Baru-baru ini, pelakon Fendy Bakry meluahkan rasa sebak apabila kucing kesayangannya iaitu Missy dipercayai mati akibat paru-paru berdarah.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Fendy, dia dan isterinya, Ayu Afnizar tidak dapat menahan air mata sambil mengusap dan mencium Missy buat kali terakhir.
Menurut, pelakon drama Mr. Grey itu dia kini sudah memahami perasaan ‘cat lover’ ketika kehilangan kucing peliharaan mereka memandangkan sekarang dia sudah mengalaminya.
“Begini rasanya cat lover sedih bila kehilangan. Bila mana orang post pasal kucing aku mesti akan cakap kucing je pun jangan lah layankan sangat pasal benda-benda ni semua tapi itu dulu, cerita sepuluh tahun lepas.
“Tapi sekarang membela bukan setakat seekor tapi dah tiga belas ekor. Semuanya bermula dengan seekor kucing yang aku bagi nama Missy.
Ads
“Aku tatang dari kecik, dari mula ambik dekat @kieracatkingdom_ dan akan sentiasa dapatkan rawatan dengan @nadiaveterinaryclinic,” tulisnya.
Malah, Fendy turut mengatakan bahawa kucing peliharaannya itu miliki perangai dan kelakuan yang baik serta dia turut berterima kasih kepada Missy kerana sudah hadir dan berkongsi kebahagiaan dan kasih sayang bersamanya.
“Tapi semalam Missy dan pergi tinggalkan aku dan isteri disebabkan lung berdarah. Anak yang baik, behave dan sentiasa menjadi pendengar yang baik biarpun kita tak tahu apa dia fikir or faham.
“Terima kasih buat yang sentiasa mengikuti pembesaran Missy dan terima kasih jugak pencinta kucing yang sentiasa mendoakan kesihatan dia.
“Missy, terima kasih nak, hadir dalam hidup daddy dan mummy, kongsi kebahagiaan dan kasih sayang bersama. Tenang lah nak disana, Missy dah tak sakit lagi dah.
Ads
“We love you! Daddy simpan sini supaya tak hilang ok,” tulisnya lagi.
Kalau ditanya apakah hidangan waktu petang yang paling sedap untuk dinikmati bersama keluarga, pastinya ramai yang memilih apam balik rangup. Di kombinasi pula dengan teh o panas, pasti terasa nikmat menikmatinya.
Namun tak ramai peniaga yang mampu membuat apam balik dengan rangup. Ada yang hanya rangup ketika panas sahaja sudahnya lembik bila ianya sejuk.
Bagi seorang peniaga, Muhammad Puzee Mat Ajid yang telah berniaga kuih tradisional ini sejak 25 tahun yang lalu, apam balik buatannya digemari kerana ianya sedap dan rangup walaupun telah sejuk.
Dan yang paling menarik, walaupun sudah lama berniaga, Puzee masih mengekalkan harga bagi setiap apam balik ini iaitu 50 sen.
Puzee berkata pulangan yang diraih mungkin tidak seberapa tetapi apa yang lebih penting kepadanya adalah dia dapat menderma sambil berniaga.
“Niat utama saya untuk membantu mereka yang kurang bermampuan dalam keadaan ekonomi mendesak hari ini.
“Rezeki ni Allah dah tetapkan, jadi tak perlu risau yang kita akan jatuh miskin kalau kita bersedekah,” ujar Puzee yang berniaga di Pantai Remis, Perak.
Peniaga berusia 63 tahun itu berkata walaupun dia bermurah hati dalam memberi, kewangannya dirasakan sentiasa mencukupi dan berkat daripada itu dia mampu membesarkan enam anaknya.
Perniagaan apam balik itu diambil alih daripada abangnya dan Puzee menyediakan apam balik itu setiap hari.
Anak watan Kampung Sungai Batu, Perak itu berkata proses penyediaan melibatkan pengulian 10 kilogram (kg) tepung dengan campuran beberapa bahan lain untuk menghasilkan kira-kira 1,000 keping apam balik.
“Pada awalnya, saya meletakkan harga tiga keping apam balik RM1, kemudian menjadi lima keping RM2 dan terakhir sekeping 50 sen agar pelanggan mampu beli.
“Saya cuma mahu membantu pelanggan yang sempit kewangan, untung belakang cerita kerana saya percaya pada kekuatan rezeki dan sudah ada bahagian yang tersedia untuk saya,” katanya.
Puzee membuka gerainya setiap hari kecuali Jumaat, dari pukul 9 pagi hingga 3 petang.
Sementara itu, seorang pelanggan tetap bernama Meredayu Naim berkata kerangupan tekstur apam balik itu adalah apa yang menjadikannya ia unik.
“Jika balik ke Pantai Remis saya pasti singgah ke gerai Pakcik Puzee sebab anak saya amat gemarkan apam balik beliau, rasa sedapnya lain dari yang lain, masih rangup walaupun sudah sejuk,” ujarnya.
Manakala bagi Maisarah Zainul Abidin, 33, dia memuji usaha yang dilakukan Puzee untuk mengekalkan harga apam balik 50 sen sekeping dan wajar menjadi contoh kepada peniaga lain.
“Harganya memang murah sebab rata-rata yang saya tengok peniaga jual pada harga RM1 atau 70 sen sekeping. Saya rasa memang berbaloi kalau beli banyak.
“Selain dari harganya yang murah, saya juga memilih untuk membeli apam balik dari Puzee kerana dia sangat peramah dan pandai menjaga hati pelanggan,” katanya.
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkolaborasi dengan rakan Sinergi Media Malaysia untuk menjayakan Misi #QuranHour melalui tiga program utama, iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention, di Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia, di platform Zoom, pada 15 April 2022.
Sesi taklimat tersebut disertai oleh wakil media seperti TV AlHijrah, Astro, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima, Harakah Daily, dan Denaihati.com.
World #QuranHour kali ke 7 dengan tajuk “Dunia Bersujud” akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah, pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022. Manakala, Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Disember 2022.
Tiga program utama tersebut dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini. Surah tersebut menjadi formula daripada Ilahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH, dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.
TV AlHijrah sebagai penyiar utama mengalu-alukan semua rakan media untuk mengambil “live feed” World #QuranHour pada hari tersebut. Diharapkan stesen TV lain seperti Astro, RTM, Media Prima dan Bernama TV turut sama menyiarkan program ini serentak pada 26 April 2022, Selasa, pukul 12 hingga 1 tengah hari.
Sesi taklimat tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali. Manakala sesi tadabbur disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.
Pengasas WUIF dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif, WUIF, Marhaini Yusoff berkongsi maklumat mengenai penganjuran World #QuranHour 1443H/2022.
Sementara itu, TV Al-Hijrah yang diwakili oleh Pengurus Besar, Jabatan Kejuruteraan & Sokongan Penyiaran, Suffian Yahya dan Pengurus Penerbitan, Mohd Ashrudy Borhan memberi taklimat teknikal kepada rakan Sinergi Media.
Pada 2021, World #QuranHour yang diadakan secara hibrid mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar di dalam negara dan 42 lokasi luar negara.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1443H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di https://bit.ly/REGWQH2022.
MENGENAI YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS DAN MISI QURANIC VALLEY
Sejak tahun 2013 hingga kini, gerakan Baca, Faham dan Amal Al-Quran telah digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) melalui pelbagai inisiatif.
Ini termasuk kempen penubuhan lebih 3000 Rumah Ngaji (#QuranCorner, Troli Ibadah) di seluruh Malaysia, penganjuran Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour melibatkan 76 buah negara dan mencapai 1.46 bilion capaian di seluruh dunia.
Terkini penghasilan program TV dan Digital berlandaskan Al-Quran seperti My #QuranTime yang telah dimanfaatkan oleh 10 juta penonton dan pelayar internet serta sumbangan lebih 150 ribu naskhah wakaf Al-Quran kepada para petugas barisan hadapan dalam wabak yang melanda.
Tabung Gerakan Al-Quran ini adalah bagi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah untuk membangunkan Lembah A-Quran (Quranic Valley) Menuju 1500 H.
Manjaku Holdings Sdn. Bhd. dan rakan Kerjasama, Enfagrow A+ Mindpro dengan bangganya mengadakan Majlis Hi-Tea bersama Fazura di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Majlis eksklusif ini diadakan untuk menghargai kerjasama erat antara Manjaku Baby Mall dan Enfagrow A+ Mindpro, serta untuk meraikan pemenang PeraduanFoto Mama, Papa, Anak Seiras.
Majlis Hi-Tea Bersama Fazura dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Manjaku Holdings Sdn. Bhd, Mr Daniel Looi untuk mengalu-alukan kehadiran ibu Enfagrow A+ Malaysia dan selebriti terkenal, Nur Fazura, serta rakan kerjasama dan rakan-rakan media yang turut hadir.
“Saya ingin merakamkan penghargaan buat rakan kerjasama kami, Enfagrow A+ Mindpro kerana sudi bersama-sama Manjaku pada petang ini dalam majlis Hi-Tea Bersama Fazura yang saya anggap suatu majlis untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami dan pelanggan,” kata Mr. Daniel Looi.
Mr. Daniel Looi turut berterima kasih kepada rakan media serta para pemenang Peraduan Foto Mama, Papa, Anak Seiras kerana sudi hadir ke Majlis Hi-Tea bersama Fazura bersama pada hari minggu. Kehadiran mereka dianggap sangat bermakna dan memberi semangat kepada kedua-dua pihak untuk terus bekerjasama.
Manjaku Baby Mall, pusat membeli-belah terbesar di Malaysia bagi barangan ibu dan anak, telah berada dalam pasaran selama 30 tahun. Bulan Jun lalu, Manjaku telah meraikan ulang tahun ke-30 mereka. Sepanjang tempoh ini, Manjaku telah menjalinkan kerjasama erat bersama Enfagrow A+ Malaysia sekaligus menjadikan produk Enfagrow A+ antara ‘Top of Mind Milk Powder Category’.
“Pelbagai acara dan aktiviti telah dilakukan bersama Enfagrow A+ dan yang paling istimewa bagi saya adalah Majlis Hi-Tea bersama Fazura yang diadakan hari ini bersempena dengan kempen ‘Celebration of Parenthood’,” tambah Mr. Daniel Looi.
Majlis Hi-Tea bersama Fazura ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pemenang PeraduanFoto Mama, Papa, Anak Seiras bertemu dengan selebriti kesayangan mereka, Fazura, secara eksklusif. Selain itu, majlis ini juga memberi pendedahan serta pengalaman berharga buat ibu bapa baru menerusi perkongsian perjalanan keibubapaan daripada selebriti terkenal tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...