tak kisah nak tiru sesiapa. Dia ada identiti. Dia punya kekuatan peribadi. Dia unik dengan caranya tersendiri. Dia tak perlu buat benda pelik-pelik. Dan tak payah nak bertabarruj. Apa lagi nak buka aurat.
Tapi tetap, Wanita pun boleh minat. Lelaki pun sama hormat.
Dan begitulah saya sentiasa harap anak-anak perempuan saya dan kita semua akan jadi. Semoden mana pun dunia ni pergi. Tetap dia pandai jaga diri. Tetap dia punya kekuatan peribadi. Tak kisah nak ikut trend sana-sini.
Dia menjadi diri dia seadanya. Dia menjaga diri dia sekuatnya.
Satu yang menjadi hal bagi kita adalah ketika meletakkan kereta di tempat yang panas. Haba bahang pastinya akan melambatkan proses mengejukkan kereta. Ketika inilah anak-anak mula menangis kepanasan dan merungut-rungut.
Kebiasaannya sebaik membuka enjin kereta, kita akan membuka tingkap seluas-luasnya bagi menghilangkan haba ini. Jika anda tahu dua cara ini pasti masalah akan dapat diatasi dengan segera.
Dua cara ini anda kena tahu agar kereta kurang habanya, malah lebih cepat sejuk. Jom amalkan dua langkah ini.
1. Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.
Waktu memandu pastikan anda tutup flap air cond kereta supaya pengudaraan kereta beredar hanya dalam kereta sahaja dan kekalkan udara sejuk. Rasanya semua orang lakukan semua ni bukan?
2 Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka.
Ketika parking kereta, buka flap aircond tadi. Jadi, udara panas tidak akan terperap di dalam kereta dan membuatkan kereta berbahang. Itulah tujuan flap aircond.
Kena cuba hari ni !
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular baru-baru ini satu rakaman video oleh seorang pelanggan salah sebuah stesen minyak Shell yang cuba mengejutkan pekerja tertidur semasa bertugas ‘shift malam’ sekitar jam 3.50 pagi.
Tidak mahu isu tersebut mencetuskan kontroversi, Pak Cik Shell selaku pemilik stesen minyak tampil membuat penjelasan menerusi satu hantaran Instagram.
Pak Cik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani Husain merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd sejak September 2016.
Dalam perkongsian tersebut, beliau meminta maaf terlebih dahulu kerana pelanggannya terpaksa menunggu pada waktu itu.
Menurut Pak Cik Shell, pekerja itu dipercayai keletihan selepas membantu ibunya meniaga di pasar pada awal pagi.
Ekoran video yang tular itu, pekerja itu telah dihantar untuk buat pemeriksaan kesihatan dan majikannya telah memberikan cuti seketika untuk dia berehat.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Rata-rata memuji dan terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan Pak Cik Shell.
Malah ada yang memuji pekerja itu beruntung kerana mendapat majikan yang sangat bertanggungjawab dan memahami situasi sebenar pekerja.
Dalam masa yang sama, ada yang pekerja tersebut kerana sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Bahkan mereka turut menitipkan doa supaya pekerja tersebut kembali pulih dan dapat terus berkhidmat dengan baik.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.