Nak cantikkan kulit wajah tidak semestinya guna produk yang mahal. Dengan bantuan bahan-bahan alami yang ada di dapur juga boleh bantu mendapatkan kulit yang lebih sihat dan flawless.
Perkongsian dari Riana Samad menarik untuk anda cuba kerana bahan yang digunakan adalah campuran kunyit, asam jawa dan juga timun.
Kiub Ais pencerah Kulit. Campuran Kunyit, Asam jawa & Timun.
Aritu sorang sobat citer, ada try campur limau nipis dan soda bikarbonat untuk buang parut. Ya Aulohhh mendidih rasa kulit kata dia. Amende laa. Guna limau nipis saja pun Kakdell sendiri hampir rasa nak pi sembam muka dalam ais, inikan campur soda bikarbonat.
Tajam tuuu siap boleh putihkan lantai tandas ganti clorox tau dak. MOHON istighfar banyak dekat yang bagi resepi diy macam tu. Kulit jenis tebal no worries la sangat. Kene yang kulit nipis sensitif tu. Eh senget jugak!
Nak mudah cuba buat masker lembut mesra kulit ni dari jenis berasid cam tadi. Sebab natural2 limau pun tak semua boleh ngam.
Ads
Nak senang buat banyak dan bekukan. Cara nak buat simple sangat. Bersihkan kunyit hidup, kupas kulit dan parut dengan penyagat bagi halus. Parut timun dan gaulkan sekaligus dengan asam jawa. Boleh pakai terus. Lebih tu boleh letakkan dalam bekas kiub ais macam ni then bekukan.
Macam masker pakai 3bahan ni. Hanya timun, kunyit dan asam jawa inshaallah boleh sangat. Niat melawa cara alami tu comel dah. Tapi toksah kelam kabut sangat bereksperimen memacam kat kulit.
Kenapa 3 bahan, cemana nak buat & berapa kerap pakai, nakti boleh baca kat gambar. Kat situ Kakdell ada ringkaskan serba sikit.
Sebab dia bersifat sooting dan boleh sejukkan kulit so dia boleh hilangkan eye bag yang berkilo bawah mata tu. Boleh kurangkan sunburn dan jeragat jugak. Lagi 1 dia banyak air jadinya sangatlah bagus dalam kerja nak lembabkan kulit sambil elak kemunculan kedut semua tuSebab dalamnya ada kurkumin, ada anti-inflamasi & antioksidan yang kuat. Nanti dia kurangkan pengeluaran minyak, melanin berlebihan dari dalam kulit. Sebab tulah nape dia tersangat bagus dalam nak cerahkan kulit. Dah cerah tu nanti sekali pakej pudar parut dan jeragat datangnya. Seronok tu dia tolong kulit dari hilang keanjalan. Stilll jadik tegang awet muda sokmo gitu. Ehh nak helokkan jerawat pun boleh tau. Best kan?Salah 1 sebab Kakdell pilih Asam jawa ialah sebab dalamnya ada alpha hidroksil asam yang fungsi dia untuk mencerah. Antara kerjanya bantu gelupaskan sel-sel kulit mati. Lembut, mesra selamat dekat kulit nak banding dengan limau nipis yang soooo tajam tu.Masker ni pakai 3kali seminggu dah ok dah. Tapi Kakdell festime awal pakai tu buat 4 hari berturut. Lepastu baru minimakan 3x seminggu. Sebelum pakai tu muka cuci bersih dulu siap siap bagi tanggal segala minyak, kotor, mekap semua. Kang bazir. Lelah pakai saja tapi zat tak boleh resap masuk kulit sebab awai awai lagi dah kene block kat permukaan. Pakai tu pulak perapnya 20 minit cukup. Takyah tunggu sampai jadi kering keras rasa macam nak merekah. Dan jangan ngade nak ulang bubuh balik. Kang overdose karang. Tak bagus. Nak bilas karang pakai pencuci jenis lembut moist tak keras. Sebab apa tau, takut dia hilang kan nutrien yang ditinggalkan masker tadi.
Berminat nak terai tapi tak pasti bila nak buat tu boleh la share dulu tanak bagi hilang ya.
Mendidik anak-anak bukan hanya sekadar bab pelajaran, sebaliknya merangkumi semua kerja. Termasuklah membuat kerja-kerja rumah.
Mungkin ada yang berpandangan anak lelaki tak wajib buat kerja rumah, namun sebenarnya tanggapan ini salah. Sepatutnya anak lelaki dan perempuan kena sama-sama diasuh untuk berbuat demikian.
Bagi pelakon Yana Samsuddin yang rajin berkongsi tip mendidik anak ada memuat naik satu perkongsian dalam mengajar anak lelakinya melakukan kerja rumah.
Walaupun masih kecil, namun bagi Yana itu salah satu kaedah yang baik kerana awal-awal sudah mendedahkan anak-anak dengan tugasan rumah.
Selain mendidik anak lelaki ringan tulang, aktiviti sebegini juga sebagai satu cara mengasah kemahiran si kecil selain dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak
Dah 3 bulan tak cuci kusyen kerusi. Hari ni baru teringat nak cuci. Ada 6 kerusi, cuci 3 dulu. Takut tak kering… .
Momy tolong jawab ” tak pa lah mak, kita kena dedahkan aktiviti dengan anak kita. Lagi lagi kerja mencuci ni. Karang dah besar tak tahu macam mana cara nak cuci. Budak lelaki paling bagus ajar kerja cuci cuci ni. Dah besar nanti tak lah suruh perempuan je yang buat kerja cuci cuci ni… ” membebel mommy … .
Hahaha mak cakap sepatah , anak jawab banyak… .
Manakala mateen masih kusyuk sambung menyabun dan memberus kusyen kerusi. .
Hakikatnya memang kita kena bagi anak kita tengok kita ketika menukang ke, menyapu ke, mencuci baju ke , mencuci kereta ke, cuci pinggan ke. Asas supaya dia nampak, dia rakam dalam kotak minda dia, dah besar tau lah dia nak buat macam mana.
Sebab mommy rasa mommy tahu banyak benda kerja kerja rumah dan menukang ni sebab selalu tengok mak dan abah buat kerja semua tu… .
Sekarang saya tengah korek tanah nak tanam pokok pun riuh panggil anak suruh tengok… hahaha.. kepoh… .
So, kepada suri rumah yang selalu dukung anak ketika masak ke atau tengah buat kerja, tahniah!! Anda telah melahirkan anak yang rajin juga bila dewasa nanti.
Nyata aksi comel Mateen dan mamanya ini mendapat pujian dari pengikut dilaman instagram. Rata-rata bersetuju dengan kaedah yang dipraktikkan oleh Yana kepada anak lelakinya itu.
Dua tahun lagi, usianya bakal menginjak ke usia 40 Tahun, justeru pelakon Nur Fazura mengakui berhasrat untuk menambah ahli baru dalam keluarga mereka.
Tidak merancang soal cahaya mata, ibu kepada cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisyah ini bagaimana pun meluahkan rasa syukur kerana suaminya,Fattah Amin tidak meletakkan tekanan berhubung soal itu.
Bahkan, dia memberi kebebasan buat Fazura untuk menyusun jadual hariannya sebaik mungkin.
Dia bagaimana pun mengakui ramai yang bertanya mengenai perancangannya untuk menambahkan ahli keluarga.
“Saya memang ada perancangan untuk menambah cahaya mata tetapi jadual kerja begitu padat. Apatah lagi saya juga semakin aktif dalam bidang perniagaan, jadi rutin harian kini semakin sarat dengan pelbagai aktiviti.
Walaupun sudah mendapatkan semula bentuk badannya, Fazura mengakui masih mahu mendapatkan seorang lagi cahaya mata lebih-lebih lagi suami turut mahukannya.
“Selepas bersalin, saya mengambil masa yang lama untuk menurunkan berat badan. Akhirnya kini saya mendapat berat ideal iaitu 54 kg. Tiada jalan pintas, saya perlu menjaga pemakanan dan mencuri masa untuk bersenam.
“Dalam pada itu, saya memahami usia juga semakin meningkat dan perlu memikirkan soal menambah zuriat. Jadi tidak boleh hendak melengahkan masa dan sebagainya,” katanya.
Tidak dapat dinafikan sebagai orang tua kita cukup memandang serius aspek pendidikan anak-anak. Kita percaya hanya dengan ilmu, anak-anak kita akan menjadi orang berguna bila dewasa nanti.
Atas sebab ini juga, semahunya kita akan berikan keselesaan dan kemudahan yang terbaik untuk anak-anak sepanjang menuntut ilmu. Beruntunglah anak-anak kita yang dilahirkan dalam serba serbi sempurna.
Pun begitu bagi anak-anak yang berada nun jauh di Perkampungan Orang Asli Kuala Lipis, Pahang, walau terpaksa menempuh perjalanan yang sukar selama 45 minit dengan mengharungi semak samun, menelusuri anak sungai dan sebagainya sebelum sampai ke sekolah, tidak sedikit pun menimbulkan rasa gerun apatah lagi patah semangat untuk terus menuntut ilmu di sekolah.
Semua ini diterjemahkan dalam catatan seorang Guru Sains di SK Lenjang Pedalaman Asli Kuala Lipis, Pahang di akaun fbnya Ameer Firdaus yang cuba memahami dan merasai sendiri perjalanan yang ditempuh oleh anak-anak muridnya setiap hari.
Selamat pulang ke rumah sayang
Satu hari tu aku janji ngan anak-anak murid aku ni, untuk hantar mereka pulang ke rumah. So that day, aku ajak pengawal keselamatan sekolah temankan aku. Maka pergilah aku berjalan bersama-sama mereka. Perjalanan aku menghantar anak-anak aku ni ke rumah mereka yang tinggal di sekitar “Kampung Tungau” telah memakan masa 45minit pergi dan 45minit balik. Boleh tengok sendiri turutan perjalanan anak-anak ni pergi dan balik sekolah setiap hari dalam keadaan macam ni. Haa, kalo nak rasa, boleh datang sini, kami boleh bawakkan.
Okeh, berbalik kepada cerita sebenar.
Setiap hari, dalam pukul 5.30pagi diorang bangun bersiap ke sekolah. Kat rumah xde iron pun, mak diorang lipat2 baju sekolah anak dia letak dalam beg, kumpul ngan kawan2, bawak lampu suluh, pukul 6.00pg nak gerak dah. Ade la sorang dua parent teman hantar kadang2 jalan kaki menyusuri semak, bukit2, dan titian buluh tu untuk kesekolah. 45minit jalan kaki dalam hutan, sampai kat pagar belakang sekolah tu, dorang cari tempat lapang sikit, then baru diorang sarungkan baju sekolah.
Jangan pakai lagi baju sekolah sayang
Taw kenapa? Sebab parent dia pesan “jangan pakai lagi baju sekolah sayang”. “Dalam perjalanan waktu dini hari nanti embun2 pagi kat daun2 tu akan buat baju basah, dan tanah2 yang lembab tu akan buat baju sekolah kotor. Karang sampai ke sekolah cikgu marah kalau baju kotor” (translate dari bahasa semai). So tahan la sikit comot kat pakaian sekolah tu.
Then, kira-kira pukul 6.50 macam tu, bila dah siap-siap sarung pakaian sekolah tu baru dorang masuk pagar sekolah tuk makan RMT. Pukul 7.25pagi tu dah siap-siap nak berhimpun dah. Sama jugaklah dengan waktu balik dari sekolah. Dorang akan tanggalkan pakaian sekolah tu dulu. Letak dalam beg. Then pegi tadah makanan tengahari dalam tupperware, lepas tu makan sambil jalan otw balik. Ada tu makan sambil melompat2 pun ada. Biarlah. Budak2.
Ada asrama sekolah. Tapi asrama tidak boleh menampung semua murid. Jadi asrama di hadkan pada +-200 murid yang tinggal di kawasan yang terlalu jauh sahaja. Jadi sebenarnya Kampung Tungau ni masih lagi tidak terlalu jauh…..(tapi sebenarnya jauh)
Dalam keadaan yang macam ni tak hairan lah dorang boleh jadi malas untuk ke sekolah, lewat datang dan lewat makan RMT, ataupun baju diorang tu akan kotor sangat. Dan aku ni, dalam beberapa tahun mengajar kat sini duk asyik tanya dan marah dorang dengan soalan-soalan ni.
“kenapa baju kotor sangat ni??” “awak ni kenapa lambat sangat datang, dah la baju kotor!” “dah kenapa awak selalu lewat makan pagi, lewat beratur” Bla3… Kenapa tu.. Kenapa ni.. Bla3
Macam2, dengan nada bengis, kadang nada elok nasihat, kadang marah. Yang dimana aku menganggap mereka ni tidak faham tentang kebersihan, mahupun menepati masa utk datang awal ke sekolah, ataupun kepentingan utk datang belajar kesekolah. Tapi dalam situasi mereka ni..Siapa sebenarnya yang tidak faham..??
Tetap Ke Sekolah
Rasa kejam dan rasa bersalah. Benar-benar memberi kesedaran pada aku. Yang memberikan tamparan lebih hebat pada aku, bila dalam keadaan mereka yang macam tu, tapi mereka tetap datang ke sekolah. Ade beberapa orang tu memang kalau tak sakit, dia akan selalu datang. Dia awal, belajar elok, suka tolong cikgu buat itu ini, dan aku tak nampak penat pun kat muka dia ni. Dan kawan-kawan dia yg lain pun ikot sama.
Ya, mereka hidup dengan apa adanya, gembira dengan apa yang ada, tidak merungut, sedar diri, dan ingin berusaha memperbaiki kehidupan. Semua ni buat aku lebih sedar tentang kenapa aku ditempatkan di pedalaman ni. Even jalan aku susah untuk masuk kesekolah ni dgn meredah sungai, jalan lereng bukit berselut dan sebagainya tu. Apalah sangat nak dibandingkan kesusahan yang sedikit tu dengan keperitan hidup anak-anak murid yang lebih memerlukan cikgu-cikgu dia utk berada disana.
Mmmmmm, banyak dah bebel.. Dah sampai rupanya kat kawasan sekitar kampung Tungau ni. Maafkan cikgu, cikgu dah marah awak semua tanpa memahami situasi awak sebenarnya. Terima kasih jadi anak-anak murid yang sabar dan sayangkan cikgu. Terima kasih kerana menghilangkan rasa penat cikgu dengan senyuman riang walaupun sebenarnya awk sangat penat. Comot-comot pun, cikgu tetap sayang.
Jom Kita Selusuri Perjalanan Anak-anak Ini Setiap Hari Demi Menimba Ilmu.
Dah sampai rumah ni, semua salam cikgu dulu.
Melambai, sambil menahan sebak.
Selamat pulang ke rumah sayang.
sumber/foto : Ameer Firdaus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.