Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Sumayyah yang dikhabarkan dijangkiti virus Covid-19.
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), ibu kepada dua cahaya mata ini memaklumkan bahawa dirinya tidak dapat bersama menjaga Sumayyah akibat daripada kesibukan bekerja.
Namun begitu, Puteri Sarah bersyukur dengan kehadiran ibunya yang membantu dalam menjaga Sumayyah.
“Ni kali kedua Sumayyah kena. Harini dah hari ke-6 kuarantin.
Ads
“Sedih sangat kalini tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab Sarah busy shooting. Alhamdulillah mama Sarah tolong jagakan.
“Tapi setiap kali video call mesti adik (Sumayyah) menangis nak mama. Allah je tahu luluh hati ini berjauhan dengan anak.” tulisnya di laman Instagram.
Dalam pada itu, aktres berusia 38 tahun itu memohon doa dari orang ramai agar diberikan kesembuhan segera buat anaknya, Sumayyah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan buat Sumayyah agar dapat segera bertemu dengan ibunya. Selain itu, kecantikan Sumayyah juga mencuri tumpuan yang saling tidak tumpah seperti ibu tercinta.
Semalam tular seorang kanak-kanak diselamatkan bomba setelah menjerit meminta tolong yang terperangkap pada belebas tingkap di sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini, ketika cuba melarikan diri daripada terus menjadi mangsa dera.
Terkini, sebagaimana dilaporkan Harian Metro, polis telah menahan pasangan suami isteri warga tempatan dipercayai terbabit dalam kes penderaan dua kanak-kanak di sebuah kondominium di Taman Cahaya, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, individu yang ditahan adalah ibu saudara dan suaminya yang berusia 33 dan 29 tahun.
“Terdahulu polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.40 petang berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai cuba untuk terjun daripada tingkat empat kondominium berkenaan.
“Berdasarkan siasatan kejadian berkenaan kemudian membawa kepada penangkapan pasangan suami isteri berkenaan pada jam 6 petang.
“Suspek wanita adalah adik kepada ibu kandung mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, suspek wanita tidak bekerja manakala suspek lelaki bekerja sebagai pemandu e-hailing dan semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.
“Tangkapan yang dijalankan turut membawa kepada penemuan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai adik mangsa.
“Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ini turut mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan dan belakang badan juga dipercayai akibat penderaan,” katanya.
Katanya, kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah dimaklumkan untuk tindakan penjagaan mangsa.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tinggal dengan suspek sejak dua tahun lalu selepas bapa kandung mereka meninggal dunia.
“Kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Terdahulu, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terperangkap di belebas tingkap dalam usaha untuk melarikan diri selepas dikurung di sebuah kondominium.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas menerima laporan dari orang awam pada jam 4.41 petang.
Menurutnya, kanak-kanak terbabit dipercayai dikurung dalam sebuah bilik unit kondominium terbabit sebelum dipercayai cuba melarikan diri dengan keluar daripada tingkap bilik berkenaan sebelum terperangkap di belebas tingkap berkenan.
Kuali atau periuk kesayangan bocor pasti membuatkan ibu-ibu berasa ralat. Apa lagi jika itulah yang selalu digunakan untuk memasak. Walaupun ada yang lain, namun tidak sama dengan satu ini.
Jika sayang sangat dan bocornya sedikit sahaja, jangan terus buang, jom cuba beberapa cara ini untuk menampal kembali tempat berkenaan.
Kapur sirih atau kapur masak ini biasanya orang gunakan untuk merangupkan gorengan, menjadikan masakan lebih kental dan tahan lebih lama. Rupanya ada kegunaan lain yang ramai tak tahu – iaitu menampal periuk bocor.
Mula-mula, bersihkan dulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.
Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.
Petua seterusnya adalah dengan menggunakan asam jawa. Caranya lebih kurang sama saja macam guna kapur makan tadi.
Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk macam biasa.
Satu lagi cara yang menarik untuk tampal periuk bocor ini dikongsikan oleh Puan Normah Bahari. Senang betul, cuma guna kulit pisang!
Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian, panaskan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor. (Seeloknya buat di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.
Mengikut pengalamannya, walaupun dah basuh berkali-kali, periuk dah tak bocor lagi. Mungkin getah pada kulit pisang itu yang menahan kebocoran dengan begitu berkesan. Cubalah!
Akhir sekali, cara yang paling biasa orang buat untuk tampal periuk yang bocor adalah dengan menggunakan kertas aluminium. Rupa kertas ini sikit-sikit macam aluminium foil dan biasanya dah siap berpelekat. Tinggal tampalkan saja di bahagian periuk yang bocor tadi.
Boleh cari di kedai hardware. Kadang-kadang di pasar malam pun ada. Harganya pun murah, mungkin sekitar RM2 saja sekaki.
SELAMAT, TAK PAYAH BELI BARU!
Memang jimat kalau praktikkan tips ini. Tapi, ia praktikal untuk lubang yang kecil saja ya.
Kalau tak ada periuk yang bocor buat masa ini, save dulu untuk kegunaan akan datang. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan agar lebih ramai dapat memanfaatkannya.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila Ada Menumpang Kasih, PJJ Punca Gangguan Orang Ketiga, Ini Respon Peguam
Akronim PJJ tidak asing lagi bagi kita. Ada yang kata istilah ini perkahwinan jarak jauh dan ada juga memberi istilah percintaan jarak jauh.
Apa jua maknanya ia memberi makna menjalani kehidupan sebagai suami isteri jarak jauh bukanlah suatu yang mudah.
Bagi pasangan PJJ cabaran yang terpaksa di lalui adalah masalah cemburu dan kesetiaan pasangan.
Nampak biasa-biasa aje perkahwinan PJJ ni atau perkahwinan jarak jauh ini, namun ia memberi kesan yang tidak baik untuk hubungan suami isteri.
Menerusi satu posting daripada seorang peguam, Suriati Ab Ghani mengakui masalah rumahtangga berpunca daripada PJJ akibat ada orang ke tiga.
Dia menasihati pasangan suami isteri tidak harus hidup selamanya berjauhan. Cari ikhtiar untuk tinggal bersama untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
EXTRA TIP UNTUK PJJ
1. Kena selalu berhubung.
Sekarang dah banyak medium nak berhubung. Berhubung yang ini kita fokus pada mesej. WhatsApp ada, Telegram ada atau FB messenger pun ok. Tak kesah lah kalau terpaksa mesej pagi, petang, siang, malam.
Supaya pasangan kita tahu, kita selalu ambil berat tentang dia.
2. Hantar pesanan bergambar.
Maksudnya hantar lah gambar selalu. Macam orang bercinta, kan selalu hantar gambar selfie. Dah kalian tinggal seorang, memang selfie lah kerjanya.
Tengah masak pun hantar gambar, tengah jem hantar gambar, dekat pasar hantar gambar. Kadang tengah kena marah dengan bos pun sempat hantar gambar.
3. Telefon hari-hari.
Ini antara tips yang paling utama dia kata. Dengar suara pasangan kita. Kalau duduk serumah, boleh bersembang bila masing-masing dah balik rumah.
Kalau duduk berjauhan ni, kena juga dengar suara pasangan hari-hari. Ini terapi dalam rumahtangga. Suara dan kata-kata pasangan kita tu, kadang jadi ubat ketenangan.
Alah nak bercakap telefon sekarang dah murah. Kalau pakai WhatsApp call tu, kalian boleh bercakap tanpa henti berjam-jam. Sebab pakai data internet.
Kalau ambil pakej famili dengan telco, boleh dapat pakej telefon tanpa limit. Telefonlah 24 jam pun tak apa.
4. Tulis kad atau surat cinta ke pasangan.
Ini rare. Tapi yang biasa buat akan rasa istimewa. Kalian yang PJJ kan duduk rumah asing-asing. Haa! Kirimlah surat.
Tak payah tulis panjang-panjang, tulis sikit sikit pun tak apa. Sembur pewangi sikit, lepas tu pos.
TIP KELUARGA BAHAGIA
Perkahwinan itu adalah perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Ramai pasangan yang berkahwin sentiasa inginkan kebahagiaan dalam rumahtangga.
Rendahkan ego, suasana kembali ‘sejuk’ bila ada yang memujuk.
Bergaduh dgn pasangan ni, limitnya cukup dgn sehari semalam. Kalau lebih dari tu, itu EGO.Bergaduh pagi, ptg baik balik…bergaduh ptg, mlm baik…bergaduh mlm, keesokan pagi kena baik…jgn dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu smpai berhari2.Tak bercakap, bermasam muka, buat xtahu antara satu sama lain.
Siapa yg minta maaf dulu, siapa yg mula bercakap dulu, siapa yg dah buat mcm biasa balik, maka dia lah yg terbaik sbb dia bleh kawal dan rendahkan ego dia. Sapa yg tgu org lain minta maaf, siapa yg tgu org lain mula bercakap dulu, maka dia lah yg PALING EGO dlm rumah tu…
Suami isteri, masing-masing ada ego
Lelaki ada ego, perempuan ada ego.. Kena tahu ego ni kegunaannya utk apa…yg lelaki klu nk dihormati isteri, maka jgn guna ego sbb ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri…akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yg menyebabkan isteri taat dan hormat suami.
Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kpd kita. Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita utk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yg asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.
Trust me, hubungan yg bahagia, hubungan yg harmoni, pasangan yg gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi…siapa salah, dia mintak maaf…siapa yg silap, dialah yg perbetulkan.
Siapa yang sedar pasangan dia buat salah n silap, dialah yg kena bagi teguran dan nasihat. Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dia lah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut. Simple…
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.