Pernah tak terjadi pada ibu-ibu bila  memotong, menggunting, atau menumbuk cili yang memang kuat pedasnya sampai membuatkan kesannya melekat pada jari-jemari dan juga tangan. Terasa panas, gatal, pedas, dan pedih. Inilah yang dikatakan pijar.

Sebenarnya, ada petua yang diamalkan sejak turun-temurun untuk hilangkan pijar ini dengan hanya menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.

Petua ini dikongsikan oleh saudari Dila Mubarak  dengan menggunakan garam. Jom baca ni.

Petua Dapur Ini Mujarab Hilangkan Rasa Pijar Pada Tangan, Cukup Mudah. Begini Caranya!

Ibu2 jika tangan rasa pijar kesan cili tak hilang2. Lepas pegang cili ke maklumlah duk masak hari2. Lepas makan sambal belacan ke…lepas makan budu ke eheee. Berjam2 tangan rasa panas cili..Tunggu hilang tak hilang jugak.

Ini petuanya ya insyaAllah hilang. Basahkan tangan & sapu dengan garam. Saya dah cuba dengan gula. Tak berkesan. Alhamdulillah dengan garam menjadi. Hebatnya Allah sediakan penawar untuk kita.

Petua Dapur Ini Mujarab Hilangkan Rasa Pijar Pada Tangan, Cukup Mudah. Begini Caranya!

Ok itu saja.. Dalam 15 minit insyaAllah hilanglah rasa tak selesa tu. Save ok..mana la tau kot esok2 kan kena..lupa pulak😘

Selain penggunaan garam, ada tip lain bagi membantu menghilangkan pijar pada tangan ibu-ibu.

IKLAN

1.  GULA
Salah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan gula pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilas macam biasa.

2. GENGGAM BERAS
Satu lagi petua hilangkan pijar yang diajarkan oleh Mak Ayah kita adalah memasukkan tangan ke bekas berisi beras. Kalau nak senang, rendamkan terus ke dalam tong beras. Memang lega. Apapun, pastikan tangan dah dibersihkan dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalamnya.

Kalau nak genggam beras pun boleh juga. Selepas itu, bilas tangan seperti biasa.

Petua Dapur Ini Mujarab Hilangkan Rasa Pijar Pada Tangan, Cukup Mudah. Begini Caranya!

3. SAPU SUSU PEKAT
Seterusnya, kalau ada susu pekat atau susu cair, boleh juga digunakan untuk hilangkan pijar tangan. Kalau ada yang sejuk lagi bagus.

IKLAN

Caranya, tuangkan sedikit susu ini ke dalam bekas, kemudian rendamkan tangan dan lumur-lumurkan dengan susu. Rasa pijar akan beransur hilang.

Petua Dapur Ini Mujarab Hilangkan Rasa Pijar Pada Tangan, Cukup Mudah. Begini Caranya!

4. SAPU MINYAK MASAK
Ini juga salah satu petua yang selalu diamalkan oleh orang-orang lama, iaitu dengan menggunakan minyak masak.

Mudah saja. Ambil sedikit minyak masak, dan sapukan pada bahagian tangan yang terasa pedas tadi.

Petua Dapur Ini Mujarab Hilangkan Rasa Pijar Pada Tangan, Cukup Mudah. Begini Caranya!

IKLAN

5. RENDAMAN AIR ASAM JAWA
Satu lagi cara yang boleh anda cuba adalah menggunakan asam jawa. Cubalah masukkan sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang.

6. GUNA HAMPAS KELAPA
Kalau ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit, rasa pijar akan hilang.

Petua Dapur Ini Mujarab Hilangkan Rasa Pijar Pada Tangan, Cukup Mudah. Begini Caranya!

7. GOSOK TANGAN PADA KELULI
Petua yang akhir ini mungkin kedengaran lucu, tapi ia sebenarnya berkesan. Anda boleh gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Selepas beberapa minit, lalukan air pada tangan dan ulang lagi hingga tangan rasa lebih lega.

Selain hilangkan pijar, teknik ini juga dipercayai boleh menghilangkan bau bawang atau bau masakan yang terlekat pada tangan.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI