Tiada sesiapa pun mampu menghalang usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew untuk terus berbakti kepada yang memerlukan bantuan. Terbaru muat naik perkongsian darinya di facebook menzahirkan rasa bersyukur dengan adanya Rumah Kasih Umat yang dikhususkan untuk dijadikan transit bagi anak-anak kanser yang berulang alik mendapatkan rawatan di HKL.
“Doakan ye. Syukur pada Allah yang Maha Berkuasa dengan izinNya Rumah Kasih Umat dibuka. Rumah ini di Titiwangsa. Kami jadikan rumah transit bagi anak kanser yang berulang alik mendapatkan rawatan di HKL dan sekitar. Buat yang memerlukan boleh hubungi 01170772380. Free tiada caj,” ujar Ustaz Ebit Lew.
Beri Keselesaan
Masa ayah saya sakit kanser. Saya terdengar ayah saya menjerit sakit. Kadang morphin dan ubat tidur tak hilangkan sakit. Saya beberapa kali ziarah rumah kanser. Anak-anak kecil berlari sana sini sakit. Ramai yang kadang tidur dalam kereta atau sana sini sementara datang nak tunggu rawatan. Syukur ramai orang lain dah mulakan. Kerajaan baik persendirian.
Ads
Ini semua usaha kecil kita nak jadi sabahagian kecil dari usaha kerajaan dan orang ramai. Terima kasih semua yang selama ini bersama usaha ini. ALLAH Maha Penyayang. Semoga setiap anak kanser yang tiada dosa ini menjadi asbab kasih sayang Allah pada kita.
Ya Allah jika ada pahala semua ini saya hadiahkan buat mak ayah saya. Semoga Allah letak mak ayah kita dalam syurga Firdaus.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Menjaga kesihatan amat penting supaya dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.
Salah satunya masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian adalah masalah sendi. Nak tahu penjelasan lanjut, ikuti penjelasan Dr ini.
Sakit sendi atau keradangan sendi merupakan gejala kepada lebih 100 penyakit yang berkaitan dengan sendi. Sakit sendi yang paling sering berlaku adalah arthritis dan gout.
Sendi adalah tempat yang menghubungkan tulang dan membenarkan pergerakan. Sebagai contoh, sendi di kawasan bahu, siku, lutut dan pergelangan tangan.
Semakin meningkat umur, struktur di kawasan sendi ini semakin merosot dan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Lalu menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel di antara satu sama lain.
Keadaan ini mengakibatkan kecederaan tisu dan berlaku keradangan di sendi tersebut.
PUNCA SAKIT SENDI
1. Umur
Umur yang semakin meningkat menyebabkan kawasan sendi kurang berfungsi dengan baik.
2. Jantina
Kebanyakan sakit sendi berlaku pada kaum wanita.
3. Genetik
Banyak penyakit melibatkan sendi yang berkait rapat dengan genetik, seperti arthritis dan gout.
4. Berat badan berlebihan
Berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan kepada sendi dan menyebabkan kecederaan di kawasan tersebut.
5. Kecederaan dan kemalangan pada sendi
Kecederaan yang lepas pada sendi akan menyebabkan ia tidak stabil dan mudah terdedah pada kecederaan baru.
6. Berlebihan kerja
Melakukan kerja berlebihan dengan postur badan yang salah boleh menyebabkan sakit sendi. Sebagai contoh, mengangkat barang yang berat boleh mencederakan kawasan sendi.
7. Menghidap penyakit lain Keradangan sendi boleh berlaku disebabkan oleh penyakit kronik lain seperti penyakit tulang dan saraf.
8. Jangkitan Terdapat beberapa jenis jangkitan bakteria dan virus yang boleh menyebabkan keradangan sendi.
SIMPTOM SAKIT SENDI
Selain rasa sakit, terdapat simptom-simptom lain yang menunjukkan bahawa sendi tersebut bermasalah. Di antara simptom sakit sendi adalah seperti berikut:
1. Sendi rasa tegang 2. Sendi bengkak dan merah 3. Sendi terasa lebih panas apabila disentuh 4. Pergerakan sendi yang terhad 5. Sendi tersekat (locking)
Selain itu, terdapat juga simptom-simptom sistemik yang lain seperti:
1. Demam 2. Ruam kulit 3. Sakit atau ketegangan di bahagian belakang 4. Lemah otot 5. Cirit birit 6. Muntah 7. Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
JENIS-JENIS SAKIT SENDI
Terdapat beberapa jenis sakit sendi yang sering menyerang pesakit.
1. Osteoarthritis
Osteoarthritis merupakan sakit sendi yang paling sering dialami oleh pesakit. Sakit sendi ini berlaku apabila tisu rawan yang berfungsi sebagai pelapik yang melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan nipis.
Ia berlaku sehingga tulang boleh bergesel antara satu sama lain. Ia mengakibatkan tisu di kawasan tersebut cedera dan sakit.
2. Rheumatoid arthritis
Rheumatoid arthritis merupakan penyakit di mana sistem pertahanan badan menyerang sel badan itu sendiri. Ia menyerang tisu di kawasan sendi dan menyebabkan keradangan berlaku.
Kebiasaannya, ia menyerang sendi pada jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. Ia menyebabkan sendi bengkak dan susah untuk digerakkan.
3. Gout
Bagi yang pernah mengalaminya, gout merupakan satu mimpi ngeri yang sangat menyakitkan. Ia berlaku apabila asid urik berkumpul di bahagian sendi. Lalu menyebabkan penghasilan kristal di kawasan sendi.
Selalunya gout menyerang di kawasan ibu jari kaki. Ia menyebabkan sendi di kaki bengkak, merah dan berasa panas.
RAWATAN SAKIT SENDI
Terdapat beberapa rawatan sakit sendi yang boleh anda cuba untuk kurangkan sakit pada sendi:
1. Rehat yang cukup
Sakit sendi yang ringan boleh diredakan dengan rehat secukupnya. Sendi terlibat direhatkan dari sebarang aktiviti dan pergerakan.
2. Pek ais atau haba
Anda boleh cuba letakkan pek ais atau pek panas di bahagian yang sakit.
Ais boleh mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi. Letakkan pek ais pada sendi yang cedera sekurang-kurangnya 30 minit.
Manakala pek haba boleh meringankan ketegangan sendi.
3. Ubat tahan sakit
Jika sakit agak terus, pesakit akan diberikan ubat tahan sakit untuk merawat kesakitan terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan sendiri ubat tahan sakit seperti paracetamol di farmasi berhampiran.
4. Lakukan regangan dan senaman
Melakukan senaman merupakan rawatan sakit sendi yang efektif. Terdapat beberapa jenis senaman ringkas yang anda boleh dilakukan di rumah:
Fisioterapi atau terapi manual boleh merawat sakit sendi dengan berkesan. Rawatan ini juga dapat membantu anda menggerakkan sendi dan meningkatkan julat pergerakan sendi.
Sumber: Dr Zubaidi Ahmad\
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kini telefon bagaikan ‘nyawa’ buat kita. Hilang alat komunikasi ini habis data peribadi termasuk ‘password’ bank dan maklumat penting lain. Bahkan ada yang menjadikan smartphone ini sebagai medium untuk bekerja.
Ia bagaikan ‘robot’ peribadi bergerak untuk kita. Namun selalunya akibat penggunaan ‘over load’ menyebabkan ia kerap kehabisan bateri telefon.
Namun akibat kesalahan ketika mengecas telefon mengakibatkan daya tahan bateri menjadi kurang dan mudah rosak.
Nak tahu empat kesalahan itu, ikuti lanjut perkongsian ini.
4 kesalahan ketika cas telefon
1. Guna Pengecas Sembarangan
Walaupun tempat pengecasan pada telefon pintar masa kini lebih universal, ianya tidak bermakna anda perlu sesuka hati menggunakan sebarang pengecas. Setiap telefon memiliki pengecas yang mempunyai spesifikasi tersendiri khususnya kapasiti kuasa dan arus yang kuat. Jika memakai pengecas yang tidak sepadan dengan spesifikasi telefon boleh mengurangkan prestasi bateri telefon pintar anda.
2. Terlalu Bergantung Pada Power Bank
Rata-rata, masyarakat dunia hari ini memiliki power bank masing-masing. Power bank dilihat sebagai satu penyelesaian yang praktikal kerana kita semua boleh melakukan proses pengecasan telefon di mana jua berada. Namun, apabila kerap menggunakannya untuk mengecas semula telefon pastinya mendatangkan kemudaratan kepada hayat bateri telefon anda.
Alasannya, power bank yang mudah alih atau portable lebih beri siko untuk mengalirkan kuasa yang tidak stabil berbanding ketika mengecas dengan tenaga elektrik secara langsung. Aliran kuasa yang tidak stabil ini menjadikan hayat bateri semakin berkurangan.
3. Mengisi Bateri Lebih Lama Dari Waktu Yang Diperlukan
Masih lupa untuk mencabut plag pengecas apabila telefon pintar dicas sepenuhnya? Seelok-eloknya anda tidak mengamalkan kebiasan ini! Meskipun telefon pintar masa kini dilengkapi dengan overcharge protection yang secara automatik menghentikan proses pengecasan ketika bateri penuh, telefon yang terlalu lama dicas tetap berpotensi mengalami penurunan prestasi bateri.
Untuk mengekalkan prestasi, anda tidak perlu mengecas bateri sehingga 100 peratus. Bahkan, bateri telefon berada dalam keadaan optimun apabila mencapai kapasiti 40 hingga 80 peratus.
4. Tidak Segera Mengecas Telefon
Kalau nak tahu, salah satu punca kenapa hayat bateri tidak tahan lama disebabkan kebiasaan kita menggunakan telefon pintar sehingga bateri habis sepenuhnya. Seandainya anda menggunakan telefon sehingga kehabisan bateri serta tidak segera mengecasnya semula, sel-sel asas pada bateri akan mengalami saturation atau ketepuan.
Natijahnya, s31-se1 ma ti dalam bateri akan berkumpul akhirnya membuat bateri tidak sihat dan mengurangkan prestasinya. Justeru, anda disyorkan untuk menyegerakan mengecas telefon apabila beteri berada diparas 15 hingga 35 peratus.
Sumber: akakpesan.com via dnews
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jurulatih kecergasan dan juga merupakan pakar pemakanan popular Kevin Zahri. Dia sering berkongsi pelbagai tip kesihatan dan gaya hidup sihat di laman sosial TikTok.
Malah dia juga sering menjawab pelbagai persoalan daripada netizen berkaitan latar belakangnya sejak kecil hingga kini dari pelbagai aspek. Malahan baru-baru ini ada juga yang mempersoalkan agamanya dan dengan tenang beliau mendedahkan dirinya adalah merupakan mualaf.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Kevin yang dibesarkan di luar negara mengakui mendalami agama Islam sekembalinya ke Malaysia.
Ya, Saya Muslim Sekarang-Kevin
Berdasarkan perkongsian video tersebut, Kevin mendedahkan dirinya dahulu membesar sebagai seorang Kristian dan mengakui mendalami agama Islam sekembalinya ke Malaysia dengan erti kata lain dia adalah seorang mualaf.
“Nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar tetapi Kevin Nicolai Christopher Zahri (ketika itu).
“Bapa saya seorang Muslim dan berbangsa Melayu manakala ibu pula beragama Kristian berasal dari Jerman. Ibu saya yang mengajarkan kami tentang agama. Kami ke gereja, saya menyertai koir dan membaca buku seperti Injil ketika kecil,” kata Kevin.
Hidayah Milik Allah
Namun ternyata hidayah itu milik ALLAH. Segala berubah selepas mengikuti bapanya pulang ke Malaysia pada tahun 1991. Ketika itu dia berumur 12 tahun.
“Ketika itu bapa saya mendapat hidayah tentang keagamaan sendiri dan wujud rasa tanggungjawab untuk memimpin anak-anak.
“Bapa cuba mendedahkan kepada kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz,” ujar Kevin lagi.
Lelaki yang turut dikenali dengan nama Cikgu Fitness Malaysia itu mendedahkan beliau pada peringkat awalnya sukar menerima perubahan berkaitan agama Islam.
“Saya tidak menerimanya pada hari yang pertama dan mengambil masa mempersoalkan tentang agama A dan agama B.
Pendedahan dan penerangan bapa kepada dua orang anak ini menerima reaksi positif daripada warganet. Rata-rata mereka memberikan sokongan dan mengucapkan rasa syukur serta memuji tindakannya ikhlas menjawab pertanyaan yang diajuka oleh peminatnya.
Komen mereka:
“Alhamdulillah, saya suka sikap coach (jurulatih) yang sangat berterus terang dan sentiasa menjawab apa jua soalan, semoga sentiasa berjaya di dunia dan akhirat,”
“Alhamdulillah. Moga terus berjuang sampai syurga tuan Kevin!,”
“Suka sangat cara dan penerangan jurulatih, sangat terperinci dalam menerangkan sesuatu walaupun soalan yang agak sensitif,”
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semakan Prasekolah KPM 2027 kini dibuka mulai 5 Ogos. Ketahui cara semak keputusan permohonan, proses rayuan, tarikh penting dan panduan lengkap untuk ibu bapa.