Mengindahkan kawasan laman rumah dengan tanaman berbunga seperti Pokok Ros Jepun atau juga dikenali dengan nama tempatan sebagai pokok pukul 10, tidak kurang hebatnya. Mempunyai pelbagai pilihan warna dan yang istimewanya adalah akan berkembang di awal pagi. Keadaan tersebut cukup indah andai ianya berbunga lebat.
Buat anda yang ingin mencuba menanam pokok bunga ini, ada baiknya ketahui juga cara menanamnya dengan cara yang lebih mudah dan menjimatkan. Nak tahu lanjut jom baca perkongsian penuh daripada Abdul Sapawi ini.
Tips menanam Rose Jepun dalam botol minyak terpakai. Cara mudah, murah dan meriah!!!
Ads
1. Potong dengan pisau dan gunting botol untuk lubang bahagian sisi botol. Basuh botol dengan sabun sehingga bersih dan keringkan. Kemudian tebuk lubang di bawah botol dengan screw driver/paku yang dipanaskan api. Jumlah dan besar lubang bergantung dengan jenis tanaman serta keperluan air tanaman.
Ads
2. Dapatkan cocopeat/sabut kelapa, rendam dengan air semalaman dan bilas dengan air. Sejat dan gaul dengan Baja AB (700-800ppm) masukkan ke dalam botol yang telah siap. Keratan daun pudina di cucuk ke dalam cocopeat. Dengan cara lain juga boleh semai terlebih dahulu keratan di tempat lain yang dikenakan cahaya(8 pg-12 tghri) sebelum di tanam di dalam botol.
Ads
3. Siram 2 kali sehari waktu pagi dan petang. Seminggu sekali bilas dengan air biasa. Teknik ini juga boleh digunakan untuk menanam Rose Jepun (Bunga Kembang10), daun cincau, pegaga, daun kesum dan lain-lain.
Satu kewajipan! Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang berkongsi momen bahagia mereka kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.
Menerusi Instagram, kedua mereka memuat naik video ketika pembayaran zakat perniagaan. Bukan biasa-biasa tetapi satu nilai yang cukup besar iaitu lebih RM1 juta.
Difahamkan Aeril dan Wawa membayar RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), hasil perniagaan yag mereka jalankan pada tahun ini.
“Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga.
“Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Seseorang tidak akan jatuh miskin sekiranya bersedekah di jalan Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian pasangan selebriti ini turut mendapat pujian ramai. Bukan dikatakan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mampu menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk turut sama menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kebiasaannya bila dilihat almari pakaian di rumah, tentu anda perasan boleh dikatakan satu almari tersebut penuh dengan pakaian sendiri berbanding pakaian suami. Bukan sahaja baju, kain, tudung, jubah, t-shirt dan bermacam-macam lagi semuanya dimuatkan di dalam almari tersebut. Membayangkan kalaulah dapat almari yang lebar, besar dan tinggi dari lantai ke syiling rumah, alangkah bahagianya rasa hati.
Ini sebagaimana almari atau wardrobe yang diilhamkan sendiri oleh Ben Safwan dengan ukuran 10 x11 kaki ini. Nampak begitu istimewa dan sempurna sekali. Turut berkongsi beberapa foto semasa proses pembuatan wardrobe tersebut di media sosial, nyata menarik perhatian warganet.
Menurutnya, “Masa saya masuk rumah ni, saya dah tekad nak hadiahkan isteri almari besar untuk dia puas hati. Saya bertukang di rumah ini buatkan 10×11 kaki build in wardrobe.”
“Saya dah kumpul tools 6-7 tahun , itu yang boleh buat projek diy besar camni. Kalau tak ada tools lagi ,memang kena beli tools. Sekarang senang, ada banyak pilihan jenama. Atau upah orang buat. Yang mana rasa berbaloi.”
Menurutnya, semasa proses pertukangan dilakukan keadaan rumahnya berdebu dan kerja-kerja di buat di tingkat bawah. Apabila siap bahagian kerangka barulah diangkat ke tingkat atas untuk proses seterusnya.
Selain itu, turut berkongsi lakaran yang dibuat untuk menghasilkan wordrobe yang cukup sempurna seperti ini. Katanya, “Conteng-conteng plan biar menjadi. Ubah sana sini ikut sesuai.”
Jelasnya lagi,”Rangka saya guna plywood 18mm yang dari jenis elok. Sandwich plywood saya panggil. Buat rangka di bawah, bawa naik atas satu-satu.”
“Alhamdulillah ada kawan baik tolong sama-sama angkat. Lepas tu saya catkan putih dan letak clear protection. Untuk elak kotor dan mudah calar.”
Untuk projek ni saya guna full pintu aluminium. Memang awesome lah hasil dia.
Kalau tempah ni market price around 1100-1200 perkaki panjang kalau spec macam ni. Sebab tebal dan pakai pintu aluminium cantik. So around 12-14k jugak.
Siapa sahaja yang tidak gembira atau teruja bila mendapat hadiah daripada insan tersayang sempena sambutan ulang tahun kelahiran. Apatah lagi anak-anak yang masih kecil.
Pasti setiap tahun akan ternanti-nanti, apakah hadiah yang bakal dimiliki pada sambutan hari lahir mereka daripada keluarga. Maklumlah, biasanya ibu ayah akan berikan hadiah yang istimewa.
Umpamanya seperti perkongsian daripada seorang bapa ini di facebook, Zaim Zainudin Zakaria yang menghadiahkan anaknya sebuah kolam renang. Bukan biasa-biasa hadiah yang diberikan, ia adalah hasil kegigihannya berpanas di bawah matahari berbulan lamanya.
Meski pun asalnya ia adalah projek yang tergendala ketika musim PKP yang lalu, namun baru sahaja siap sepenuhnya dan sempena sambutan hari lahir anak lelakinya, terus dijadikan hadiah istimewa buat si anak.
Difahamkan juga kolam renang di tepi rumah ini, hanya bermodalkan sebanyak RM3K dan ianya jauh lebih jimat berbanding jika dibuat oleh pakar hingga boleh mencecah RM40K.
Jadi jom kita baca perkongsian pengalaman daripadanya untuk info bersama.
Kolam Renang Sebagai Hadiah Hari Jadi Anak
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kolam impian di halaman rumah. 100% buat seorang diri. Modal 3k je. Pernah tanya tukang rumah, dia nak 30k, kalau specialist kolam nak 40k. Jadi ambil keputusan buat sendiri la sambil keluar peluh petang-petang.
Projek pkp 2021 ni tapi tergendala sebab pkp tamat awal dan cuaca tak mengizinkan.
Amaran. Kalau jiwa tak kental jangan cuba-cuba buat ye…Nanti siap separuh jalan..Sebab diri sendiri pun berkali-kali putus asa…Tapi kuatkan semangat jugak sebab nak tengok hasil tangan sendri.
Sempena birthday Zharif, Daddy hadiahkan kolam renang. Zharif cakap dah tak payah pergi hotel. Rania muka tak puas hati kolam abang punya.
Proses Pembuatan Kolam Renang
Tanah sekangkang kera tepi rumah. Projek bermula dengan mengalihkan paip air buang pada Ogos 2021.
Proses galian bermula.
Banyak pulak paip bawah tanah ni. Terpaksa la buat kolam berbentuk sikit, sebab lari dari paip kumbahan.
Alhamdulillah. Berbekalkan cangkul dan sikul maka siap la gali. Plan nak gali 5 kaki tapi gali-gali dah keluar mata air, jadi kedalaman 4 kaki saja. Sebulan proses menggali.
Bila order barang sampai. Fuhhh! ini jangan cerita, boleh patah pinggang dibuatnya seperti gambar kanan.
Proses buat kotak konkrit. Pakai gergaji saja, mesin tak ada.
Ini pun kita pakai gunting je. Potong besi 12mm kalau tak silap.
Proses memampatkan tanah, pijak-pijak saja.
Ini konkrit lapisan pertama sebab elakkan tanah runtuh musim-musim hujan ni.
Kita gaul sendiri saja. Jiran-jiran suruh order lori siput, tak apa la kita buat slow-slow macam siput.
Meratakan konkrit buatan sendiri.
Fuhhh menggali lagi, ruang pump pulak. Dan lagi…
Bila hujan turun kita termenung saja tengok air bertakung. Ambil kesempatan air hujan tengah penuh kolam, kita buat marking. Tak payah guna laser atau penimbang air. Marking bertujuan untuk pastikan level air n ktggian kolam cun.
Ternyata bukan kerja mudah yang dilakukan oleh ayah ini untuk menghasilkan kolam renang untuk menggembirakan hati anak-anaknya. Pelbagai proses dilakukan sendiri dengan sabar.
Akhirnya ini lah hasilnya.
Alhamdulillah setelah 5 bulan siap jugak! Bata depan tu next projek tempat BBQ. Dan inilah orangnya yang buat kolam, boleh jadi sado tak payah pergi gym.
Ternyata hebat sungguh usaha yang dilakukan oleh seorang ayah ini. Untuk anda yang ingin lihat lebih detail langkah demi langkah yang dilakukan olehnya bolehlah klik di sini.
Ibu mentua Mira Filzah, Datuk Mastura Yazid berkongsi pandangan mengenai peranan sebenar seorang nenek serta menegaskan hak seorang ibu dalam membesarkan anak perlu dihormati.