Biasanya apabila teruja menyambut anak yang kedua, anak pertama mula menjauh diri. Biarpun kita sebagai ibu ayah cuma memastikan tiada pilih kasih antara anak pertama dan kedua, namun ia tetap berlaku sebaliknya.

Tidak dinafikan setiap ibu akan rasa bersalah dan sebak memikirkan untuk melahirkan anak lagi, bimbang akan tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada anak yang pertama.

Situasi ini turut dirasa oleh pelakon dan pengacara Yana Samsudin menerusi perkongsiannya di Instagram. Beliau mengakui tingkah laku anak pertamanya Mateen berubah sejak mempunyai adik baru.

Namun Yana bijak memastikan Mateen tidak terasa diri terabai. Dia menunjukkan gambar-gambar dan video lama Mateen semasa kecil dengan menjelaskan situasi yang sama dialami buat adik barunya ini.

“Rupanya Ini Adalah Dilema Parents Masuk Anak 2.” Yana Samsudin Luah Cabaran Kehadiran Bayi Baru, Bimbang Mateen Rasa Terpinggir. Warganet Turut Kongsi Kisah Yang Sama.

Masa ambik gambar solo dia tengok je dari tepi. Sekali mommy panggil laju terus dia terpa dan peluk… alahai dak manja mommy rajin tolong mommy dadi jaga adik… thank you @aisymateen .

Mommy tahu bila ada adik ni mateen mesti rasa mateen terabai.. dia pernah minta dukung tapi dah mengandung tak boleh dah nak dukung dia…
Ajak main lasak lasak, tapi dadi pesan mommy ada adik dalam perut tak boleh main gusti gusti…

IKLAN

Bila adik dah lahir, dia selalu tanya ” masa mateen kecik dulu , menyusu jugak macam ni ea” ” masa mateen kecik dulu nangis macam ni ea”….

Mommy pun jawab, sama je… nak tengok gambar? Mommy pun tunjuk gambar dan video lama lama masa dia baby… lepas tu baru nampak muka dia senyum senyum… nasib baik ada ambik gambar dan video dulu dulu kat instagram dan kat hp, ada lah bukti mommy selalu dukung mateen dan main dengan mateen…

Sengih sengih dia tengok balik… tu lah kita dokumentasikan memori kat instagram dan ambik gambar tu bukan untuk menunjuk, tapi lebih untuk kegunaan peribadi.. almaklum.lah sekarang mana orang print gambar sangat ye dak? Hilang hp rosak hp terus takda memori….

Apa pun, mommy sayang mateen dunia akhirat!!  love you!!!

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

BUKAN MUDAH BILA ADA ANAK KE-DUA

IKLAN

“Rupanya Ini Adalah Dilema Parents Masuk Anak 2.” Yana Samsudin Luah Cabaran Kehadiran Bayi Baru, Bimbang Mateen Rasa Terpinggir. Warganet Turut Kongsi Kisah Yang Sama.

Dalam pada itu Yana mengakui bahawa bukan mudah untuk menjadi ibu bapa yang menyambut kelahiran anak kedua tanpa menguris hati anak pertama.

Rupanya ini adalah dilema parents masuk anak 2, memula dapat rasa mateen macam jauh je dengan kita … lepas tunjuk video terus dia jadi manja balik.. satu lagi dia rasa dia kema tegur sebab dia dah ada adik tapo sebenarnya dia dah nak membesar banyak perkara yang kena tegur perangai nya… dugaan sungguh… seronok jadi parent ni.

“Rupanya Ini Adalah Dilema Parents Masuk Anak 2.” Yana Samsudin Luah Cabaran Kehadiran Bayi Baru, Bimbang Mateen Rasa Terpinggir. Warganet Turut Kongsi Kisah Yang Sama.

“Rupanya Ini Adalah Dilema Parents Masuk Anak 2.” Yana Samsudin Luah Cabaran Kehadiran Bayi Baru, Bimbang Mateen Rasa Terpinggir. Warganet Turut Kongsi Kisah Yang Sama.

Sumber: yanasamsudin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI