Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun berdepan detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki yang mempunyai masalah psikiatri di hadapan restoran makanan segera di Taman Kota Masai.
Siasatan awal mendapati ketika kejadian kanak-kanak itu berjalan dari Sekolah Agama (SA) Taman Scientex dan suspek mempelawa mangsa menumpang motosikal untuk dihantar pulang.
“Suspek berusia pertengahan 20-an adalah pemenang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine.
“Suspek juga dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada 11.30 pagi daripada orang awam yang memaklumkan kejadian.
Beliau berkata, suspek ditahan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada anggota ronda cegah jenayah yang tiba ke lokasi kejadian.
Ads
Menurutnya, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda Dash yang digunakan ketika kejadian.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda.
“Polis menasihati ibu bapa, penjaga dan pelajar sekolah agar lebih peka dan prihatin terhadap keadaan sekeliling agar perkara umpama ini tidak berulang,” katanya.
Ads
Sebelum ini, penduduk kawasan sekitar digemparkan dengan kejadian dipercayai cubaan culik membabitkan kanak-kanak di sebuah sekolah agama.
Berdasarkan rakaman video dan gambar tular di Facebook, seorang lelaki berlari sambil mendukung kanak-kanak berkenaan.
Bagaimanapun orang ramai yang menyaksikan perbuatan lelaki itu menghalang sebelum menangkapnya serta menghubungi polis bagi tindakan lanjut.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim ayat 40)
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim as untuk anak-anaknya. Sungguh besar harapan ibu bapa, agar zuriat keturunannya adalah dari golongan yang menjaga solat. Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu nak perhatikan anak-anak kita setiap masa, mudah-mudahan, dengan doa ini, anak-anak serta zuriat keturunan kita sentiasa terpelihara dan memelihara solat mereka.
Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)
Doa ini sangat elok diamalkan oleh setiap pasangan yang mendambakan keluarga yang bahagia. Ini kerana, doa ini bukan sahaja memohon agar beroleh pasangan serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penenang hati, malah, doa ini juga memohon agar kita sebagaiibu bapa dapat menjadi role model (qudwah hasanah) buat anak-anak.
Maksudnya: “…Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)…” (Surah al-Ahqaf ayat 15)
Doa ini membawa maksud yang sangat mendalam. Sebagai seorang hamba kepada Allah swt, sememangnya kita perlu sentiasa berdoa agar kita tidak lalai dengan nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan. Malah, doa ini juga memohon agar kita serta zuriat keturunan kita dapat terus istiqamah beramal soleh kepada Allah swt.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah ayat 128)
Doa ini dibacakan oleh Nabi Ibrahim as ketika membina Kaabah bersama Nabi Ismail as. Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, kita serta keturunan kita menjadi hamba Allah yang taat dan beribadah dengan cara yang benar serta tidak sesat. Semoga Allah menerima taubat kita.
Maksudnya: “…Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali Imran ayat 38)
Doa ini dibaca oleh Nabi Zakaria as ketika memohon daripada Allah swt agar dikurniakan zuriat. Nabi Zakaria sudah bertahun-tahun kahwin tetapi diuji dengan tiada zuriat. Nabi Zakaria as tanpa putus asa sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya. Akhirnya Allah swt perkenankan doa Baginda dan mengurniakan seorang anak yang bernama Nabi Yahya as.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
Doa ni dibaca oleh Rasulullah saw sewaktu baginda mengusap kepala Ibnu Abbas ketika beliau kanak-kanak. Dan kesannya Ibnu Abbas menjadi seorang yang bijak dan tawaduk. Beliau adalah yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah saw semasa hayat beliau.
Anda boleh amalkan bacaan doa ini kepada anak-anak sambil mengusap ubun-ubun mereka. Boleh baca doa ini sewaktu anak-anak tidur ataupun sebelum pergi ke sekolah.
Sumber: Hamil Dalam 3 Bulan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Majlis akikah itu dimeriahkan lagi dengan hiasan pelamin untuk bayi yang diraikan.Shakilla Khoriri dan suaminya Fizi Ali serta anaknya sedondon manis pilihan warna di majlis itu.
Majlis akikah itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat pasangan itu.
Pasangan ini yang diijabkabulkan pada 18 Februari tahun lalu, cukup bertuah dengan kehadiran cahaya mata, Ameena Sofia, 5 bulan.
“Orang kata nak buat Majlis ni bukan lah mudah kalau takde benda penting macam tempat, makanan, baju dan yang lain2.
“Syukur. Walaupun dalam keadaan I yang agak busy sikit sekarang ni tetap nak juga buat Majlis Aqiqah Ameena.
Entah kenapa kalau tak buat tu rasa tak senang tidur malam. Kalau Majlis hari jadi tu tak buat rasa okay lagi lah. Tapi untuk Majlis Aqiqah ni entah kenapa.
“Apa pun i nak ucap terima kasih tak terhingga pada orang2 penting yang bantu i untuk jayakan Majlis Aqiqah Ameena.”
Jom lihat foto sekitar majlis itu berlangsung:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia, memaklumkan bahawa semua sekolah di kawasan zon merah di Petaling, Selangor, akan ditutup bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020.
Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling. Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Senarai sekolah yang ditutup di zon merah daerah Petaling dilampirkan bersama-sama untuk rujukan ibu bapa, penjaga dan warga sekolah. Untuk makluman juga, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.
PENUTUPAN SEKOLAH DI KAWASAN ZON MERAH DI DAERAH PETALING
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.