Pelakon Puteri Aishah mendedahkan dia terpaksa melahirkan cahaya mata sulungnya, Muhamad Faliq secara pembedahan disebabkan apendiksnya pecah.
Menerusi video temu bual di TikTok, Puteri Aishah berkata, dia berdepan detik cemas itu pada Ramadan lalu sebelum mengambil keputusan untuk melahirkan secara pembedahan czer.
“Ramai yang tak tahu sebenarnya saya terpaksa bersalin secara czer (pembedahan) sebab apendiks saya pecah.
“Apendiks itu pecah di bawah, sewaktu bulan puasa kemudian alang-alang saya terus bersalin,” kongsinya.
Ads
Empat bulan bergelar ibu kepada Muhamad Faliq, akui Puteri Aishah dia kini mahu memberikan sepenuh perhatian kepada bayinya.
“Buat masa ini saya masih tidak mahu terima sebarang tawaran berlakon, sebab baru empat bulan anak saya.
Ads
“Saya masih mahu jaganya sehingga dia pandai berjalan. Lagi pun dia tak nak dengan orang lain.
“Andai dia sudah besar sikit, dah pandai jalan dah kenal orang, saya akan kembali berlakon,” tambahnya lagi.
Ads
Terdahulu, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati, Firdaus pada November 2021. Pasangan ini menyambut kelahiran bayi pertama mereka pada 4 April lalu.
Tak boleh bayangkan, orang pertama yang muncul dalam hidup kita, melahirkan dan membesarkan kita sekelip mata boleh halau dan mengharamkan susunya kepada kita.
Itulah yang dirasai oleh seorang penghuni rumah gelandangan milik Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen (KMM), Taiping menyatakan dia tetap sayang ibu kandungnya biarpun sudah setahun lebih dihalau keluar dari rumahnya.
Memetik laporan Harian Metro, pemuda yang dikenali sebagai Mohamad (bukan nama sebenar) itu mengakui dia rindu akan keluarganya dan mempunyai keinginan untuk kembali bersama mereka.
“Anak mana yang tak sayangkan ibunya. Biarpun dihalau dan juga diharamkan susu yang diberi, saya tetap sayang dan tak pernah membencinya.
“Setiap kali puasa atau raya mesti teringatkan mak dan teringin nak bersama mereka, namun mak dan ayah tiri bersikap seperti orang asing pada saya. Tak tahu di mana salah saya kerana dari kecil lagi saya dihantar ke sekolah tahfiz sehinggalah umur 12 tahun.
“Selepas ayah meninggal dunia dan apabila mak berkahwin pula dengan bapa tiri beberapa tahun lalu, saya sentiasa menerima layanan buruk sehinggalah dihalau keluar dari rumah pada awal Januari tahun lalu.” katanya.
Tambah Mohamad lagi, 14 Januari 2022 merupakan tanggal yang akan sentiasa dikenangnya kerana pada tarikh tersebutlah dia dibawa ke rumah gelandangan tersebut oleh penduduk kampung.
“Sudah ibarat syurga buat saya, namun tetap terasa kekurangan iaitu kasih sayang ibu sendiri.
“Apakan daya, mereka dah ‘buang’ saya dan walau apapun kesalahan mereka, saya tetap maafkan dengan seikhlasnya,” tambahnya yang kini berkerja di sebuah hotel di bandar ini.
Menurutnya, tahun ini akan menjadi tahun ketiganya menyambut Syawal di rumah gelandangan tersebut.
Difahamkan, Mohamad mempunyai dua adik perempuan berusia 13 dan 17 tahun yang kini tinggal bersama ibunya yang berumur lewat 30-an dan bapa tiri, 50-an.
Sesi persekolahan bakal beroperasi semula selepas Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah diedarkan bermula esok (Khamis). Memetik laporan Bernama, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pihak KPM belum menetapkan tarikh pembukaan namun menjelaskan garis panduan terbabit sebagai persediaan awal pihak sekolah sebelum memulakan operasi persekolahan.
Jelasnya, pembukaan semula sekolah hanya akan melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja dengan hampir 3,000 sekolah menengah.
Ujarnya, garis panduan berkenaan dihasilkan secara terperinci dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sehubungan itu, katanya ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan berharap ibu bapa memainkan peranan mendisiplinkan anak mereka supaya membiasakan diri dengan penjarakkan sosial. “Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya harus dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan bila sahaja kita umumkan pembukaan, maka setiap sekolah telah bersedia.
“Kementerian sentiasa berbincang dengan pihak sekolah iaitu ruang yang boleh ditambah baik dalam garis panduan itu akan kita lakukan.
“Apa yang penting semua pihak mainkan peranan iaitu pengurusan sekolah, guru termasuk ibu bapa. Misalnya, jika anak bergejala, tidak perlu hantar ke sekolah,” katanya seperti dipetik dari Bernama.
Tambahnya, pematuhan Garis Panduan tersebut akan dipantau oleh jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah. “Saya juga akan singgah di sekolah-sekolah untuk melihat pelaksanaan garis panduan yang telah diadakan dan kita yakin pihak pengurusan sekolah dan juga guru akan bantu kementerian agar garis panduan ini akan dipatuhi.
“Apabila Kementerian Kesihatan dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka, maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka. Kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah,” katanya ketika ditanya tarikh pembukaan sesi persekolahan.
Sementara itu, menerusi facebooknya, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memuat naik beberapa keping gambar sempena lawatan kerja bersama Menteri Pendidikan di sebuah sekolah. Pada petang semalam, saya telah berpeluang untuk turut serta lawatan kerja YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan ke SMK Engku Husain, Semenyih, Selangor bagi tujuan persediaan pembukaan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Turut hadir sama adalah pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan wakil Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. Kami telah diberi taklimat oleh Pengetua sekolah mengenai simulasi pengoperasian pengurusan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang akan diamalkan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan.
Garis panduan yang disediakan pihak KPM adalah hasil kerjasama dengan MKN dan KKM serta membabitkan prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain Seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka berdasarkan nasihat daripada KKM dan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia.
Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM. KKM amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh barisan tenaga pengajar dan pengurusan sekolah dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan.
Terima kasih kepada semua guru di atas dedikasi dan pengorbanan anda dalam mendidik anak-anak kita semua yang merupakan aset berharga negara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki anak istimewa adalah satu anugerah buat ibu bapa. Mungkin ramai yang yang sudah sedia maklum, pengasas produk D’Herbs Dato’ Seri Aliff Syukri merupakan penghidap disleksia.
Disleksia bukanlah satu penyakit, tetapi ia merupakan sejenis gangguan yang membuatkan seseorang itu tidak mahir membaca, mengira, menulis dan mengeja.
Jika sebelum ini, Qadejah mewarisi masalah tersebut, terbaru, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau mesra disapa sebagai Baem turut disahkan mengalami masalah yang sama.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi perkongsian di laman instagramnya usai membawa Baem bertemu pakar bagi mengesahkan perkara tersebut.
“Sebenarnya saya bawa Baem pergi buat ujian Disleksia, lepas buat ujian, dia disahkan mempunyai Disleksia sama macam Qadejah, bulan depan masuk sekolah baru lah Baem ya,” kongsinya menerusi Instagram.
Meskipun begitu, Shahida tidak panik dan menerangkan situasi sebenar yang dialami oleh kanak-kanak Disleksia.
“Disleksia ini bukan kecacatan ya, ia cuma ada masalah pembelajaran, caranya tak sama macam kanak-kanak biasa.
“Mereka perlu ada cara khas untuk belajar, jadi, ibu bapa jangan susah hati okay,” tulisnya lagi.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.