Musim panas begini dapat jamu tekak dengan desert ini pasti anak-anak suka kan.
Lagi-lagi cuti sekolah, lagi menambah selera anak.
Resipi ini dikongsikan oleh Puan Habibah Badar Bajrai
Tengah musim panas berdengkang gini, makan agak agar, syok woih!
Baru masuk mulut, dah rasa sejuk. Lalu kat tekak, kemain nyaman.
Nak buat pun senang sesangat. Jom kita tengok resepi.
.
.
AGAR AGAR MARBELES
Bahan A
18 gm agar-agar kering
1 tin susu cair
2 biji telur
300g gula kasar
650ml air
1 sudu teh esen vanilla
Bahan B
3 sdm serbuk koko di bancuh dengan sedikit air suam
Sedikit pewarna merah.
Cara cara:
Campur agar agar dan air. Masak di atas api sederhana sehingga hancur. Masukkan gula. Kacau rata hingga semua gula hancur.
Kalau rajin, boleh padamkan api, dan tapis.
Kak Bib rasa malas sebab nampak agar agar tu bersih. Jadi, skip step tapis ni.
Campurkan susu cair dengan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Masukkan dalam adunan agar agar tadi. Kacau lagi biar sebati.
Tutup api. Ambik 3 senduk bancuhan ni, campur dengan bancuhan koko. Kacau rata.
Ambik 3 senduk bancuhan dan campur pulak dengan pewarna merah.
Baki bancuhan, kita masukkan dalam loyang atau bekas. Pastu, ambik bancuhan koko, letak satu sudu satu sudu macam dalam gambar.
Bancuhan utama
Ulang untuk warna merah. Kemudian, ambik lidi atau chopstick untuk kita corakkan marble tu.
Sejukkan, masuk fridge. Siap!!
Buat lah time cuti sekolah ni. Anak anak makan laju jek tau.
#DapurCasadiab
#AgarAgarMarbeles
“Sebelum Ini Mereka Normal…” -Ibu Ni Cekal Urus Empat Anak Daripada Lapan, Lumpuh Tiba-tiba!
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Itulah situasi yang dapat digambarkan bila melihat ujian yang dilalui oleh seorang ibu tunggal ini. Apatah lagi dengan kudratnya yang semakin lemah seiring usia yang semakin meningkat, pun begitu Rosanani Salleh tetap gagahkan juga menjaga empat orang anaknya yang lumpuh.
Memetik kisah keluarga ini yang dikongsikan BERNAMA, difahamkan keempat-empat anaknya bukan lumpuh sedari lahir namun keadaan itu berlaku secara tiba-tiba ketika anaknya meningkat dewasa.
Difahamkan juga ibu tunggal berusia 62 tahun itu cekal menguruskan anak keduanya, Mohd Amerizam Razali, 42; anak kelima Mohd Marsudi, 36; dan anak keenam Mohd Aismuddin, 33; yang memerlukan penjagaan rapi.
Anak sulungnya Rozanariah, 43, yang turut menghidap penyakit sama tinggal berasingan memandangkan sudah berkahwin dan dijaga suami serta tujuh anaknya yang berumur antara 20 hingga lima tahun.
Tiada Simptom Jelas
Rosanani yang bekerja sebagai penjual lemang berkata, dia tidak menyangka akan ditimpa nasib sedemikian memandangkan keempat-empat anaknya itu secara tiba-tiba diserang penyakit saraf ketika berusia antara 20-an hingga 30-an.
“Sebelum ini mereka normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Masing-masing sudah bekerja, namun tiba-tiba sakit. Tiada simptom jelas.
“Malah ada daripada mereka tiba-tiba bangun tidur tidak boleh berjalan dan lama-kelamaan lumpuh seluruh badan,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Teluk Kalung, di sini.
Episod duka keluarga Rosanani bermula apabila arwah suaminya, Razali Othman yang meninggal dunia pada 2009 turut menghidap penyakit saraf semasa berusia 20-an.
Beli Lampin & Ubat Setiap Bulan
Rosanani berkata, dengan pendapatan menjual lemang hanya sekitar RM1,000 sebulan menyebabkan dia agak tertekan kerana pengurusan dan pengubatan anaknya yang kurang upaya itu memerlukan belanja tinggi.
“Mereka semua dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang, namun jumlah itu tidak cukup memandangkan kos membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan sahaja melebihi RM1,000.
“Mak cik pun tidak dapat jual lemang dengan lebih banyak kerana hanya sekitar 11 pagi baru mak cik boleh ke gerai untuk persiapan membakar lemang dan berniaga. Pada sebelah pagi, mak cik perlu uruskan anak terlebih dahulu,” katanya sambil memberitahu pergerakan anaknya itu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kerusi roda.
Menurutnya, empat empat anaknya yang lain hanya bekerja biasa dengan pendapatan tidak seberapa dan tidak dapat banyak membantunya.
Katanya, walaupun pakar perubatan di hospital memberitahu anaknya itu tiada harapan untuk sembuh, dia sentiasa berdoa semoga satu hari nanti mereka dapat berjalan dan menguruskan diri sendiri.
“Siang malam mak cik berdoa semoga sekurang-kurangnya mereka boleh berjalan. Mak cik sangat risau kalau mak cik sudah tiada nanti siapa akan menjaga mereka.
“Mak cik sudah biasa ‘memekakkan’ telinga menghadapi pelbagai tohmahan masyarakat sekeliling mengenai nasib keluarga kami ini,” katanya sambil menahan sebak.
Sumber : BERNAMA
ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Redakan Selesema Tanpa Ubat. Begini Perlu Buat, Mudah Sangat & Berkesan!
Lazimnya bila anak selesema mulalah mereka buat perangai. Ada yang meragam, merengek malah hingga ada yang kurang selera makan akibat berasa tidak selesa.
Andai dibiarkan hingus yang keluar tanpa henti akan menyukarkan anak-anak untuk bernafas dan akhirnya membawa kepada sakit tekak, demam dan sebagainya.
Pun begitu lebih merisaukan, andai diberikan ubat batuk atau ubat selesema dan sebagainya akan mempunyai kesan sampingan seperti mengantuk dan secara tidak langsung juga boleh menyebabkan anak akan kurang menyusu atau tidak berselera untuk minum dan makan.
Rawatan Tanpa Ubat
Tahukah anda sebenarnya selesema ini boleh diredakan dan dihindarkan dengan rawatan tanpa menggunakan ubat dan sangat mudah untuk diamalkan. Apa yang penting ianya selamat untuk kita seisi keluarga.
- Minum lebih banyak air
Keperluan untuk minum air dengan kuantiti yang mencukupi adalah sangat penting bagi memastikan tubuh kekal sihat. Bahkan tidak dinafikan, bila amalkan minum air panas ketika menikmati sarapan memberikan rasa lebih kepuasan.
Apatah lagi jika sedang mengalami masalah selesema. Memegang secawan air panas dan menyedut wap pada air berkenaan sebelum minum sudah dapat membantu melegakan masalah hidung yang tersumbat.
Apa yang pasti, amalan minum air panas atau suam dapat membantu menghangatkan dan sekali gus dapat mencairkan pengumpulan lendir di dalam hidung dan memberi rasa kelegaan yang nyata.
2. Mandi air suam
Ada juga yang mengamalkan petua ala-ala mandi sauna di dalam bilik air. Caranya mudah, alirkan sahaja air panjuran bersuhu suam dan nikmati suasana panas tersebut. Setelah keadaan menjadi lebih selesa maka mandilah untuk menjadikan tubuh terasa segar dan sekali gus memudahkan hidung untuk bernafas dengan selesa.
- Berehat dan tidur awal
Tidak kira apa sekali pun, badan kita sebenarnya amat memerlukan rehat yang cukup. Umum ketahui seseorang yang sihat biasanya memerlukan tidur sebanyak 7-8 jam setiap malam.
Pun begitu, jika mengalami masalah kesihatan seperti alahan, selesema dan sebagainya seseorang itu memerlukan lebih banyak masa tidur untuk pulih. Malah penting juga agar tidak melakukan aktiviti bersama ahli keluarga lain bagi mencegah jangkitan tersebar kepada keluarga tersayang.
- Gunakan ClariCare® Nasal Hygiene Spray & ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray
Tahukah anda sekarang ini ada cara yang lebih mudah untuk melegakan hidung yang tersumbat atau selesema dengan berkesan bila menggunakan produk baharu daripada Bayer.
ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray dan Baby Nusal Hygiene Spray, produk yang mengandungi air laut semula jadi yang berfungsi untuk menjaga kebersihan hidung untuk orang dewasa dan bayi.
Istimewanya kedua-dua produk ini ia boleh digunakan secara harian dan sangat efektif untuk melegakan alahan pernafasan, melegakan hidung tersumbat dan sangat disarankan digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah hidung yang sensetif.
Selamat Untuk Bayi
Siapa sahaja yang rasa selesa jika hidung susah bernafas bukan? Lagi-lagi kalau anak-anak kecil mengalami masalah hidung berhingus. Memang kasihan kita melihat kepayahan mereka untuk bernafas.
Lantaran itu penggunaan ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray ini adalah penyelesaiannya. Ia selamat digunakan oleh bayi seawal usia 2 minggu manakala ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray untuk kegunaan harian bagi orang dewasa tanpa ada sebarang kesan sampingan.
Ini memandangkan produk ClariCare® ini dihasilkan dengan air laut dari Teluk Saint-Malo, Perancis. Bahan-bahan semulajadi ini membantu penghidap alahan menguruskan alahan secara optimum dan semula jadi.
Produk ini bebas daripada bahan terlarang, bebas daripada bahan pengawet dan ia selamat digunakan bersama ubat-ubatan seperti antihistamin oral. Malah ia disyorkan sebagai sebahagian daripada rawatan alternatif yang berkesan.
Dua Saiz Berbeza
Penggunaan pengairan garam hidung telah terbukti memberi manfaat dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup seseorang.
Lantaran itu untuk memberi keselesaan penggunaan pengairan garam ke dalam hidung, produk ini direka dengan dua saiz yang berbeza. Ini bertujuan untuk memberi keselesaan penggunaan pada peringkat bayi dan orang dewasa.
ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray (20ml) dirumus khas untuk bayi baru lahir dari 2 minggu ke atas. Pam direka dengan ciri-ciri ultra lembut dan bermeter untuk memudahkan pemberian kepada bayi. Tidak dengan itu turut menyediakan kawalan yang lebih baik dan saiz mudah alih untuk dibawa ke mana-mana, pada bila-bila masa.
Manakala ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray (100ml) pula adalah direka khas untuk kegunaan orang dewasa. Sesuai juga digunakan oleh ibu yang mengandung ataupun ibu yang sedang menyusukan bayi.
Apa yang pasti kedua-dua produk ini boleh didapati di farmasi utama di seluruh negara.
Pakai Timun & Aloevera Dah Boleh Dapat Kulit Gebu & Cantik. Ni Cara Nak Buatnya!
Tidak perlu berhabis untuk mendapatkan kulit wajah yang gebu dan sihat jika anda rajin amalkan petua penjagaan kecantikan ini. Maklumlah, nak cantik kenalah usaha dan bila dah cantik kenalah maintain.
Untuk itu, apa kata amalkan petua yang dikongsikan oleh Huda Seman atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Mak Tok. Menurutnya, untuk dapatkan kulit wajah berseri hanya menggunakan dua bahan sahaja dan menariknya kos yang digunakan untuk hasilkan sendiri ramuan tersebut cukup murah.
Jadi jom kita lihat petua ini.
“Mak Tok dah terai korang memang best weh hasil kejadiannya bile kite amalkan dan buat sendiri hasil memang puas hati. Yang mane nak muka glowing mowing meh cuba petua mak tok nie jer. Takat nak floles kan muke dan hege pon jimat meh #diykan jur.
“Hehe betul mak tok dah buat bukan tuk floles jer, jerawat ke parut jerawat atau muke blackout kalu amalkan sure cantik.
“Rasenya dah ramai yang tau kan kan. Jum kite pakat buat dan cantik tuk suami korang.”
Bahan-bahan:
1/2 biji timun
Gel Alovera
Botol kosong
Penyagat buah
Penapis teh
Cara caranya :
- Sagat timun dan kemudian asingkan. Perah dan ambil airnya sahaja.
2. Kemudian letakkan di dalam mangkuk dan campurkan dengan alovera. Kacau air timun dengan alovera hingga sebati.
3. Kemudian masukkan dalam dalam bekas spray dan simpan di dalam peti sejuk.
Cara pakai :
Ketika hendak tidur atau masa free spraykan sahaja ke wajah.