Pasangan personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae memang dikenali ramai. Sejak pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, anak mereka juga turut menjadi perhatian para peminat mereka.
Memilih nama sebagai Rina, kini usia Rina sudah pun 1 tahun lebih. Meninjau di akaun Instagram, Maryam telah memuatnaik satu video baru Rina. Menerusi video tersebut, Rina sedang cuba menari rentak lagu Flower yang dinyanyikan oleh penyanyi Korea, Jisoo.
Ketika medengar lagu itu, Rina terus menari dan membuat gaya tangannya seperti tarian Jisoo. Walaupun seronok mendengar lagu kesukaannya, Rina seakan m4lu-m4lu untuk terus menari di hadapan ibunya. Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet.
Ada peminat Rina mengatakan ger4m melihat gelagat Rina menari dan memuji Rina seorang kanak-kanak yang cerdik. Sehingga kini, video Rina menari telah menerima lebih 7 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ads
Untuk rekod, Maryam dan Ryzal telah mengikat tali perhubungan pada 15 Ogos 2019 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Rina.
Keterujaan setiap kali melihat lori dan pekerja pembersihan mengutip sampah di kawasan perumahan, siapa sangka boleh menarik minat seorang kanak-kanak lelaki untuk turut sama menjaga alam sekitar meskipun umurnya baru tiga tahun.
Zayn Asyraff Mohamad Aliff Hakim yang masih kecil dan belum pun fasih bertutur, gemar mengutip sampah dengan membawa tong sampah mini ke mana-mana sahaja dengan ditemani ibu dan bapanya.
Memetik kisah lanjut adik Zayn Asyraff di Utusan Malaysia, anak kecil ini telah dinobatkan sebagai adiwira cilik kebersihan dan kitar semula oleh SWM Environment, selari dengan tema sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan pada tahun ini iaitu Adiwira Bumi.
Difahamkan Zayn Asyraff Mohamad Aliff yang baru berumur tiga tahun itu amat teruja setiap kali melihat lori sampah milik SWM Environment Sdn. Bhd. yang mengangkut sisa buangan berhampiran rumahnya atau setiap kali berselisih dengan kenderaan berat itu.
Teruja Bila Belikan Permainan Tong Sampah
Ibunya, Norfaizah Mohd. Esa, 28, berkata, anak sulungnya itu memang gemar mengutip sampah dan sikap terpuji anaknya itu dikesan sejak berusia setahun lapan bulan terutamanya apabila melihat lori sampah berkenaan.
“Sejak kecil bila nampak lori sampah saya akan tunjuk kepadanya sehinggakan satu masa jika saya tidak buka pintu tunjuk lori sampah yang datang dia akan menangis. Dia sangat teruja bila melihat lori mengangkat tong sampah untuk dimasukkan ke dalam lori.
“Bahkan kami lihat minatnya terus mendalam bila suami, Mohamad Aliff Hakim Jais, 29, ketika membelikan mainan biasa untuk Zayn Asyraff namun dia akan mudah jemu. Tetapi selepas kami belikan dia permainan tong sampah kecil ternyata dia amat menyukainya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Norfaizah berkata, setakat ini Zayn Asyraff memiliki tiga koleksi tong sampah kecil dan juga lori sampah kecil dengan salah satunya yang berwarna hitam akan dibawa ke mana-mana sahaja termasuk ketika ke rumah pengasuh.
Lihat Dari Sudut Positif
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata itu, pada awalnya memang dia agak pelik dengan minat anaknya itu namun memandang perkara itu dari sudut positif.
“Biasanya bila kami pergi berjalan-jalan atau bercuti dia tidak bermain sebaliknya dia akan berlari cari sampah lebih-lebih lagi bila nampak tong sampah yang disediakan ada sahaja sampah yang hendak dibuang.
“Kami memandang minatnya dari sudut yang positif mungkin kerana mana tahu satu hari nanti dia boleh menjadi kontraktor untuk sistem sisa pepejal.
“Maka sebagai ibu bapa kami tidak halang minat anak bahkan mendorong apa yang dia minati dan mahu menjadi pendorong kepada masyarakat di luar untuk sama-sama mengutamakan kebersihan,” katanya.
Tauladan Kepada Umum
Sementara itu, Pengurus Kawasan Servis Johor Selatan 2, SWM Environment, Mohd. Asriff Samion berkata, pihaknya merasa amat dihargai kerana tugasan kakitangan dalam menguruskan sisa pepejal menjadi daya tarikan minat kanak-kanak seperti Zayn Asyraff.
Katanya bagi memenuhi dan melengkapi minat kanak-kanak tersebut, pekerja SWM Environment juga telah singgah ke rumahnya untuk mempamerkan proses pengendalian tong sampah beroda bersama lori kompaktor.
“Adik Asyraff adalah suri teladan kepada kanak-kanak dan masyarakat umum tentang penjagaan kebersihan dan penggunaan tong sampah secara tertib serta selari dengan Kempen Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah yang SWM Environment jalankan.
“SWM Environment juga kagum dengan keupayaan adik Asyraff yang sudah mengenali konsep kitar semula. Oleh itu, selari dengan tema sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan pada tahun ini iaitu Adiwira Bumi, SWM Environment mengiktiraf adik Zayn Asyraff sebagai adiwira cilik kebersihan dan kitar semula,” katanya.
Bukan senang untuk memberikan yang terbaik buat keluarga, namun pelakon yang satu ini mahu buat yang terbaik untuk keluarga. Mengakui kagum dengan ibu dan arwah bapanya yang membesarkan mereka sepuluh beradik, Que sebolehnya cuba menyantuni anak-anak mengikut acuan yang serupa. Sebagaimana bahagia mereka seisi keluarga, begitu juga dia mahu memastikan isteri dan anak-anak bahagia.
“Bila melihat apa yang arwah bapa lakukan untuk kami sekeluarga nampak seperti mudah. Padahal hakikatnya ia tidak semudah yang dijangka. Ada tiga orang anak ini pun pening juga kepala, apatah lagi arwah bapa membesarkan kami.
“Masing-masing mempunyai perangai dan kecenderungan berbeza. Anak yang sulung, Qalif, sudah meningkat remaja, lain pula cara untuk menanganinya. Ratu dan Cleo juga punya karektor berlainan meski beza umur mereka hanya dua tahun. Pada saya, tiada istilah anak kesayangan. Siapa buat salah, dia tetap akan didenda.
“Antara saya dengan Linda, saya lebih tegas dan ada sedikit temper. Linda lebih lembut dan tidak suka marah anak-anak. Memang tak hairan kalau anak-anak gelar saya Mr. No di rumah sebab perkataan No (tidak) memang selalu sahaja keluar dari mulut saya. Kecil hati juga bila mula-mula tahu digelar begitu, tetapi tak boleh nak buat apa. Terima sahajalah.
Meski begitu dia tetap bertegas sekiranya perlu. Dia percaya salah seorang daripada mereka perlu tegas dalam mendidik anak-anak. Hal ini membantu mereka lebih berdisiplin dan belajar dari kesilapan. Orang yang berbuat salah perlu didenda dan dari situ anak-anak belajar apa yang dilakukan mereka salah.
“Kalau salah, tetap salah. Biasanya hukuman yang saya beri seperti berdiri di hujung, tiada gajet dan denda lain yang bersesuaian. Saya bukan jenis yang hanya terangkan apa yang dibuat itu salah, tanpa sebarang tindakan. Saya tak mahu mereka fikir kesalahan mereka itu adalah okay untuk dilakukan bila saya tidak marah dan betulkan mereka.
“Kadang-kadang, Linda kata saya ‘kejam’ sebab denda anak-anak. Tapi, saya masih dengan prinsip saya. Salah seorang daripada kami mestilah tegas. Tak bolehlah kedua-duanya lembut dan tidak langsung marah (tegas) dengan anak-anak. Inilah cara kami mendidik anak dan cara ini saya terapkan sebagaimana cara ibu bapa dan mentua saya mendidik anak-anak mereka.
Sumber: Majalah Keluarga Oktober 2016.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hetty Sarlene kongsi gambar terkini bersama suami dan anak, “Comel betul dua beradik tu.” Hetty Sarlene, penyanyi yang cukup sinonim dengan drama bersiri Sembilu suatu ketika dulu, berkongsi gambar bersama suami dan anak-anaknya.
Kecomelan dua orang anak lelakinya mencuri perhatian warga maya. Untuk info, Hetty baru sahaja menimang cahaya mata keduanya pada 25 Jun yang lalu. Bayi keduanya itu dilahirkan 10 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin. Berita bahagia itu dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi laman Instagramnya.
Anak kedua Hetty diberi nama Hayden Ashton Oakes. Terdahulu Hetty dikurniakan anak pertama, Landon Alexander Oakes yang kini berusia 3 tahun selepas empat tahun berkahwin dengan Dani Aaqil atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Hantaran Hetty mendapat perhatian para peminat dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...