Perkongsian seorang pensyarah menjadi tular apabila luahannya apabila terserempak dengan bekas pelajar mendapat perhatian ramai.
Pensyarah yang dikenali sebagai Dr Syazwani Drani itu telah meluahkan rasa sedihnya apabila terserempak dengan belajar pelajarnya yang bersusah payah mencari rezeki untuk menampung keperluan hidup.Ramai pengikutnya sangat tersentuh dengan cerita tentang bekas pelajarnya itu.
Sebak dan sayu hati ini bila terjumpa semula bekas pelajar saya yang sedang struggle mencari sumber pendapatan. Saya tunggu sahaja sampai dia habis makan. Saya hanya tengok dari dalam kereta.
Suap demi suap dia makan saya tengok, tersentuh sungguh hati ini, mengalirlah jugak air mata saya. Masa saya nampak dia tengah membuka bungkusan makan yang dibeli. Saya jadi terdetik nak panggil dia, tapi terfikir pula, nanti dia tak sempat nak makan pula, takpelah, saya sabar menanti sampailah dia habis makan, bila sudah selesai, barulah saya panggil.
Reaksinya apabila melihat saya seperti yang telah saya jangkakan, dia teruja dan segan, sempat juga dia berkongsi kesusahan yang dialami, antara yang menyentuh hati saya.
Ads
Dia cakap ‘Saya suka masa hujan DR’ sebab masa tu ramai orang tak keluar rumah, masa tu order banyak.
Ya Allah, kita ni dalam hujan duduk di rumah je, order sahaja apa nak, mereka yang mencari pendapatan pula bersusah payah, bergolok gadai nyawa membawa motor. Risiko pun ada bila bawak motor semasa hujan.
Sungguh ikhlas mereka menolong orang lain memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita. Tapi kita tak nampak kesusahan si penghantar ni macam mana.
Ads
Kalau barang tu lambat sampai sedikit, kita sebagai pelanggan janganlah marah, bukan niat mereka sebenarnya untuk melambat-lambatkan penghantara,. Sebagai pelanggan buatlah mereka gembira dengan berkata terima kasih ketika barang makanan sampai.
Itupun sudah cukup menghilangkan rasa penat mereka menghantar, kalau nak cepat, nak maki orang sebab lambat sampai, kenapa kita ni tak keluar sendiri je, kan lebih cepat.
Terus boleh dapatkan?. Kita ni jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada “sekali sekala tu letak la kaki kita dalam kasut mereka” barulah kita tahu selesa ke ketat ke basah ke,” Dengan situasi sekarang ni, ramai sebenarnya yang terkesan. Kita sebagai pelanggan janganlah memberatkan lagi beban mereka dengan kata-kata yang mungkin mengguris hati mereka.
Ads
Ketika itu, saya ada menghulurkan sesuatu kepadanya, pemberian saya ditolak, selepas beberapa kali saya memberitahunya hasrat saya untuk membantu, dapat dilihat matanya mula berkaca, Allahu, ianya betul-betul meruntun hati, ucapan terima kasihnya tidak pernah lekang dibibir.
Kemudian saya pun berlalu pergi, mendung di luar namun hujan di dalam, saya doakan awak akan sentiasa berjaya dan dipermudahkan setiap urusan mencari rezeki. Saya juga doakan agar pelajar saya ni dipelihara dari sebarang musibah, serta mendapat perlindungan dari Allah.
Kisah pensyarah dan bekas pelajarnya ini membuktikan bahawa pendidik sangat menyayangi anak didiknya, sebagai pensyarah mereka ini sudah pasti ingin melihat mereka berjaya, sangat berharap ilmu yang sudah diajar dapat menjadi bekalannya dalam usaha mencari pekerjaan.
Namun apakan daya, kita tidak mampu mengawal peluang pekerjaan dan situasi ekonomi yang mencabar hari ini, mungkin itulah antara faktor membuatkan pensyarah ini merasa sayu melihat para pelajarnya yang masih ‘stuggle’ untuk memulakan hidup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi para peminat industri seni tanah air, pastinya nama pelakon Diana Danielle sudah tidak asing bagi anda semua. Sejak awal penglibatannya dalam bidang lakonan dan seterusnya nyanyian, wajah jelita Pan Asia ini sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Terbaharu, isteri kepada pengarah dan pelakon Farid Kamil ini memberitahu bahawa dirinya menghidap sindrom ADHD iaitu sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan. Oleh kerana itu, beliau mahu menambah kesedaran masyarakat mengenai isu kesihatan mental.
Menurut Diana, disebabkan perkara ini dia menghadapi masalah memori dimana dia cepat lupa sehinggakan memerlukan pembantu peribadi untuk melancarkan urusannya bagi mengalakkan dirinya dibelenggu oleh perkara-perkara yang sering difikirkan.
Kata Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, kehadiran suami dan anak-anak menjadi penguat semangat buat dirinya sentiasa berfikiran positif.
“Suami saya memang terus kata kalau kita rasa kusut… rujukan pertama adalah Al-Quran dan solat, suami saya memang akan jaga bab itu.”
“Macam anak-anak saya pula bila saya tengok mereka gembira dan saya lihat hidup mereka teratur saya sendiri akan rasa teratur.
“Jadi dengan anak-anak lain sikit sebab kita yang atur hidup dia mereka tak boleh atur hidup kita,”
Katanya lagi, apabila melihat anak-anak dan merasakan sudah memberikan yang terbaik buat anak-anak, dia akan berada gembira dan tidak terasa tekanan, stress atau tidak tentu arah.
Tambahnya lagi, sokongan dari orang sekeliling adalah penting dalam kehidupan seseorang untuk mengelakkan dari tekanan.
Bagi penggemar-penggemar T-Shirt, tentu anda kecewa bila pakaian kesukaan anda itu sudah tidak sempurna apabila lehernya kembang membuatkan ianya tidak lagi selesa digunakan.
Bukan itu sahaja, tshirt yang mempunyai masalah yang serupa akhirnya di buang ke dalam tong sampah atau dijadikan kain buruk.
Sayang kan? T-shirt tersebut bukannya murah malah ada yang special edition.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok yang menggunakan nama @Syafiq.art, dia telah menunjukkan cara bagaimana mahu memperbaiki masalah ini.
Rupanya hanya menggunakan 2 bahan sahaja dan kosnya amat murah.
Langkah 1
Pertama, anda perlu jerang air dalam periuk sehingga panas dan mendidih.
Langkah 2
Kedua, sementara menunggu air dijerang, ambil baju yang kolarnya sudah meregang dan ‘kembang semangkuk’ itu, ambil segelung getah dan ikatkan pada bahagian kolar baju yang sudah hilang bentuk itu.
Ikat mengikut cara yang ditunjukkan dalam video di atas.
Langkah 3
Ketiga, setelah air siap dimasak, rendamkan baju kedalam air panas yang baharu di masak itu,
sehingga semua bahagian kolar baju yang berikat itu basah dan merata terkena air panas tersebut selama 3 hingga 4 minit.
Setelah direndam, keringkan sahaja baju tersebut dengan keadaan terikat, atau boleh juga jemur dibawah terik mentari sehingga kering.
Langkah 4
Keempat, setelah baju benar-benar kering boleh lah gosok bahagian kolar yang berkedut akibat cerutan getah tu, dan dipakai seperti biasa. Hasilnya pasti membuatkan anda puas hati, kerana bentuk kolar akan kembali seperti sediakala!
Sekadar info, pemakaian t-shirt sama secara kerap dan berulang kali boleh menjadi punca kepada masalah kolar t-shirt kembang, meskipun anda baru sahaja membeli t-shirt itu.
Kualiti kapas yang digunakan juga antara yang menjadi punca anda mengalami masalah sama, jadi sebelum membeli baju, pastikan dahulu kualiti kain dan peratusan kapas yang digunakan untuk membuat baju berkenaan.
Jadi apa tunggu lagi, jom cuba tip ini pada tshirt suami anda.
Ibu bapa Zayn Rayyan bukan dituduh Seksyen 302 tapi dituduh abai anak. Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.
Memetik laporan Sinar Harian pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf berdepan pertuduhan melakukan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan, tahun lalu.
Ibu Bapa Zayn Rayyan Bukan Dituduh Seksyen 302 Tapi Dituduh Abai Anak
Zaim Ikhwan Zahari yang memakai baju T berwarna hitam dan Ismanira Abdul Manaf berbaju merah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu, didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember.
Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron manakala pembelaan oleh peguam, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.
GM Klang melangkah ke era baharu dengan pelanjutan waktu operasi 10 pagi hingga 10 malam, menjadikannya lebih daripada pusat borong – kini sebagai hab komuniti dan gaya hidup moden yang hidup siang dan malam di Klang.