Selalunya bila masak sotong, masalah kerap terjadi ialah sotong jadi liat dan keras. Makan pun rasa tak best sebab lenguh mulut mengunyah.
Ini ada satu petua untuk menjadikan sotong kekal lembut dan tidak keras bila dimasak. Mudah sahaja caranya.
Rebus Sotong Supaya Lembut, Tak Liat, Tak Keras
TIP SUPAYA SOTONG LEMBUT & TIDAK LIAT
Gaul sotong bersama garam dan biarkan selama 10-15 minit. Bila nak masak, basuh semula sotong untuk buang lebihan garam. Toskan dan sotong sedia dimasak.
Petua sudah dapat. Jadi bolehlah cuba resipi kerabu sotong ala Thai ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Sedap Buat Kerabu
CARA BUAT KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong
Serai – dimayang
Tomato
Mangga muda
Bawang holland
Jus limau nipis secukupnya
Ads
BAHAN SOS:
5 biji cili padi
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap sotong/sos ikan nampla secukupnya
Daun ketumbar
2 sudu makan gula thai
Sedikit cuka
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan kukus bersama serai yang telah dimayang. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan sis. Kisar halus. Sukatan bahan boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Lebihkan cili padi jika mahu lebih pedas.
Ads
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak seketika untuk mengeringkan sedikit airnya. Padam api.
4. Hiris tomato, mangga mudah dan bawang holland secukupnya.
5. Gaulkan dengan sotong yang telah dikukus dengan serai tadi. Masukkan juga sos.
Ads
6. Perah jus limau nipis dan gaul rata.
7. Sotong kukus limau ala Thai sedia untuk dinikmati.
Kalau dulu, peminat donut hanya merasai kesedapan kuih ini yang ditaburi gula aising. Tetapi dengan kreatriviti muncul pula resipi terbaru berasaskan donut yang diberi nama Bomboloni.
Donut yang dimodenkan ini boleh dicuba dengan pelbagai perisa termasuklah coklat, karamel, strawberi, nuttela dan banyak lagi. Untuk ibu-ibu nak cuba sendiri, nah admin kongsikan resipi dari Puan Nur Wardah.
Selamat mencuba!
bomboloni viral.. inti nutella. ?? 1st time buat. alhamdulillah menjadi. gebus je. ? di bawah saya sertakan resepi. buat mak2 yang nak buat tok anak2 boleh cuba. senang sangat. Adunan dapat dalam 14 bji. Saya buat besar. kalau buat kecik dapat banyak lagi.
bomboloni..???
(bahan A)
1/2 cawan susu segar (pakai brand dutch lady yg putih)
2 sudu kecik yis
panaskan susu segar. agak2 bg suam je. padam api masukkn yis. kacau sebati. rehatkan 15 mnt
(bahan B)
*2 cawan tepung gandum
*2 sudu besar majerin/butter
*1/2 sudu kecik garam
*1 sudu besar gula pasir
1bji telur
cara membuat:
Gaul semua bahan2 bertanda(*) sampai jadi macam serbuk roti. lepas tu masukkan bahan A dan telur uli sampai tak lekat kan tangan.
lepas dah tekap tu. rehat kan kejap dalam 15 mnit lagi. lepas tu boleh goreng.
Tips
Nak dapatkan gelung yang cantik, goreng api perlahan. Masuk sekali jangan terbalikkan sampai warna dah perang2 sikit 1 side tu. Baru terbalikkn sebelah lagi. lepas tu boleh angkat terus.. dah suam2 sikit salutkan dengan gula castor/icing. buat lubang pakai straw ataupon lidi. pipekan nutella atau apa2 filling.
mula2 panas kan dulu 1/2 cawan susu segar (dutchlady). agak2 suam je. lepas tu pdm api.. masukkan 2 sudu kecil yis. kacau sebati. rehatkan dlm 15 mnt. smntara nak tunggu ni buat bahan B plkkita buat BAhan B.. 2 cawan tepung gandum, 2 sudu bsr majerin/butter. 1/2 sdu kcil garam, 1 sudu gula. . ramas2 jd macam serbuk roti. mcm dlm gmbar. lepastu masukkn Bahan A yg kt atas tu.. dan telur.. uli sampai tak lekat kt tangan taw. ? jgn tmbh tepung nnty jd keras plk. . uli dlm 10 – 15 mnt. smpai btul2 cntik doh kita. maknanya tak lekat kt jari.dia akan jd mcm ni. rehatkan doh 15 mnt. smpai naik 2x gnda..tutup dengan kain.ni cawan yg sye pakai. untuk sukatan. ? terpulang lah kt rumah awak2 semua ade cawan ap. pkai je. jnji sukat pkai cawan yg sme. lepas 15 mnt. tumbuk2 doh tdi. buang angin dlm bdn dia. ?. gmbar xde plk.. canaikan. buat leper2. pakai roller atau botol kicap pon boleh. ? tekap pakai cawan ape2 pon. yg bentuk bulat.. ?lepastu dia akan jd mcm ni. rehatkan lagi dlm 10-15 mnt. bnyk rehat kan bomboloni ni. ???. sabar jelah. adunan dpt dlm 14 bji. ikut saiz cawan yg kita pkai. sye ni kira bsr jgk cawannya. ? dah ckup rehat bru boleh goreng.dia bila masuk dlm kuali automatik akan naik kembung mcm ni. ?. api sederhana ya. kang api besar hangus plktips nak dpt ring tu. lepas kita masukkn je dlm kuali. jgn terbalikkn2 kan. bia je dia masak 1 side dulu. lepas tu bru pusingkan. side sebelah. then angkat. kn cantik tu ? tnngu bombo ni suam2 baru salut dengan gula castor/icing. pastu buat lubang.masukkn nutella tu dlm piping bag ataupon btol yg ade mncung. sye ltk dlm piping bag je.. picit nutella tu dlm lubang yg dah di buat. ?? smpai meletus keluar. ?? okey siapp
selamat mencuba.?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum sudah mengetahui bahawa bahana wabak Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan kerajaan persekutuan Malaysia untuk melaksanakan PKP bermula daripada 18 Mac yang lalu sehinggalah ke hari ini.
Jadi memang sudah dijangkakan, ramai di antara kita yang mula membuat aktiviti-aktiviti di rumah demi mengisi masa dan mengelak rasa bosan sepanjang berlangsungnya PKP ini.
Sudah tentu antara kita telah mencuba pelbagai resepi-resepi viral yang didapati di dalam media sosial. Terbaru, resipi roti boy menjadi trending. Maklumlah kena duduk di rumah tentu mengidam makanan yang sebelum ini kita beli sahaja di kedai.
Kepada yang mengidam nak makan roti boy tu boleh cuba buat menggunakan resipi yang dikongsi oleh puan Maisarah Zakariah. Confirm jadi!
RESIPI ROTI BOY @ MEXICAN BUN
Bahan-bahan untuk buat roti
1. Tepung Gandum 300gram (lebih kurang 3 cawan)
2. Gula 70gram (around 2/3 cawan, if suka manis boleh letak 1 cawan)
3. Mentega 30gram
4. Telur sebijik
5. Yis 1 sudu besar
6. Susu segar 150ml **suhu bilik
7. Salted butter (untuk letak dalam doh roti)
Cara penyediaan:
Okey mula-mula sekali kau masukkan yis sesudu ke dalam susu segar. Kacau slow2 and biarkan yis tu kembang dalam 10 minit.2. Next, ambik bekas besar gaulkan mentega, tepung dan gula. 3. Masukkan telur. Gaul lagi biar sebati. 4. Okey yis dah kembang, kau amek and tuangkan ke dalam adunan tepung tadi. Uli sampai doh tak melekat pada tangan. 5. Dah siap uli kau biarkan doh ni berehat selama sejam. Make sure tutup bekas ni rapat-rapat okey. Boleh tutup dengan plastik wrap, atau kain lembap. Sebab hakak malas nak cari kain lembap so hakak amek pinggan yang ada je tutup. Pandai-pandailah kome 6. Sejam kemudian…… Adunan akan kembang sekali ganda saiz dari asal. Sekarang buat tangan macam nak tumbuk orang tu. Ni macam ni ✊🏼 kau tumbuk-tumbuk doh tu biar keluar angin. Dush-dushgh rasakan!!!! 7. Okey now, boleh amik doh tadi, agak-agak la saiz untuk sebijik roti boy. Kalau doh melekat-lekat kat tangan boleh guna tepung gandum ratakan atas tapak tangan so that senang nak bentukkan bulat nanti. Atau, boleh jugak kau bahagikan siap-siap doh ni kepada 10 bahagian (mewakili 10 bijik roti boy yang akan terhasil). Yup, roughly satu adunan ni boleh hasilkan around 10bijik roti. Jangan lupa, prepare salted butter untuk dimasukkan dalam roti. Kalau tak faham rujuk next video.
8. Ini caranya kau nak bentukkan sebijik roti boy. Enjoyssssssss
9. Taraaaaa. Dah siap! Okey sekarang biarkan dulu roti ni berehat dalam 10-15 minit.
Topping roti
Dah setel roti, biarkan ia berehat dulu. Now kita sediakan topping pulak.
Apa yang diperlukan adalah;
1. Tepung gandum 50 gram
2. Gula 40 gram
3. Mentega 60 gram
4. Telur sebiji
5. Serbuk nescafe 3 sudu, bancuh dengan air suam (jangan cair sangat, just untuk larutkan nescafe)
Cara penyediaan:
10. So kau boleh prepare topping. Pukul mentega dan gula sampai creamy. 11. Jangan lupa gandum dan sebijik telur. 12. Larutkan serbuk nescafe bersama air suam. Kacau sebati. 13. Now masukkan nescafe yang dah larut ke dalam adunan mentega dan gula tadi. 14. Masukkan telur and pukul sampai jadi creamy. 15. Masukkan tepung gandum. Pukul lagi. 16. Dah jadi creamy macam ni kira okey sangat dah tu. 👍🏻 17. Amek piping beg, masukkan topping macam ni. Next!
18. Silalah letak topping tadi ke atas roti boy kau yang sudah semakin membesar macam dalam video ni.
18. Silalah letak topping tadi ke atas roti boy kau yang sudah semakin membesar macam dalam video ni.
19. Dah siap! Ready untuk dibakaq! 20. Oven kau jangan lupa panaskan siap-siap tau. Lupa pulok nak pesan awal tadi. Okey boleh bakar roti boy pada suhu 170 degree selama 20 minit, pakai api atas bawah. (Mungkin berbeza mengikut oven masing-masing)
21. Fuhhhh masa ni dapur kau akan berbau harummmm semerbak! Aroma kopi tu ya rabbi. 22. Nikmatilah roti boy hasil air tangan sendiri dengan penuh kegembiraan dan kepuasan. Nak lagi ohsem pi bancuh kopi O panas-panas. Oh bahagiaaaaa 23. Majulah roti boy untuk keluarga terchenta! Selamat mencuba. Dipersilakan share. Dah buat nanti upload picture kat posting ni tauuuu.
Apabila anak minta nak makan kek waktu malam. Bahan asas pula tak ada terutama tepung gandum dan telur. Namun perkongsian oleh Puan HanNy Na ini sungguh inspirasi dengan menyediakan resepi penyediaan kek yang ringkas hanya menggunakan dua bahan sahaja. Menarik kan. Jom kita lihat resipi superb ini.