Bila usia dah mencecah separuh abad, kedutan di wajah dan keadaan fizikal sudah mula terbatas ekoran sakit sendi dan sebagainya akan mula dialami.
Namun, ada selebriti tempatan yang sudah berusia hampir 50 tahun tetapi masih kekal awet muda tanpa sebarang garis usia di muka.
Bukan sahaja daripada segi rupa, tapi fizikal pun masih bertenaga dan masih mampu nak bergelar teraju utama dalam filem atau bergerak lincah di atas pentas.
Apa agaknya rahsia mereka? Jom kita bongkar..
Maria Farida
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, model dan ahli perniagaan, Maria Farida.
Maria Farida yang berdarah kacukan memulakan kerjaya seninya menerusi filem berjudul Bisikan Cinta pada 1995.
Selepas itu, namanya mula menjadi perhatian dan mula dihujani dengan tawaran lakonan.
Maria mendedahkan rahsia awet mudanya iaitu sentiasa menjaga kesihatan, tidak merokok, berfikiran positif dan jangan kuat mengumpat!
Ziana Zain
Penyanyi yang memiliki vokal tinggi, Ziana Zain boleh dikatakan antara selebriti yang tampak muda berbanding usianya.
Memiliki empat orang anak, Ziana sehingga kini masih aktif dalam bidang nyanyian. Selain wajah yang tidak banyak berubah, vokalnya juga kekal sama dan masih mampu mencapai nada tinggi dengan sempurna.
Pernah ditanya tentang rahsia menjaga kecantikan, Ziana mengakui dia mengamalkan petua-petua lama antaranya, tidak minum minuman berais, minum jus segar seperti timun dan epal hijau setiap pagi dan mengurangkan pengambilan nasi.
Ads
Amy Mastura
Seorang lagi selebriti yang kekal awet muda pelakon dan penyanyi Amy Mastura. Biarpun sudah melewati usia 51 tahun dan memiliki dua orang anak, wajahnya tidak pernah berubah.
Dedah bintang filem Puteri Impian itu, rahsia untuk kekal muda adalah sentiasa ceria dalam apa jua keadaan sekali pun.
Malah, Amy juga kekal bersikap menceriakan suasana dengan lawak secara spontan sehingga ke hari ini.
Rozita Che Wan
Pada usia 49 tahun dan memiliki tiga orang anak, termasuk si sulung yang mencecah usia 26 tahun, dramatis Rozita Che Wan atau Che Ta kelihatan muda berbanding usianya.
Selain gaya fesyen yang sentiasa ‘trendy’, Che Ta juga mengamalkan petua untuk kekal langsing dan tampak muda. Antaranya, makan nasi sebesar penumbuk dua kali sehari dan lebihkan sayur-sayuran.
Bukan itu sahaja, Che Ta juga rajin memanjakan diri di rumah dengan melakukan lulur dan rawatan wajah menggunakan bahan secara semula jadi seperti kuning telur.
Ads
Nasha Aziz
Pelakon dan supermodel terkenal Nasha Aziz antara selebriti yang sering mendapat perhatian. Masakan tidak, pada usia 51 tahun, Nasha masih laris sebagai pelakon dan kekal menjadi pilihan utama pereka fesyen di pentas peragan.
Ramai yang menyangka kecantikan bintang filem Talbis Iblis itu bertahan kerana dia tidak pernah berkahwin, namun hakikatnya Nasha banyak berkorban demi mengekalkan ‘keremajaannya’.
Selain menjaga kesihatan diri, Nasha mempunyai banyak pantang larang antaranya, hanya akan minum kopi selepas pukul 1 tengah hari, makan bahagian dada ayam dan begitu jarang mengambil nasi.
Sheila Majid (57 tahun)
Penyanyi kecil molek, Datuk Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid juga antara yang masih kekal muda sehingga kini.
Bakat Shiela mula dikesan penerbit, Roslan Aziz pada 1982 dan penyanyi itu mengambil masa selama tiga tahun sebelum keluar dengan album pertama berjudul Dimensi Baru.
Ads
Selain menyanyi, Sheila juga pernah berlakon dalam filem Ali Setan dan membawa watak Tipah. Dialog ‘Tipah tertipu bang, tipah tertipu’ cukup diingati sehingga dijadikan lagu oleh kumpulan Ruffedge.
Tidak mengambil sarapan berat dan sentiasa bersenam menjadi rahsia awet muda yang diamalkan Ratu Jazz ini.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, cuba praktikkan petua ini. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari kerana bahannya mudah didapati dan yang penting selamat. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Perkongsian oleh Afieyzea Aleeschaylee untuk anda yang mempunyai masalah bibir kering dan pecah selain mengelakkan ia kehitaman.
Haa, hari ini Afiey nak share pula cara tradisional dijamin selamat untuk menyihatkan bibir kita perempuan yang suka pakai lipstick ni kadang tak sedar ada bahan-bahan yang dicampur tak elok untuk bibir dan semestinya kunyit tetap ada dalam setiap petua.
Bahan-bahan:
Kunyit
Madu
Cara-Caranya:
Campurkan kunyit yang di tumbuk halus ke dalam madu
Sapukan pada bibir
Biarkan 10 minit dan gosok rata bibir
Khasiat kunyit untuk bibir:
kandungan antiseptik & anti bakteria semulajadi dalam kunyit membantu masalah bibir kering dan luka..
kunyit juga kaya dengan Vitamin C semulajadi memberikan tona untuk bibir kehitaman..
kunyit juga mengandungi anti-inflamasi juga membantu mengurangan kehitaman pada bibir..
Khasiat madu untuk bibir :
membantu memberi tona / memerahkan bibir secara semulajadi
mengubati bibir kering rosak , pecah & hitam
melembabkan bibir
* Tips – tips lain , jangan terlalu kerap menjilat bibir anda ianya akan membuatkan bibir bertambah kering , minum air putih secukupnya.
*Buat banyak boleh simpan dalam peti nanti boleh pakai lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita dan kecantikan berpisah tiada! Itulah hakikatnya. Lantaran itu kebanyakan wanita begitu mengambil berat dalam bab penampilan. Bukan sahaja memberi tumpuan khusus pada kecantikan wajah, malah menjaga dan memastikan agar memiliki kaki yang langsing dan sekali gus bentuk paha yang kecil.
Kesempurnaan ini akan menjadikan wanita menjadi lebih berkeyakinan dan menawan bila melangkah. Malah tidak hanya alasan itu semata-mata, turut terkesan bila memiliki paha yang kecil adalah menjadikan pergerakan lebih lancar dan pantas.
Atas alasan ini jugalah ramai wanita berusaha untuk kekalkan bentuk paha yang ideal. Selain bersenam, amalan pengambilan herba juga dikatakan dapat membantu. Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Norliza Mohd Salleh dengan minum air rebusan jintan. Nak tahu bagaimana penyediaannya, jom kita semak.
“Assalamualaikum Harini #AkuSiPerundingjamu nak share petua sangat mudah,kos sangat murah. Petua kecilkan paha yang sado. Saya dan bff saya si ibu solid Hanya Rina juga amalkan, alhamdullilah longgar cikit jeans. Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari. Jangan lupa catat ukuran paha sado uolls sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.”
Rebusan Jintan
Bahan-bahan:
Jintan Manis -2 sudu besar
Air – 1 liter air
Cara- cara:
Direbus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan. Diminun setiap hari, selama sebulan. Ulang-langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan uolls.
Juga membantu:
▫Buang angin badan
▫Masalah mulut berbau
▫Kurangkan selera makan
▫Tingkatkan metobolisma
▫Cuci usus
▫Sakit-sakit sendi
▫Kolestrol
▫Tambah darah
▫Gemok air
▫Banyakkan susu badan
Sumber : Norliza Mohd Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak nak cantik. Semua wanita mengakuinya. Ingin kelihatan cantik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Malah ada yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk cantik dengan mengunjungi pusat kecantikkan.
Dalam pada itu, boleh cuba petua secara alami hanya mengguna bahan di rak dapur sahaja.
Sebagaimana petua ini hanya mengguna asam jawa dan tepung pulut.
Ikuti perkongsian ini.
__________________________________
Kenapa baru sekarang aku jumpa masker ni. Sumpah best gila weh.
Mana tidaknya,lepas pakai masker ni,parut jerawat pudar, jerawat kecut, muka cerah, putih la senang cakap. Bila sentuh pipi, Ya Allah lembutnya, macam sentuh pipi baby.
Sebelum ni, aku ada terlihat, sorang budak perempuan berkongsi petua untuk pudarkan parut jerawat dia, aku lihat hasil dari petua dia kongsi tu, boleh tahan juga la, dari muka berparut sampai hilang terus parut dia, licin weh.
Dalam hati aku cakap, boleh cuba ni, sebab muka aku pun, ada la sikit parut jerawat, mana lah tahu boleh hilangkan jeragat keturunan aku ni sekali.
Dalam post budak tu, dia guna bedak sejuk, tapi kat rumah aku ni, mana da bedak sejuk, lain la masa aku tinggal dengan mak aku dulu, boleh la ambik yg dia.
Disebabkan perasaan tidak sabar hendak cantik, sapa tak nak cantik, nak raya ni weh, aku hentam tepung pulut je, bedak sejuk pun dari beras juga, cuma cara penghasilan tu lain dari bedak sejuk..
Bahan
1sudu makan asam jawa.
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Bancuh dahulu asam jawa dengan sedikit air, buang biji dia tu, kemudian masukkan tepung pulut, kacau, kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut, kalau pekat sangat tambah air.
Lepas tu, boleh la sapu dekat muka, sebelum pakai baca bismillah dulu, ketika sapu tu, selawatlah ke atas Nabi Muhammad S.A.W tiga kali, pahala pun dapat, cantik pun dapat.
Bila dah kering,boleh cuci muka, boleh lah anda rasa kelembutan bak kulit bayi tu.
Selamat mencuba.
Share tip ni, pakat, pakat, kita lawa ewah
Sapa tak lawa weh.
Kredit: Nur Azmazatul Afifah Arpi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di