Tip elak ketupat nasi cepat berair dan basi, barulah tak risau bila masak banyak. Ketupat nasi menjadi menu istimewa yang dinanti-nantikan untuk dinikmati di pagi raya. Ketupat nasi biasanya dihidangkan bersama pelbagai jenis lauk-pauk seperti rendang, serunding, dan kuah kacang.
Tip Elak Ketupat Nasi Cepat Berair & Basi
Selalunya ketupat nasi dimasak dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu tetamu. Ketupat boleh tahan lama tetapi kalau tidak kena caranya ia akan cepat rosak dan berlakulah pembaziran.
Mari kita cuba cara yang betul untuk dapat ketupat tahan lama dan tidak cepat basi.
Untuk mendapat ketupat yang sedap dan tahan lama, pastikan pilih beras yang berkualiti atau dalam keadaan baik (bukan beras lama dan hapak). Beras harus dicuci bersih supaya dapat hasil ketupat yang bertekstur lembut. Selepas dicuci bersih rendamkan beras selama 30 minit.
2. DAUN KELAPA YANG MUDA & SEGAR
Pilih daun ketupat yang masih segar dan bersih. Ia mesti dianyam kemas dan rapi agar isi ketupat tidak terkeluar dan comot. Jika ketupat yang dianyam tidak rapat, ia mudah terdedah dengan bakteria yang menyebabkan ia cepat basi.
3. KANDUNGAN BERAS
Isi ketupat dengan beras yang sudah dicuci bersih. Untuk mendapat ketupat yang lembut, isi beras dengan kadar 1/3 atau 2/3. Jika beras diisi terlalu banyak, ketupat akan keras dan tidak masak. Begitu juga sebaliknya beras yang sedikit akan membuat ketupat lembik dan mudah basi.
4. REBUS 4-5 JAM
Sebenarnya masa yang diperlukan untuk merebus ketupat hingga masak adalah diantara 4-5 jam. Ketupat harus masak sempurna untuk mengurangkan risiko untuk basi. Jika ketupat masak sempurna, ketupat tidak akan lembik dan berair. Ketika merebus, harus pastikan seluruh ketupat terendam dalam air.
Ads
5. TOS DAN GANTUNG
Kredit foto: Sekin Orkid via MAHN
Selesai direbus celupkan ketupat dengan air mendidih yang lain dan siram ketupat dengan air biasa yang sudah dimasak. Kemudia ketuapat di tos supaya air rebusan yang berlebihan akan keluar. Selepas itu ketupat akan digantung di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Ia di gantung untuk mempercepatkan proses pengeluaran air berlebihan kerana kandungan air akan mempercepatkan proses basi berlaku.
6. SIMPAN SEJUK BEKU
Kredit foto: Nama Saya Siti Aisyah via MAHN
Jika ada ketupat lebih boleh simpan di dalam peti sejuk. Sebelum itu ketupat harus dibungkus kemas di dalam plastik, ini mengelakkan daun ketupat tidak kering. Jika hendak dimakan bolehlah dikeluarkan tetapi jangan direbus semula. Hanya ambil pengukus dan kukus semula dalam 10 ke 15 minit. Selain ketupat, lemang dan ketupat palas juga boleh dibekukan.
Sekarang tidak perlu lagi risau ketupat akan basi terutama bila masak dalam jumlah yang banyak. Pembaziran pun boleh dikurangkan.
Basque Burnt Cheesecake ataupun kek keju hangus, adalah antara pemanis mulut atau dessert yang trending kini. Ibu-ibu yang nak cuba sendiri resipi ini, tak perlu risau. Sangat mudah untuk disediakan di rumah kerana anda hanya menggunakan airfryer je. Masa yang diambil pun tak lama.
Resipi ini adalah hasil perkongsian saudara Rizal KingRiz. Selamat mencuba!
Penangan AF memang power
Cheese cake hari tu abang bagi MIL rasa. Mak mertua abang ni dah 30 tahun lebih buat segala macam jenis kuih muih untuk tempahan. Risau juga abang 😅
Semalam MIL datang cakap sedap sangat cheese cake hari tu!
Apalagi abang pun dengan pantas terus ke kedai beli lagi bahan 🤣🤣🤣
Abang buat dua biji terus 💪
Ok bila buat dua biji berturutan abang dapat keputusan macam ni:
Kalau blend sambil campur satu demi satu bahan akan beri tekstur kek yang lebih cantik. 2. Loyang non-stick membakar dengan lebih cantik berbanding loyang di alas baking paper. 3. AF yang dah preheat perlu menggunakan suhu yang lebih rendah. 4. Walau macam mana burnt sekalipun kulitnya, isi di dalam kek tetap sedap.
Kesimpulannya walau apa jenis AF pun korang guna, korang tetap boleh buat cheese cake yang sedap ni 😊
Nah abang bagi resepi lagi sekali.
Burnt cheesecake
Cream cheese 250g B. Gula halus 1/2 cawan C. Telur 3biji D. Tepung gandum 2 sudu besar E. Whiping cream 125ml
Blend campuran satu persatu sehingga semua bahan lembut dan sebati.
Sapu butter di dalam loyang untuk elak kek melekat.
Masukkan adunan ke dalam loyang 6”
AF dengan suhu 180° selama 25 minit.
Dah siap masak, biarkan kek sejuk secara semulajadi.
Kemudian simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kek yang dah sejuk mudah dipotong dan lebih sedap bila dimakan.
Pesan abang: Bukan brand AF yang penting tapi kerajinan yang menentukan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukanlah tidak berjaya menghasilkan Nasi Ayam yang enak tetapi mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja untuk mencuba. Lebih-lebih lagi anak-anak suka makan Nasi Ayam yang mudah dan berkhasiat.
Sempena bulan Syawal ini, anda pastinya menerima kunjungan tetamu setiap minggu. Tidak salah jika anda mengeluarkan semula resipi hebat ini, khusus untuk tetamu istimewa anda. Anak-anak dan seisi keluarga juga boleh sekali tumpang merasa.
Tahun lalu, perkongsian Puan Rafiza Idayu di facebooknya mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Dia yang menggunakan resipi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham, berkongsi langkah demi langkah kepada semua. Berikut merupakan petua dan rahsia yang diberikan olehnya.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
Beras2 ulas bawang putih1 inci halia
Kiub pati ayam
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Asingkan isi ayam dan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam. (Lebih mujarab, gunakan lemak di bahagian bontot ayam.
Panaskan lemak ini dalam periuk nasi hingga keluar minyaknya. Asingkan lemak ayam untuk proses seterusnya.
Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
Masukkan beras, biarkan masak sebentar dan kemudian masukkan air rebusan ayam.
Biarkan nasi hingga masak.
RESEPI PERAPAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
Sedikit lada sulah
RESIPI SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
6 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan jus limau nipis
Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Rahsia Mendapatkan Ayam ‘Juicy’
Masak air hingga mendidih.
Apabila mendidih, barulah dimasukkan ayam.
Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit.
Guna api yang besar.
* Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup ayam dan masak nasi. Tujuan kita menggunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada mangga muda di rumah tapi tak tahu nak buat apa. Bosan asyik cicah dengan colek sahaja kan. Pernah rasa resipi chicken mango? Mungkin ibu-ibu boleh gunakan mangga muda yang ada untuk dibuat resipi ini.
Memang sedap dan puas hati kalau buat buat sendiri. Cukup rasa manis, masin dan masam malah rangup bila dikunyah. Ratah macam tu je pun dah sedap.
Kalau nak tahu rasanya kenalah cuba sendiri. nah, admin kongsikan resipi dari Iza Fariza Mohamed.
Mlm ni kita mkn chicken mango…diet kita tolok tepi..esok baru kita diet balik..hehe
Resepi sos chicken mango
3 senduk cili sos thai yg siam punya
3 senduk gula
1 senduk air
3 biji limau nipis besar(ambil jusnya)
7 titik kicap manis utk bg warna sos cantik
*2 ulas bwg putih
*6 biji cili api
Bahan bertanda ‘ * ‘ diblend . Semua bahan diatas dicampur dan dimasak hingga gula hancur siap.
Ayam ambil bahagian dada ptg bg nipis kemudian gaul ke dlm tepung bistari original… Kemudian grg hingga masak siap
Asesori penyedap mata…hehe
Daun ketumbar
Cili api
Bawang merah
Bahan utamanya semesti mango takde mango tak jd la chicken mango…:-) 🙂 🙂
Ok…by resepi ni hasil saya bljar kelas pjj online Semoga resepi ni bermanfaat utk sape2 yg nk mencuba utk yg nk buat mkn ke,bisnes ke,apa2 je lah…doakan semoga rezeki saya sentiasa dimurahkan
SELAMAT MENCUBA…..
Sumber: hawa qalisha ikin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di