Pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat yang cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran kilang Sabtu lalu meninggal dunia pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail, berkata Pegawai Bomba (PB) Mohd Firdaus Sulaiman, 32, meninggal dunia pada jam 4.15 pagi di Hospital Segamat.
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sikamat, Negeri Sembilan. Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan buat seluruh pasukan balai bomba ini dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor amnya.
Allahyarham yang berkhidmat di balai bomba berkenaan sejak 2013, meninggalkan seorang isteri, Nurul Jannah Abd Hamid Khan, 29, dan anak perempuan Aisy Alisha Mohd Firdaus, 3.
Dalam satu perkongsian di laman facebooknya, Nurul Jannah memaklumkan jenazah suaminya selamat dikebumikan.
Seronok dapat hantar awak tanpa air mata sehingga ke liang lahat.. TERLALU RAMAI SAYANGKAN AWAK.. Sepanjang jalan awak dikelilingi kawan yang ramai ❤️💜 Terima kasih jadikan saya BIDADARI AWAK.. Saya redho dengan segalanya.. Hembusan nafas terakhir awak disisi saya 😢
AWAK SYAHID SAYANG ❤️❤️ I’m gonna miss u abang.. Cinta awak pd saya tiada ganti tau 💪💪 Terima kasih ajarkn saya jadi KUAT 🥰
Reda dengan pemergian insan tersayang, Nurul Jannah bagaimana pun bangga menjadi isteri kepada Allahyarham suaminya.
Ads
I’m gonna miss senyuman manis kamu 🥰 Tapi saya bangga jadi isteri kamu ❤️ Tunggu saya disyurga Jannahtulfirdaus 😘
Tidak dinafikan kita semua mempunyai pelbagai masalah dalam hidup. Selagi mata tak tutup, kita akan menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup.
Namun, sejauh mana kita dapat mengawal sebarang masalah itulah menjadi persoalannya. Ada antara kita mempunyai masalah di tempat kerja atau masalah dengan kawan-kawan atau masalah peribadi. Semua masalah itu, jika kita ‘longgok’ dan membawanya pulang ke rumah tentu buruk impaknya buat keluarga.
Sebagaimana peringatan doktor ini yang menasihati agar kita mampu mengawal emosi dan tidak membawanya ke rumah. Tinggalkan segala ‘sampah’ itu di luar rumah. Dengan ini, hubungan dengan pasangan dan anak-anak akan lebih baik. Benar, semua orang ada masalah tetapi kita yang mengawalnya. Jadikan rumah itu, syurga untuk kita hidup bahagia. Lupakan ‘sampah-sampah’ itu di luar. Jangan biarkan ‘longgokkan’,itu menganggu hidup kita. Buang aje ‘sampah’ emosi itu. Moga kita dapat membina sebuah keluarga sakinah mawaddah
Pagi semalam kawan saya datang dengan muka muram. Sambil dia jalan pegang dahi, saya tanya dia.
“Kenapa ni bro?”
“Aku telefon makmal nak dapatkan keputusan darah pesakit. Aku baru cakap 1 ayat, dia dah marah aku. Aku tanya baik-baik, boleh pula dia jerit-jerit.”
Entah kenapa, saya terus teringat buku tulisan David J Pollay. Saya pegang bahu dia.
“Kau pernah dengar yang manusia ni ada yang macam lori sampah?”
Kawan saya gelak je, tak faham agaknya apa kaitan dengan lori sampah. Saya kata macam ni.
Ada manusia yang kita jumpa, mereka ni sama macam lori sampah. Setiap hari kerja dia ialah kutip sampah dari celik mata sampailah sebelum dia tidur.
Sampai satu masa, akan penuhlah lori sampah tu. Bila lori penuh, dia dah tak dapat nak kutip sampah baru. Sebab tu dia kena cari tempat untuk buang semua sampah tu tadi.
Lepas dia buang semua sampah tu, barulah dia rasa lega dan akan mula kutip lagi sampah-sampah yang baru. Kitaran ni akan berterusan sampai bertahun-tahun lamanya.
“Hari ni kau dah jadi tempat orang tu longgokkan semua sampah dia,” terkejut kawan saya.
“Yang penting kau jangan ambil hati, senyum dan lindungi diri supaya sampah tadi tu tak masuk dalam diri kita,” kawan saya mengangguk.
Kawal diri
Bayangkan kalau kita biarkan semua sampah tu masuk ke dalam diri kita, kita pun akan jadi tong sampah. Sama macam orang tu.
Jujurnya, saya sendiri pernah jadi lori sampah. Keluar pergi kerja, kutip semua sampah dan bawa balik ke rumah. Paling menyesal, saya longgokkan sampah tu pada anak-anak.
Balik rumah, patutnya sayang anak tapi anak jadi tempat saya luahkan rasa marah, rasa yang serabut, rasa kecewa. Lama-lama anak pun jadi tantrum dan tak nak dengar cakap. Hari-hari anak bergaduh sesama mereka dan saya fikir mereka yang teruk. Padahal saya yang bawa sampah balik ke rumah.
Satu hari saya cakap pada diri sendiri, saya dah tak nak jadi lori sampah dan tak nak longgokkan sampah pada keluarga saya lagi.
Saya cakap pada kawan saya, perasaan kita ialah kepunyaan kita. Kita yang kawal sepenuhnya.
Abaikan perkara negatif yang kita tak boleh kawal. Sebanyak mana pun lori datang dan nak longgokkan sampah, kita tetap saja kuat.
Terus fokus pada perkara yang lebih penting iaitu menjaga hati kita dari terima sampah orang lain.
Moga kita muhasabah diri untuk memberi kebahagiaan buat keluarga.
Patutlah Pokok Mulberi Makin Lebat Berbuah, Guna Petua Ni Je Terus Subur
Pokok Mulberi atau Mulberry sebutan Inggerisnya yang nama botaninya Morus rubra merupakan tanaman khas makanan ulat sutera.
Tanaman ini diperkenalkan ke negara ini ketika industri sutera diperkenalkan di negeri Terengganu sekitar tahun 1984.
Tanaman dengan daun penghasil klorifil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutera, jika tidak makan daun ini ulat sutera tidak menghasilkan sutera yang baik. Oleh kerana itu, banyak petani yang membudidayakan tanaman ini.
Mulberi adalah jenis tanaman yang tumbuh di bawah sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh di kawasan pada ketinggian lebih dari 100 meter dari permukaan laut.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Mulberi memiliki sebutan nama yang berbeza, di negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenali sebagai Murvei atau arbei, manakala di Cina dikenali dengan nama Sangye. Selain dari tanaman untuk makanan ulat sutera suatu ketika dahulu, tiada siapa yang peduli untuk menanam tanaman ini.
Hanya sejak kebelakangan ini sahaja ramai dikalangan pengemar buah mulberi yang menanamnya untuk tanaman hiasan dirumah atau menanamnya secara kecil-kecilan untuk buahnya sebagai ramuan campuran dalam pembuatan kuih muih, kek dan juga jus atau jem.
Menurut ahli kimia, daun mulberi mengandungi beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamba hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin A,B1,C dan karotein dan asam amino, clorogenik, fumarate, folat dan asam formyltetrahydrofolik, mioiositol dan phytoestrogen.
Daun mulberi adalah ideal untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit kencing manis (diabetes) serta mampu mengawal serta mengurangkan kolestrol dalam pembuluh darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Selain dari itu, ianya juga dikatakan dapat membantu menggelakkan serangan sakit jantung dan kehilangan berat badan.
Buah mulberi yang dijadikan jus mampu melambatkan proses penuan dan meremajakan tubuh badan dan mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi.
Bagi wanita yang mengalami simptom seperti anemia, kepucatan, rasa mual terutamanya selepas bersalin, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom tersebut. Ianya juga boleh membantu perjalanan haid yang tidak teratur dan juga dapat mengurangi kesakitan ketika kedatangan haid.
Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah dikeringkan dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus untuk diminum bagi tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema.
Setiap orang pastikan mengimpikan untuk kekal bersama pasangan hidup hingga hujung nyawa. Sama juga buat pasangan penyanyi dan penyampai radio, Mawi dan isteri, Nora’ Asikin Rahmat.
Meniti usia perkahwinan ke 15 tahun, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi tips keharmonian dalam rumah tangganya bersama isteri tercinta.
Memetik laporan gempak, menurut Mawi, suami dan isteri tidak boleh mementingkan diri sendiri malah perlu bekerjasama dalam segala aspek agar rumah tangga sentiasa bahagia.
“Alhamdulillah, saya dan isteri sudah berumah tangga selama 15 tahun. Banyak saya belajar, bila berumah tangga, kita tidak boleh mementingkan diri.
“Suami dan isteri perlu bekerjasama dan tak boleh nak lepaskan diri saja. Bila dah hidup bersama, waktu inilah kita nak kenal baik dan buruk pasangan kita.
“Kita perlu belajar menerima kelemahan pasangan kita. Paling penting, kita juga perlu gembirakan pasangan sebab ini membantu dalam menceriakan hari-hari kita bersamanya,” katanya.
Untuk info, Mawi mendirikan rumah tangga dengan Nora’ Asikin atau Ekin pada 20 Disember 2008 dan mereka ikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 11 tahun.
Sumber : Gempak, Instagram cahawaasmawi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.