Setiap ibu bapa punya hak dan cara tersendiri Dalam bab anak, demikian pandangan Datuk Seri Siti Nurhaliza berkenaan perkongsian wajah anak kepada umum atau tidak.
Menurut penyanyi tersohor tanah air ini lagi, setiap keputusan yang diambil nya mahu yang terbaik buat anak-anak mereka.
“Kalau boleh saya tak mahu mengulas isu ini. Tapi bagi saya, itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing.
“Saya yakin setiap individu tentunya ada alasan mereka yang tersendiri. Semua orang ada pilihan,” katanya lagi ketika diminta mengulas mengenai segelintir selebriti yang membuat keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak mereka kepada umum.
Ads
Tambah pelantun lagu Lip Lap Raya itu, sebagai orang luar sepatutnya tidak perlu mempertikaikan keputusan atau hak orang lain.
“Setiap daripada kita tahu apa yang terbaik dan sebab apa sesuatu tindakan itu perlu dibuat. Jadi, tak payah dipertikaikan,” katanya lagi.
Perkahwinan adalah perkongsian hidup dua jiwa antara lelaki dan wanita. Melengkapi hidup dab berkongsi kekurangan dan kelebihan masing-masing. Justeru, tidak salah andai saling membantu demi rumahtangga yang bahagia.
Demikian yang Ingin disampaikan oleh isteri kepada pelawak, Atu menerusi perkongsian dilaman Instagramnya.
“Jika isteri itu masak, ia adalah ihsan dr isteri kepada suami… “beras suami beli, xkan suami kene belajar masak?”Alhamdulillah, sy dpt suami simple… klo x larat nk masak kita mkn luar…
“Tapi sy ni suka mencuba… kita cuba dan cuba Kdg2 ia mendatang kn income pula untuk sy… suami sy ni ibarat tikus makmal 🤣. Klo dia kata ok, baru sy berani open order.
“Terima kasih banyak2 ya encik suami, dah lah keluar modal, kne jadi tester pulak 🤣. Skrg ni anak pulak jd junior tukang test… oklah… habis satu loyang… makan, rasa nya sedap mungkin 😇.
Ujar Shafeeqa Johari lagi, dia tidak kisah untuk membantu suaminya menambahkan Sumber pendapatan keluarga mereka terutama apabila menjelang Ramadan.
“Suami isteri ni perlu saling melengkapi. Kesian suami. Kita nikah sbb cinta.. bukan sebab nk jadi kn dia mesin cetak duit. Kne kerja, kena beli, kene buat… mereka pon ada kudrat mereka… slalunya ramadhan atu x ambil job, sy lak kerja. Buat kek untuk raya… sy cover atu untuk dia tenang beribadah… tp ramadhan jelah… bulan lain dia wajib kerja 🤣🤣🤣🤣.
“Bukan menyokong atau membantah mne2 pihak… suami itu cinta kita… xkan nnt dia xde duit kita halau dia dr rumah yg dia sdiri byr kn? Xkan sampai nya hati….
Dalam masa Yang sama,dia turut menitipkan Rasa bangga dengan wanita yang bergelar isteri walaupun bekerja masih punya waktu untuk menyediakan hidangan buat keluarga.
“Saya kagum ngan isteri yg kerja mkn gaji… balik boleh masak lagi… sy duk umah jaga anak pon xmampu nk buat… percayalah, dah tua nnt anak2 mesti akn rindu masakan seorg ibu…. 🤍
Dia orang yang paling sibuk berlari ke sana ke mari, membantu pelajar, mencari dan mencatat nama pelajar yang rebah, sesak nafas. Membantu mengangkat dan memapah pelajar ke van ambulans.
Namun semalam, tubuhnya kaku, senyap, di bilik ICU, HSI. Tiada sebarang respond walaupun berkali-kali dipanggil namanya. Allahuakbar, tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarganya terutama isteri dan anak-anak. Tonggak keluarga dan dahan tempat berpaut kini bertarung nyawa dek kerana musibah yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggung jawab.
Pemandu ambulans, Mohd Fariz Anuar, 44, dianggap hero selepas membantu menyelamatkan lebih 30 pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah yang terhidu gas beracun metana Khamis lalu, kini terlantar di hospital.
Mangsa dimaklumkan tidak sedarkan diri selepas terhidu gas sama menyebabkan paru-parunya gagal berfungsi dengan sempurna.
Isterinya, Hanisah Alias, 45, berkata, kali terakhir dia berbual dengan suami menerusi telefon bimbit ketika Mohd Fariz dalam perjalanan ke sebuah sekolah di Pasir Gudang untuk membantu pelajar yang mengalami keracunan akibat gas itu pada jam 10 pagi Khamis lalu.
Menurutnya, Mohd Fariz memberitahu sibuk membantu mangsa dan memaklumkan akan menghubungi kembali pada tengah hari selepas selesai tugasan.
“Malangnya pada jam 2.30 petang, saya menerima panggilan daripada rakan sekerja suami memaklumkan Mohd Fariz dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat komplikasi kesihatan,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dimaklumkan suami yang memandu ambulans ketika kejadian turut membantu ramai mangsa membabitkan murid dan pelajar yang pengsan akibat terhidu gas beracun itu.
“Difahamkan, dia memakai penutup hidung dan mulut ketika itu, namun kemungkinan terdedah lama kepada udara tercemar menyebabkan dia turut menjadi mangsa,” katanya yang tinggal di Taman Scientex, Masai di sini.
Hanisah berkata, akibat terhidu gas beracun itu, suaminya mengalami bengkak pada paru-paru selain masalah pada buah pinggangnya.
“Suami masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia turut menjalani dialisis buah pinggang bagi membersih dan menyingkir racun yang mengancam organ berkenaan.
“Ini kali pertama suami menghadapi masalah seumpama itu sepanjang bekerja. Saya reda dengan dugaan Allah SWT. Semoga Tuhan segera menyembuhkan penyakitnya,” katanya.
Menurutnya, suami yang dirawat di ICU mula sedarkan diri petang semalam dan menunjukkan perkembangan positif.
“Anak-anak dan saya masih memerlukannya. Dia bapa penyayang dan amat berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga atau ketika bekerja.
“Malah, kami bergantung kepadanya untuk membiayai pengajian dua anak berusia 19 dan 20 tahun di Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang selain dua lagi anak di tahun lima dan enam.
“Saya turut bekerja sebagai pembantu pembangunan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membantu menambah pendapatan keluarga,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz mengesahkan seorang daripada mangsa keracunan gas yang juga pemandu ambulans masih dirawat di ICU dan keadaannya bertambah baik berbanding hari pertama kejadian.
“Alhamdulillah, hari ini (semalam) dia sudah sedar dan boleh bernafas sendiri. Sebelum ini, dia tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Bagaimanapun, keadaannya bertambah baik dan hanya paru-parunya yang berdepan masalah, tiada organ lain. Kami memantau perkembangannya sama seperti pesakit lain dan melihat dia menunjukkan tanda positif,” katanya.
Sementara itu Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat Mohd Fariz di HSI di Johor Bahru.
Orang ramai yang mahu meringankan beban keluarga Mohd Fariz boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB Hanisah di 7072150611.
Papan pemotong ini memang banyak gunanya. Tapi jika tak jaga kebersihan boleh menjadi ‘sarang’ bakteria. Maklumlah hari-hari kita guna ketika didapur.
Menurut Dr Charles Gerba iaitu seorang ahli mikrobiologi di Universiti Arizona mengatakan ” Papan pemotong di dapur mempunyai 200 kali ganda bakteria berbanding bakteria di mangkuk tandas”.
Dan bakteria ini adalah sama seperti bakteria di dalam tinja anda. Ianya adalah kuman Salmonella dan juga E. coli.
Sebenarnya walaupun kita telah membersihkan papan pemotong itu dengan cermat, masih akan terdapat juga bakteria tersebut pada papan pemotong tersebut terutamanya papan pemotong yang mempunyai calar dan daki yang kehitaman pada papan pemotong tersebut.
Sehubungan itu, menerusi facebook Fatimah Salim yang juga merupakan seorang ahli kimia, berkongsi cara untuk membersihkan papan pemotong dengan cara yang mudah tanpa perlu menyental.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?!Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.
CARANYA:
• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan. • Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan. • Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi. • Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong. • Dan gunakan seperti biasa.
PERHATIAN:
1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.
3) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.
Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Kredit: Fatimah Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.