Raysha Rizrose Bakal Timang Bayi Perempuan, Umum Jantina Anak Ketika Majlis ‘Gender Reveal.’ Pelakon jelita, Raysha Rizrose dan suaminya, Nabil Jeffri bakal menimang cahaya perempuan.
Raysha Rizrose Bakal Timang Bayi Perempuan, Umum Jantina Anak Ketika Majlis ‘Gender Reveal’
Aprena Manrose yang merupakan sepupu kepada Raysha telah berkongsi berita gembira itu menerusi Instory di akaun Instagramnya ketika menghadiri majlis gender reveal yang diadakan oleh pasangan itu.
Kelihatan Raysha atau nama sebenarnya Naquraisha Mohd Fariz begitu teruja selepas mengetahui dia dan suaminya bakal menimang bayi perempuan.
Menerusi Instastory yang sama juga Aprena turut berkongsi suasana majlis yang berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekart dan sahabat handai.
Jelas kelihatan baby bump Raysha yang semakin membesar. Walaupun kandungannya semakin membesar dan mencecah 7 bulan namun wajahnya tetap kelihatan manis dan berseri-seri.
Pelakon jelita ini bakal melahirkan pada hujung tahun ini atau pun awal tahun depan. Untuk info, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan melangsungkan pertunangan.
Kita selalu dengar tentang soal nafkah suami pada isteri. Memang ada suami yang lupa atau mungkin kurang fajam tanggung jawab yang satu ini.
Kerana itu ada yang kadang-kadang bagi, kadang kadang tidak. Walaupun isteri bekerja, namun suami tetap kena menghulurkan wang. Kepada para suami, nafkah isteri tidak sama dengan duit belanja bulanan rumahtangga.
Jadi para suami kena tahu bahagian mana nafkah khas untuk isteri dan perbelanjaan rumahtangga. Suami kena tahu walaupun isteri tidka meminta, namun tetap kena hulur setiap bulan. Ini yang diulas oleh Dr Taufiq Razif.
Emakku Ustazah
Sentap juga haritu bila kena ceramah oleh ustazah kat dalam gambar ni. Ustazah ni tak terkenal. Malah tak pernah masuk TV pun. Tapi dalam ribuan ustazah, ustazah ni lah yang dah berjaya membuatkan hati saya tersentap pedih.
” Nafkah ni hak isteri. Walau isteri tak pernah minta, kita kena bagi. Bagi kat tangan dia tiap bulan bukan main tunggu isteri minta baru bagi “
” Bagi la semampu kita asalkan kita lepas daripada nak kena jawab di sana nanti “
” Bagi jangan tak bagi. Jangan sampai duit bulanan kita banyak tapi tak tahu ke mana hala duitnya pergi ” ( tanda duit tak berkat sebab tak tunaikan hak nafkah isteri )
Inilah lebih kurang isi ceramah ustazah tu pada saya. Allah. Sentapnya bukan main! Saya angguk angguk perlahan tanda setuju. Kalau ustazah lain yang ceramah mungkin saya tak sentap sangat tapi ustazah yang baru je ceramah di depan saya tu adalah IBU a.k.a EMAK saya sendiri.
Ustazah ni pesan lagi. Tak kisah lelaki ni jenis fokus sangat bekerja ke atau apa apa pun alasan. Yang wajib tetap wajib. Nafkah tetap kena nafkah. Wajib bagi kat tangan isteri!
Dalam harta seorang suami, di dalamnya ada hak seorang isteri! Ye, walau isterimu seorang jutawan sekalipun! ?
p/s : Tolong ingatkan suami kita semua tentang benda ni ye. Kadang mungkin mereka lupa. Kalau pun tak mampu nasihat suami, boleh je bagi artikel ni kat mereka.
p/s : Saya suka berkongsi ilmu mendidik anak / parenting secara percuma di Telegram saya. Klik je link ni untuk join ?t.me/NotaTaufiqRazif
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan, bagi meringankan beban kos sara hidup akibat impak wabak COVID-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam sidang media khas di Bangunan Perdana Putra hari ini, beliau berkata, inisiatif itu dijangka akan memberi manfaat kepada 12 juta pencarum KWSP, dengan anggaran pengeluaran RM40 bilion.
Beliau berkata, dengan inisiatif itu, ditambah dengan kadar caruman yang telah dikurangkan sebanyak empat peratus bermula April 2020, ia akan akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian.
“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. “Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” katanya lagi.
Muhyiddin berkata, inisiatif itu merupakan langkah yang telah diputuskan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), sebagai sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.
PTPTN tangguh 6 bulan
Selain itu juga, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga turut memberikan penangguhan bayaran kepada para peminjam sehingga September 2020.
Perkara ini berikutan ramai pekerja baik swasta mahupun kerajaan yang terpaksa bercuti sementara bagi mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.
Beberapa lagi insiatif telah dijelaskan oleh PM di dalam sidang media tersebut sebagai langkah pelan ekonomi negara ketika Covid-19 sedang melanda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendidik anak yang nakal memang amat mencabar. Maka sebab itulah mak ayah mesti tegas dan garang. Sikap garang itu pula biarlah bertempat dan mengikut situasi, bukannya sepanjang masa garang dan tegas.
Jika si anak melakukan kesalahan, hukumlah dengan hukuman yang setimpal bukan membela membuta tuli. Kalau terlampau ‘diberi muka’ anak jadi bertambah ‘naik lemak.’ Bila terlampau dimanjakan, itu yang anak boleh buat sesuka hati tanpa rasa bersalah.
Rasulullah SAW insan mulia yang tinggi akhlaknya yang sepatutnya kita contohi termasuk cara baginda mendidik anak-anak. Sabda Rasulullah SAW “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”.
NASIHAT
Anak yang nakal perlu dinasihati tentang kesalahan mereka sehingga mereka tahu dan sedar akan kesalahan mereka dan tidak akan mengulanginya. Nasihati dengan baik sehingga mereka faham. Gunakan suara yang lembut dan tak perlu menjerit dan berteriak kerana kadangkala cara itu hanya membuatkan anak semakin memberontak.
SEDIAKAN ROTAN DI RUMAH
Mungkin tidak ramai yang ada menyimpan rotan di rumah sekarang. Menggantung rotan di rumah bukan bererti kita cuba memberitahu anak-anak bahawa jika mereka melakukan kesalahan atau nakal, maka mereka akan dipukul. Sebaliknya, ia hanya untuk mendidik mereka agar takut jika melakukan perbuatan yang tidak baik. Seperti yang dikatakan Imam Ibnu Anbari:
“Rasulullah SAW tidak memaksudkan perintah untuk mengantungkan cambuk (alat pemukul) untuk memukul, kerana Rasulullah s.a.w tidak memerintahkan hal itu pada seorang pun. Akan tetapi yang baginda maksud adalah agar hal itu menjadi pendidikan bagi mereka.”
Jika perlu memukul anak juga kena tahu caranya. Jangan pukul anak dari lutut ke atas dan jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Ini kerana dibimbangkan anak jadi bertambah degil dan nakal.
Sebaliknya, rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Rotan adalah jalan terakhir. Dengan niat untuk mengajar, bukan untuk menyakiti mereka.
WAJAH MASAM
Menampakkan muka masam merupakan salah satu cara Rasulullah s.a.w dalam mendidik anak yang nakal, dengan menampakkan muka masam. Dengan cara ini diharapkan anak akan sedar akan kesalahannya yang telah membuat orang tuanya kecewa.
TEGUR DENGAN TEGAS
Mula-mula, nasihati anak dengan suara yang lembut namun jika anak tidak mendengar kata, tegurlah dengan nada suara yang lebih kuat dan tegas agar mereka sedar bahawa mereka telah melakukan sesuatu perbuatan yang tidak sepatutnya.
Walau bagaimana pun, tidak perlu marah-marah, cukup anda bertegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai yang suka marah anak tapi tidak tegas. Kadangkala mengugut anak tetapi mereka sendiri tidak kotakan apa yang dikatakan itu. Jadi, anak sendiri hilang rasa percaya pada ibu bapa.
HUKUMAN RINGAN
Hukuman adalah cara yang paling mudah supaya anak serik dan tidak mengulangi lagi kesalahannya. Namun, jangan melanggar batas syariat.
DOA
Doa ibu tanpa hijab. Jadi, jangan sesekali berhenti berdoa supaya anak-anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, hebat di dunia dan cemerlang di akhirat. Yang paling penting, didik anak dengan ilmu agama yang secukupnya kerana ia adalah benteng paling mantap untuk menghindari seseorang daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.