Raut wajahnya yang tenang dan sentiasa mengukir senyuman membuatkan, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa mendapat perhatian ramai. Malah Raja Permaisuri Agong sememangnya gemar memasak dan pandai beraksi di dapur. Jika melihatnya baginda memasak, boleh buat teringin untuk merasai air tangannya.

Terbaru menerusi hantaran Instagram Istana Negara, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sekali lagi menarik perhatian ramai dengan sikap murninya itu. Naluri keibuannya terserlah apabila berkenan berangkat ke Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras.

Artikel Berkaitan: “Ajaklah Budak-Budak Ni Masuk Makan.” Cara ‘Mak-Mak’ Raja Permaisuri Agong Layan Kanak-Kanak Raih Perhatian.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat melawat pesakit kanser, adik Mya Zara Damia Faizal, di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 11.00 pagi disambut Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak, Naib Canselor UKM Prof. Dato’ Ts. Gs. Dr. Ekhwan Toriman dan barisan kepimpinan tertinggi UKM.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

TUNAI IMPIAN ADIK MYA ZARA DAMIA 

Wargamaya Terharu Impian Pesakit Kanser Nak Rasa Air Tangan Raja Permaisuri Agong Tercapai

IKLAN

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua bagi menunaikan impian adik Mya Zara Damia yang juga menghidap leukemia bertemu Seri Paduka Baginda berdua sejak dari kecil. Ianya juga atas usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Make-A-Wish Malaysia.

Dalam lawatan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah agar adik Mya Zara Damia menjaga permakanan, berehat dengan sebaiknya selain mendoakan adik Mya Zara Damia sembuh seperti sedia kala dan boleh kembali bersekolah serta berjumpa rakan-rakan.

Manakala, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pula bertitah menzahirkan hasrat untuk menunaikan impian Mya Zara Damia merasai masakan daripada air tangan Baginda sendiri.

Raja Permaisuri Agong Bertitah Tunaikan Impian Adik Mya Zara Nak Rasa Air Tangan

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga adik Mya Zara Damia bagi meringankan beban yang ditanggung.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa lebih sejam melawat 25 lagi pesakit kanser kanak-kanak di Wad Hematologi-Onkologi, selain berkenan beramah mesra bersama petugas HPKK dan waris pesakit di hospital itu.

IKLAN

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

 

WARGAMAYA KAGUM SIKAP PRIHATIN 

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat sikap kasih sayang KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang menyantuni adik Mya Zara Damia. Mengalir air mata melihat hasrat adik ini mahu merasa air tangan Permaisuri Agong.

Antara komen adalah seperti berikut:

Wargamaya Terharu Impian Pesakit Kanser Nak Rasa Air Tangan Raja Permaisuri Agong Tercapai Wargamaya Terharu Impian Pesakit Kanser Nak Rasa Air Tangan Raja Permaisuri Agong Tercapai Wargamaya Terharu Impian Pesakit Kanser Nak Rasa Air Tangan Raja Permaisuri Agong Tercapai

Sumber: Istana Negara

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Wargamaya Terharu Impian Pesakit Kanser Nak Rasa Air Tangan Raja Permaisuri Agong Tercapai

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI