Khabar gembira itu dikongsikan oleh suaminya, pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menerusi kenyataan media baru-baru ini.
Nyata, berita gembira itu telah meraih perhatian peminatnya. Malah terbaru menerusi tweeter, Neelofa telah muat naik sebuah kapsyen yang menyentuh waktu tidur yang berbunyi “Saya membuka mata untuk melihat berapa lama saya tidur sebelum jam saya berbunyi.”
Dengan kapsyen ringkas, Neelofa mengakui situasi itu memang benar. Ia membayangkan bahawa begitulah dirinya tidur cukup tidur setelah bergelar ibu setelah kelahiran cahayamata pertamanya.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
Ads
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemelut rumah tangga yang melanda pasangan ini belum menemui noktah. Fizo Omar sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan walau apa yang berlaku hubungan dengan isteri terus baik demi anak, Wan Maryam.
Terbaru, Mawar Karim buat pertama kalinya memuat naik perkongsian mengenai kontroversi yang sedang melanda mereka.
Mengakui setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi, jelas Mawar mungkin ini adalah ujian berat untuk dia dan fizo hadapi.
Pertama kali sy ingin meminta maaf jika penulisan sy ada mana2 pihak terguris hati. Sebelum ini sy tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk sy meluah kan perasaan,mencerita terutama kisah peribadi sy. Banyak pihak sy perlu jaga juga berhati2.Sebelum ini sy hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk sy cerita.
Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah ,sudah tentu sy perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya .kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.
Di sini bg sy sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain. Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negatif terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar,” kata Mawar.
Ujarnya, apa yang berlaku kini hanya dia dan Fizo saja tahu dan merasai apa yang dilalui sekarang ni. Justeru, dia mengharapkan semua pihak tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai rumah tangganya.
Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah,didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita.
“Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah sy dan fizo sentiasa memberi kan yg terbaik buat Maryam. .
Jelasnya lagi, semua pasangan mengimpikan kebahagiaan,mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘ dalam perkahwinan,impikan bahagia dunia akhirat serta mendapat barokah. Malah, semua pasangan mahu pertahankan perkahwinan masing-masing.
Mungkin ini ujian berat untuk Sy dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan,Jodoh,ajal,maut semua di tangan Tuhan.
Semoga Allah memberi kami jalan yg terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yg mendoakan yg terbaik buat sy,fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalian.
Kanak-kanak perempuan 11 tahun tahan sakit lebih sejam, jari manis tersekat tombol pintu. Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama lebih satu jam selepas jari manisnya tersekat pada tombol pintu di rumahnya di Jalan Bukit Kawa Apas Balung, Tawau, Sabah pada Ahad.
Susulan kejadian itu, ahli keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun itu terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak bomba untuk memotong tombol pintu berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.05 malam dan seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati jari manis sebelah kanan kanak-kanak tersebut tersekat dalam tombol pintu sejak lebih satu jam lalu sebelum pasukan bomba tiba.
“Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan pemotong khas untuk membuka tombol pintu tersebut sebelum berjaya dibuka kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 8.07 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.