Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.
Tangguh SPM, Gadis 17 Tahun Perlu Jalani Rawatan Kanser Ovari
Nur Auni Qistina Zahari merupakan pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok. Gadis berusia 17 tahun itu terpaksa melupakan sementara cita-citanya menjadi seorang anggota polis kerana tidak dapat ke sekolah sejak setahun lalu.
“SAYA SUDAH JANJI DENGAN KAWAN-KAWAN NAK AMBIL SPM SAMA-SAMA TETAPI APABILA ALLAH SWT UJI SAYA DENGAN PENYAKIT INI, SAYA REDA DAN TERPAKSA TANGGUHKAN SPM KE HUJUNG TAHUN INI.
“Apabila melihat rakan-rakan lain menghantar gambar bersama cikgu di sekolah dalam kumpulan WhatsApp kelas, saya sedih kerana rindu selepas setahun tidak dapat ke sekolah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Teja 2, di sini hari ini.
Menurutnya, dia terpaksa menerima hakikat dia tidak seperti remaja normal apabila kedua-dua ovarinya terpaksa dibuang.
Nur Auni Qistina tetap mengulangkaji pelajaran walaupun terpaksa bercuti setahun untuk menjalani rawatan kanser ovari.
Katanya, dia menyedari penyakitnya itu selepas mendapati dia tidak didatangi haid walaupun sudah berusia 16 tahun pada 2022.
“Saya mengajak emak (Norhesreyzah Rejab, 46) melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Changlun pada hujung 2022 dan doktor meminta saya merujuknya ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar di Perlis.
“SELEPAS MELAKUKAN UJIAN IMBASAN TOMOGRAFI BERKOMPUTER (CT SCAN), DOKTOR MEMAKLUMKAN ADA KETUMBUHAN PADA OVARI KIRI DAN PERLU DIBUANG SEGERA PADA 2 FEBRUARI 2023.
“Ketika itu saya belum disahkan menghidap kanser dan doktor beritahu saya mempunyai sindrom swyer iaitu mempunyai kromosom lelaki iaitu 46XY yang diketahui selepas bertemu doktor berikutan masalah ketiadaan haid dialami,” katanya.
Nur Auni Qistina berkata, dia kemudian menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan doktor mengesahkan dia menghidap kanser ovari pada 2 Mei tahun lalu.
Katanya, doktor memaklumkan yang dia perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam pusingan untuk mematikan sel kanser.
“OVARI KANAN SAYA BUKAN SEPERTI BIASA TETAPI IA MEMANJANG DAN DOKTOR AKAN BUANG MELALUI PEMBEDAHAN TERMASUK RAHIM PADA 22 JANUARI INI DAN PERLU MASUK WAD DI HSB, ISNIN INI.
“Alhamdulillah pengetua dan cikgu datang beri semangat pada saya untuk fokuskan rawatan dulu,” katanya yang juga anak ketiga daripada enam beradik.
Katanya, bapanya, Zahari Hashim, 46, bekerja sebagai pembantu kedai makan, manakala ibunya, Norhesreyzah pula bekerja mengambil upah mengasuh kanak-kanak.
Menurutnya setiap kali hendak ke hospital, mereka terpaksa meminjam kereta nenek disebabkan kereta mereka kerap rosak.
Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahi Nur Auni Qistina menghulurkan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan dapur.
Adam atau nama penuhnya Adam Wan Mun Yu sebelum ini menjadi perhatian apabila ahli keluarga sering berkongsi berkongsi foto dan video memaparkan rutin hariannya sebagai penghidap masalah spekrum autistik (ASD).
Terutamanya buat ayah dan ibunya, Iman Wan Tuck Meng dan Norhaida Hasan yag benar-benar membuktikan betapa besarnya cabaran menguruskan individu autistik. Orang luar boleh berkata “sabar”, hakikatnya kesabaran mereka saban hari diduga terutamanya dalam fasa-fasa Adam tantrum.
Baru-baru ini, ayahnya ada memuat naik di laman Tiktoknya dengan mengakui bahawa dia hampir ‘meletus’ dan naik tangan setelah Adam bertindak merosakkan bahagian dalaman kereta mereka. Hinggakan, dia terpaksa memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk membiarkan Adam tenang secara perlahan-lahan.
“Kesabaran daddy ada had juga. Kadang2 Adam memang cabar daddy tahap yang daddy takut tak mampu kawal diri, hilang akal, dan pukul Adam teruk. Astaghfirullah Al Azim… ujian Allah hebat. Saya terlalu lemah. Sikit lagi saya dah nak naik tangan. Saya terlalu marah, tapi hanya mampu tengok dan beristighfar. YaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen perkongsiannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi kata-kata semangat buat mereka satu keluarga dan yakin segala kesabaran keluarga ini menjaga Adam akan dibalas dengan kemanisan. Malah, ada juga dalam kalangan tersebut cuba untuk menyumbang kos kerosakan yang dialami.
Sering tular di media sosial kisah rumah tangga suami isteri yang bergolak. Tidak cukup dengan itu, ada dalam kalangan pasangan secara terbuka mendedahkan aib pasangan bagi membuktikan mereka ‘jaguh’ dalam pergolakan itu.
Tanpa kita sedar dalam hubungan suami isteri, antara perkara dilarang adalah mendedahkan aib pasangan masing-masing kepada orang yang tidak berhak mengetahuinya.
Baru-baru ini, pelakon Ashraf Muslim ada berkongsi pesanan agar setiap pasangan tidak perlu membuka aib pasangan sendiri di media sosial sebaliknya segera mencari jalan damai.
“Apa saja cerita mengenai keluarga ni kalau boleh simpan dalam selimut, jangan buka aib… kalau kita sebarkan di media sosial akan rasa kebaikan untuk diri tapi sebenarnya ia memberi ruang untuk nampak keburukkan diri.
“Saya rasa baik fasal keluarga ini simpan-simpan dan selesaikan masalah dengan sendiri, berbincang dengan hati terbuka. Kalau boleh betul, kita betulkan. Pasti ada jalannya.
“Bincanglah dengan baik, daripada gaduh jadi tak gaduh. Allah temukan dengan cara yang baik. Jadi carilah penyelaseaian sebab kita sebagai muslim, ada buat salah. Setiap masalah ada penyelasaiannya,” katanya.
Dalam pada itu, Ashraf antara selebriti yang mengamalkan hidup berpoligami turut menegaskan bahawa perlu adanya ilmu dalam hidup berpoligami.
“Kita yang kena tunjuk perkara-perkara yang baik. Yang tak baik itu kita cepat-cepat betulkan. Islam itu indah. Poligami juga sebenarnya indah.
“Bila kita buat keputusan tersebut, kita kena tahu apa yang perlu ada seperti ilmu, mencari dekat dengan tuhan, lihat kesan yang berlaku, apa yang akan berlaku dan apa yang perlu buat selepas itu. Kena faham.
“Mendamaikan isteri-isteri saya dengan menghormati mereka, berikan kasih sayang, berbuat baik dan jalankan tanggungjawab sebagai suami. Saya yakin benda itu akan berdamai.
“Tiada istilah bernasib baik dalam keluarga kita. Poligami ini bukan mudah. Kita kena faham dan belajar apa yang perlu,” kongsinya.
Untuk rekod, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 september 2011 di Makkah.
Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, 7.
Ashraf kemudiannya berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.
Sumber: mStar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap orang pastinya mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman. Biarpun rumah itu kecil atau tidak mewah, ia tetap menjadi ‘syurga’ buat kita.
Rumah kayu juga merupakan kediaman yang membangkitkan nostalgia. Biarpun sudah berusia rumah kayu tetap punya keunikan tersendiri. Sebagaimana perkongsian ini oleh puan Cik Ning Haniey mengenai kediaman ibunya.
“Jemput makan semua..teratak mak Bonda. Menu kg sentiasa dihati kami.”
Ruang dapur
Pilihan warna tema ungu menjadikan rungan kelihatan menarik padangan mata.
Susun atur yang sistematik
Biarpun rumah kampung, susun atur kelihatan tersusun. Malah tiada kabinet modern ruang tetap kemas.
Memiliki ruang dapur yang luas, memberi kelebihan pada penguni untuk bergerak deg=ngan mudah. Lantai pula hanya di mengunakan pelapik getah biasa tetap menawan.
Dekorasi menarik
Tenang sekali melihat dapur yang kemas sebegini. Pastinya menjamu selera bersama keluarga dengan tenang.
Semoga idea dekorasi ini menjadi inspirasi bagi mereka yang tinggal di kampung. Biarpun rumah kayu jika ditata rias pasti menawan!