Walau susah manapun kita melihat sesorang itu menanggung kesempitan hidup, susah lagi orang yang sedang mengalaminya, ini seperti peribahasa Melayu ada menyebut; Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya.
Begitulah kisah hidup seorang nenek berusia 73 tahun ini, sanggup berkorban dengan kudrat yang ada demi membesarkan dua cucunya selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa sejak 2008.
Difahamkan dua beradik yang berasal dari Kampung Bunga Emas, Penambang, Kelantan ini hanya dapat menjadikan nenek mereka sebagai tempat menumpang kasih sepertimana memetik berita daripada myMetro.
Muhammad Aftarihan Arnia Mohd Asni, 17, dan adiknya Linafsha Arnia, 16, yang masing-masing bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang ketika ini bergantung hidup kepada nenek mereka, Kamariah Mat Ali, 73.
Menurut, Linafsha Arnia, arwah ibunya, Latifah Ismail, meninggal dunia pada 2008 selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pasir Puteh, manakala arwah bapanya pula, Mohd Asni Hussin meninggal dunia pada 2012 selepas mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan ibu yang menjadi teman hidupnya selama ini.
Gambar Pengubat Rindu
“Ketika arwah ibu meninggal dunia, saya baharu berusia tiga tahun serta masih belum mengerti apa-apa dan hanya mampu menangis dan merayu supaya ibu bangun kerana menganggap ibu sedang ‘tidur’.
“Selepas menginjak usia dewasa, saya mula memahami dan kini hanya gambar ibu yang menjadi tatapan setiap kali mahu meluahkan rasa rindu yang semakin lama semakin menebal,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini, hari ini.
Terdahulu dua beradik berkenaan dikunjungi Penghulu Mukim Penambang, Zainuddin Zakaria.
“Besarkan kami dengan kudratnya…”
Ads
Linafsha Arnia berkata, walaupun kasih sayang ibu dan ayah tiada gantinya, namun perhatian yang diberikan oleh neneknya membuatkan dia dan abangnya melupakan kesedihan bergelar yatim piatu.
Foto : Mymetro
“Kini nenek yang menjadi ibu dan ayah kepada saya dan abang apabila menyediakan keperluan harian kami dua beradik termasuk memberi makan dan minum, malah nenek turut berjanji mahu membesarkan kami dengan kudratnya selain tidak akan memisahkan kami adik-beradik walaupun dihimpit kesusahan.
“Saya dan abang bersyukur kerana dikurniakan seorang nenek yang sangat penyayang serta menjaga kebajikan kami selama ini membuatkan kami bersemangat untuk meneruskan kehidupan walaupun menumpang kasih sayang.
“Beban nenek menjaga kami dua beradik sedikit ringan apabila saya dan abang masing-masing memperoleh bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 yang boleh digunakan untuk membeli keperluan kami,” katanya.
Bagai Menatang Minyak Yang Penuh
Sementara itu, Kamariah berkata, meskipun kehidupan dia dan dua cucunya tidak semewah orang lain, dia tetap bersyukur.
Katanya, dia juga masih mempunyai kudrat untuk menjaga mereka berdua, walaupun menghidap penyakit kencing manis dan masalah kolestrol,
“Selepas kedua-dua ibu bapa mereka meninggal, dua beradik ini seolah-olah mengerti mereka kehilangan segala-galanya ketika usia masih setahun jagung.
Ads
“Saya akan menjaga kedua-dua cucu ini bagai menatang minyak yang penuh seperti diamanahkan arwah anak serta menantu walaupun kehidupan kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” katanya sambil mengelap air mata hiba.
Nilai ilmu jangan disamakan dengan gaji dalam kehidupan kita. Ini kerana mempunyai ilmu ini akan mempengaruhi cara kita bertindak dan ‘survival’.
Malah dalam Islam pun menerusi ayat Al Mujadalah ayat 11 ada menyatakan bahawa “Allah akan mengangkat derajat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu di antara kamu sekalian“.
Manakala, “Raihlah ilmu dan untuk meraih ilmu, belajarlah untuk tenang dan sabar.” – Umar bin Khattab
Justeru, ini menunjukkan bahawa ilmu itu penting dalam kehidupan manusia terutama orang mukmin.
Tular mengenai pandangan bahawa pendidikan yang tinggi itu tidak menjamin gaji yang tinggi, membuatkan seorang pakar motivasi, Coach Zaid Mohamad cakna untuk menjelaskan bahawa padangan itu tidak relevan.
Menurutnya, ilmu itu akan mendidik kita untuk belajar mengenai kehidupan. Sekali gus akan memberi impak kepada daya pemikiran dalam membuat keputusan dalam kehidupan termasuk alam pekerjaaan.
Coretan yang sungguh inspirasi untuk kita ibu bapa mendidik anak-anak bahawa ilmu itu penting dalam kehidupan. Jangan jadikan alasan pendidikan rendah mampu menjana pendapatan lumayan.
Sesungguhnya kita adalah khalifah yang harus sentiasa dituntut sentiasa mencari ilmu. Moga jadi inspirasi buat semua.
Ikuti perkongsianya.
“Prinsip saya
Belajar untuk hidup, hidup untuk belajar. Bukan untuk cari kerja.”
Bila kita belajar tinggi sampai degree, polar pemikiran kita berbeza dgn mereka yang tidak alami proses ini.
Class projects akan ajar kita time, resources & people management. Group discussions akan ajar kita toleransi, teamwork dan cara tangani ahli yg toksik.
Malah lecturers yang brutal pun akan ajar kita erti ketabahan dan kecekalan. Pengalaman saya mengupah dua pemuda jadi Personal Assistant…
Yang pertama tiada degree, perlu disuruh setiap perkara. Even utk kerja mudah spt ambil gambar masa event. Gambar tak kreatif dan dari satu sudut sahaja. Banyak priceless moments terlepas.
Pemuda kedua – student UPM, saya engage part time. Gambar-GAMBAR dia ambik – Masyaallah – segenap angle ada… depan, belakang, atas stage, bawah stage… cemerlang! Berbeza langit dan bumi dari segi logical thinking, creativity dan proactiveness.
Perlukan bukti lagi? Perkara yg sama berlaku dlm bidang lain spt berniaga, berurusan dgn jiran, bersosial, hatta jadi parents pun. Parents yg ada degree, walaupun full-time kat rumah, cara didik anak dia berbeza…
Boleh nak jadi waiters atau food delivery dll dgn gaji RM2K, malah sampai 5-6K. Tapi sampai bila? Masih puashati ke kita kalau 20 tahun kemudian, gaji tahap sama tapi badan makin tua.
Sedangkan yg ada degree, mungkin gaji kecik di usia muda, tapi akhirnya bijak mengatur strategi mengubah kehidupan. Sedih kerana masih ada yg berfikiran begini di saat kita menuju menjadi negara maju.
Santan kotak kalau kita beli pek besar, lebihannya terpaksalah kita simpan di dalam peti ais. Kadangkala kalau tak sempat masak, santan yang kita simpan basi begitu sahaja. Sudahnya terpaksa dibuang dan membazir.
Perkongsian cara penyimpanan santan yang dilakukan oleh Nelisa Sofea di facebooknya ini memang wajar kita contohi. Paling penting dapat elakkan pembaziran. Asingkan awal-awal dan guna hanya yang perlu sahaja. Jom kita ikut langkahnya.
Ini cara saya simpan santan kotak untuk jangka masa lama sebab biasanya saya beli kotak kecil. Sebab kadang-kadang pakai sikit je tapi akhirnya baki tu tak sempat pakai dalam masa 3 hari. Dah busuk kenalah buang.
Ni saya beli santan pek besar 500ml repack masuk dalam plastik aiskrim. Bajet untuk sekali pakai repack lepas tu simpan dalam freezer.
Kalau nak pakai keluarkan, defrost dan masak macam biasa.
Kena ada tiga bahan ni. Plastik aiskrim paling penting.
Asingkan dalam plastik aiskrim kecil. Guna setiap satu plastik setiap kali nak guna.
Simpan Santan Lebih Lama
Antara cara lain yang anda boleh lakukan untuk memastikan santan tahan lama disimpan dalam peti ais adalah dengan membungkus santan dengan kertas surat khabar.
Caranya:
1. Basahkan kertas surat khabar.
2. Kemudian bungkus santan segar dengan kertas yang basah.
3. Bungkus kemas dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Hasilkan santan masih sentiasa segar dan tidak terpisah air dan santannya.
Kredit: Nelisa Sofea
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjelang raya aktiviti mengemas seluruh rumah menjadi keutamaan. Lantai boleh dikira sebagai perkara utama ibu-ibu kena berikan perhatian.
Lantai berminyak memang memerlukan cara dan teknik yang teliti. Walaupun sudah dimop dengan pencuci lantai namun kesan minyak akibat proses memasak sememangnya sukar untuk ditanggalkan.
Selain cara mop yang salah mungkin juga anda terlupa untuk melakukan empat langkah ini ketika mengemop lantai. Empat cara ini anda kena tahu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama.
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 1 -Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.
Langkah 2 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 3 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 4 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di