Penyanyi yang sedang meningkat naik, Masya Masyitah sejak akhir-akhir ini sering diperhatikan gerak-gerinya oleh para wargamaya. Bermula dengan tuduhan yang dia sudah berkahwin, fesyen yang ditampilkan juga sering mendapat kritikan dari netizen.
Terbaharu posting dari Instagram penyanyi yang lahir dari program Ceria Popstar ini mengundang perdebatan netizen kerana, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah telah memuatnaik video memakan sotong dan udang yang masih hidup dengan penuh selera ketika berada di sebuah pasar malam di negara seberang.
Manakala di bahagian kapsyen hantaran itu, Masya mengatakan dirinya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu untuk menikmati haiwan laut itu secara hidup-hidup.
‘Nampak mustahil sampailah ianya selesai.’
Bukan itu sahaja, turut kelihatan Masya tidak kekok untuk menghabiskan sotong hidup itu sebaik saja ianya dihidangkan oleh peniaga di pasar berkenaan.
Bagaimanapun, aksi berani Masya itu telah mendapat kecaman netizen kerana rata-rata mengatakan penyanyi berusia 23 tahun kurang peka dengan hukum agama.
Malah, mereka turut risau sekiranya tindakannya itu menjadi ikutan orang lain terutamanya yang beragama Islam.
Tindakan awak mengelirukan umat Islam yang lain. Orang mula bertanya “eh boleh eh makan sotong macam itu?” Astaghfirullah.. Bertaubat lah sis.
Ads
Tidak hanya dengan itu, ada segelintir warganet yang menyelar perbuatan Masya dengan melabelkan dirinya sebagai seorang yang pengotor kerana makan haiwan yang tidak dicuci terlebih dahulu.
World Quran Hour 2026 bawa mesej global apabila program tahunan yang menyatukan umat Islam di seluruh dunia ini tampil dengan pendekatan lebih inklusif tahun ini. Penganjuran kali ke-11 itu bukan sekadar acara membaca Al-Quran, malah menjadi platform mengajak masyarakat terutama institusi keluarga kembali menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama kehidupan.
Program yang bakal berlangsung pada 11 Mac 2026 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak ini turut membawa kelainan apabila buat pertama kalinya bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama bagi meluaskan capaian mesej ke peringkat global.
Ketua Pegawai Content Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, penggunaan bahasa Inggeris dipilih selaras dengan nama kempen World Quran Hour 2026 yang membawa misi global.
Menurutnya, sebelum ini mesej yang disampaikan menerusi program tersebut agak terhad dari segi kefahaman masyarakat antarabangsa.
“Jadi pada tahun ini, kita memilih menggunakan bahasa Inggeris dengan harapan mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia untuk menobatkan Al-Quran sebagai panduan hidup dapat dicapai,” katanya ketika hadir ke Taklimat Sinergi Media Sempena World #QuranHour 2026.
Tambahnya lagi, langkah tersebut juga diharap mampu menarik lebih banyak penyertaan daripada golongan muda, institusi pengajian tinggi serta masyarakat dari pelbagai negara.
Penganjuran tahun ini membawa tema “Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia” dengan memberi fokus kepada Surah Al-Muzzammil, iaitu surah ke-73 yang mengandungi 20 ayat.
Menurut Fazrul, surah ini mempunyai mesej yang sangat penting kerana ia menjadi panduan kepada Nabi Muhammad SAW dalam memperkukuh kekuatan diri ketika berdepan amanah dan cabaran yang lebih besar.
“Mesej itulah yang ingin kita bawa kepada orang ramai. Kita harap masyarakat dapat bersama-sama menghayati formula daripada Pencipta bagi memperkukuh diri, negara dan dunia dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa,” jelasnya.
Menerusi penghayatan Surah Al-Muzzammil, peserta World Quran Hour 2026 bukan sahaja membaca ayat-ayat Al-Quran, malah digalakkan memahami serta mentadabbur mesej yang terkandung di dalamnya.
Bagi kebanyakan keluarga Muslim, penyertaan dalam World Quran Hour 2026 sebenarnya merupakan peluang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil mendekatkan diri kepada Al-Quran.
Dalam kesibukan kehidupan seharian, meluangkan sekurang-kurangnya satu jam membaca dan mentadabbur Al-Quran bersama keluarga mampu memberi kesan besar kepada pembentukan nilai dalam rumah tangga.
Ibu bapa juga boleh menjadikan program ini sebagai medium mendidik anak-anak mencintai Al-Quran sejak kecil. Apabila anak melihat ibu bapa membaca dan memahami Al-Quran, ia secara tidak langsung membentuk contoh teladan yang baik dalam kehidupan mereka.
Aktiviti seperti membaca bersama, berbincang maksud ayat dan berkongsi pengajaran daripada Al-Quran boleh membantu membina suasana rumah tangga yang lebih harmoni serta dipenuhi nilai keimanan.
Penganjuran World Quran Hour 2026 dijangka lebih istimewa dengan kehadiran beberapa tetamu kenamaan Diraja yang turut memberi sokongan terhadap usaha memartabatkan Al-Quran.
Antara yang dijangka hadir ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang juga merupakan Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Turut dijangka mencemar duli ialah Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Kehadiran kerabat diraja ini pastinya menambahkan lagi seri program serta memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran.
Sementara itu, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub menyeru umat Islam supaya menjadikan World Quran Hour 2026 sebagai satu gelombang kesedaran global.
Menurutnya, umat Islam perlu kembali berinteraksi dengan Al-Quran bukan sekadar membaca, tetapi juga memahami dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan.
“Tanpa kesedaran ini, umat Islam akan terus berpecah, keliru dan mudah dipergunakan oleh pelbagai pihak,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa usaha ini penting bagi mengembalikan momentum kempen ini supaya lebih ramai umat Islam kembali membudayakan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sejam sehari.
Sejak diperkenalkan 11 tahun lalu, World Quran Hour 2026 dan edisi-edisi sebelumnya telah berjaya menghimpunkan penyertaan dari puluhan negara di seluruh dunia.
Program ini turut mendapat sokongan pelbagai rakan media termasuk Astro Oasis, TV AlHijrah, Media Prima, TV9, Astro Awani, Bernama, Sinar Harian dan IKIM FM, dengan Astro Oasis sebagai penyiar utama.
Usaha ini diharap dapat terus menghidupkan gelombang kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan masyarakat.
Akhirnya, mesej utama yang ingin disampaikan melalui World Quran Hour 2026 amat jelas perubahan besar dalam dunia sebenarnya bermula dari perubahan dalam diri dan keluarga yang kembali menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
Semenjak sudah berumah tangga, Jep kerap kali dilihat berhati-hati dalam membawa watak apabila digandingkan dengan artis jemputan wanita. Hal itu mencuri perhatian umum dek kerana caranya yang menghormati perasaan si isteri.
Baru-baru ini, Jep sempat berkongsi detik pengenalan bersama suri hatinya, Sari Yanti yang sekali lagi mencuri perhatian warganet dengan sikapnya yang dianggap ‘gentleman‘.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, Jep menyatakan dia hanya menghubungi pelakon wanita tersebut menerusi mesej sebelum dirinya berjumpa kedua ibu bapa Sari Yanti untuk langkah seterusnya.
Lepas mesej, pastu ada keluar bersama. Kita cakap yang kita tak main-main.
Jika memang okay, saya memang nak jumpa ayah dia.
Pelawak berkenaan tenang menjawab segala persoalan daripada rakan sekerjanya yang turut berada di konti ketika itu.
Malah, Jep sempat berseloroh untuk ‘sound’ ayah kepada Sari Yanti dan membuatkan keadaan ketika itu meriah dengan gelak tawa.
Walau bagaimanapun, Jep segera memperbetulkan maksudnya dengan gurauan yang disampaikan. Menurutnya, dia ingin menyuarakan isi hatinya untuk mengambil alih tanggungjawab ayahnya dalam menjaga Sari Yanti.
Untuk rekod, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Perkara yang paling memalukan bila tetamu datang ke rumah kita apabila ‘terkantoi’ melihat tilam dan bantal yag penuh dengan peta.
Sebenarnya kedua elemen ini adlaah penting untuk menunjukkan tahap kita menjaga kebersihan lebih-lbih lagi ianya digunakan setiap hari.
Tilam dan bantal yang tidak dijaga dengan betul bukan sahaja akan menampakkan kotoran tetapi ianya juga akan mengundang bakteria yang boleh menjadi punca penyakit kulit.
Sebab itu, ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan tilam dan bantal yang empuk dan selesa lebih-lebih lagi waktu tidur adalah penting untuk kita merasainya bagi mendapatkan rehat yang cukup.
Bagi tilam yang terkena pelbagai kotoran sehingga meninggalkan kesan seperti air liur basi, air kencing, kebocoran darah haid, air mani dan macam-macam lagi , anda boleh menggunakan kaedah kaedah ‘deep clean’ ini untuk membersihkannya dan tampak baru.
Dengan hanya menggunakan empat bahan sahaja, anda sudah boleh mencucinya sendiri tanpe perlu beli yang lain atau hantar ke dobi.
Bahan-bahan:
1. Baking soda
2. Cuka
3. Cecair Dettol
4. Air kosong
Cara-cara :
1. Proses ‘deep clean’ ini perlu dimulakan dengan menyedut segala kekotoran dengan menggunakan vakum. Sebaiknya, gunakan kepala vakum yang mempunyai hujung yang tirus dan kecil.
2. Taburkan baking soda pada permukaan tilam atau bantal untuk menghilangkan kotoran yang melekat.
3. Masukkan cuka dalam bekas semburan dan semburlah ia dengan sekata di atas tilam atau bantal.
4. Selepas melakukan proses ini, anda boleh mengambil kain bersih dan gosok pada bahagian permukaannya.
5. Taburkan baking soda sekali lagi dan biarkan tilam atau bantal itu selama empat ke lima jam.
6. Vakum lebihan soda yang ditabur tadi.
7. Semburkan cecair Dettol yang dicampurkan dengan air di atas tilam.
8. Biarkan ia kering secara semula jadi dengan membuka tingkap bilik. Jika mempunyai ruang di luar rumah, boleh jemurkan ia di bawah cahaya matahari.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.