Hari-hari fikir nak masak apa untuk keluarga, sampai buntu jadinya!

Fikir tu dah satu hal, kadang rasa bosan pula asyik masak benda yang sama je. Yang masak rasa bosan asyik benda yang sama je, yang makan lagi lah jemu makan yang sama je.

Haa apa kata tukar selera masak ayam kam heong dari Dani Shoppe’s ni! Mana tau boleh tarik selera keluarga dengan menu ni pula kan lepas kan? Jom cuba!

Hi kawan². Harini sy cuba masakan ayam kam heong. Kalau buat carian, kam heong ni popular guna udang atau lala. Next time kita buat guna udang.

AYAM KAM HEONG 

Bahan A
1/2 ekor ayam, peha & isi dada, cuci bersih & toskan
Bahagian peha sy buang tulang, hiris ayam jd ketulan kecil

IKLAN

Cara-caranya :-

Saya perap ayam dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.

Sedap Rupanya Ayam Masak Kam Heong Ni. Mudah Je Nak Buat, Patut Dapat Banyak Share!

IKLAN

Bahan B
6 ulas bawang merah kecil @ 1 biji bawang merah besar. Hiris halus
5 ulas bawang putih, ketuk & cincang kasar
1 sudu besar serbuk kari
Cili padi secukup nya
Sedikit udang kering (sy tak letak)
Sedikit halia lumatkan (sy tambah sendiri)
Daun kari
Sos tiram
Kicap manis
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara-caranya :-

– Panaskan kuali, ambik minyak goreng ayam td dalam 3 – 4 sudu. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia, udang kering sampai naik bau & sedikit brown.

IKLAN

Sedap Rupanya Ayam Masak Kam Heong Ni. Mudah Je Nak Buat, Patut Dapat Banyak Share!

– Masukkan serbuk kari & sedikit sahaja air, kacau sebati. Kemudian masukkan sos tiram & kicap manis. Nak tambah kicap pekat boleh. Sy tambah sedikit sos cili dalam 1 sudu besar je. Kacau sebati. Kalau kering sangat tambah 2-3 sudu air.

Sedap Rupanya Ayam Masak Kam Heong Ni. Mudah Je Nak Buat, Patut Dapat Banyak Share!
– Masukkan ayam kita td. Kacau rata. Rasa dulu, kalau perlu tambah garam & sedikit gula. Kacau sekata sehingga ayam cukup masak & cukup rasa masin, manis, pedas.
Siap.

Sedap Rupanya Ayam Masak Kam Heong Ni. Mudah Je Nak Buat, Patut Dapat Banyak Share!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI