14 Tahun Genap Kehilangan Adik Sharlinie, Undang Sebak Netizen
Hati ibu ayah mana yang tidak sebak apabila anak tersayang hilang tanpa khabar berita. Kisah adik Sharlinie yang pernah menjadi tumpuan negara suatu ketika dulu membuatkan ramai yang sebak.
Menerusi perkongsian saudara Syahril A. Kadir meruntun jiwa apabila tanpa sedar masa sudah berlalu tentang kisag adik ini. Menerusi perkongsian beliau, kehilangan adik sharlinie hari ini genap 14 tahun.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kini genap 14 tahun Sharlinie terus hilang tanpa khabar berita.
Sejak kebelakangan ini macam-macam dengar kes budak kena culik, nasib baik setelah disiasat, ternyata ia adalah palsu, Alhamdulillah.
Namun adakah korang masih ingat adik Sharlinie Mohd. Nashar, yang dilaporkan diculik ketika sedang bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Petaling Jaya pada 9 Januari 2008?
Ads
Dalam perkiraan, kalau dia masih ada, Sharlinie sekarang dah pun berusia 19 tahun, muda remaja sudah. Ini kerana sewaktu kejadian dia baru berusia lima tahun.
Untuk rekod, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.
Ingat lagi sewaktu kejadian saya mengetuai Meja Jenayah dan Laporan Khas di Sinar Harian.
Hampir setiap hari, pelbagai agensi media berusaha keras bersama-sama pasukan polis dan orang ramai untuk melaporkan perkembangan tersebut yang telah menggemparkan negara ketika itu.
Di mana saja ada operasi pencarian, anak buah saya termasuk dengan saya-saya sekali akan turun padang. Operasi pencarian mangsa dibuat sampai ke peringkat dari rumah ke rumah, kawasan pembinaan dan apa saja lokasi yang difikirkan mampu menemukan adik Sharlinie.
Ads
Yang paling kesian keluarganya. Dahlah kehilangan anak tersayang, ramai pulak yang ambil kesempatan kononnya mampu mendapatkan Sharlinie (dengan meminta sejumlah bayaran), itu belum campur ugutan dan SMS palsu hingga membuatkan mereka trauma yang teramat. Masa tu Whatsapp takde lagi, kalau dah ada, lagi jenuh!
Sudahnya keluarganya nekad berpindah dari Petaling Jaya dan pulang ke kampung mereka di Dungun, Terengganu untuk memulakan hidup baru.
Polis sampai habis ikhtiar ketika itu berusaha mengesan Sharlinie namun gagal hingga ke sudah.
Ingatlah, jangan ambil mudah. Kehilangan Sharlinie, pembunuhan Nurin dan Dirang, semua adalah ‘real’. Di luar sana masih ada manusia bertopengkan haiwan yang mampu berbuat apa saja jikalau kita terlalai.
Mangsa bukan hanya kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki juga tidak terkecuali.
Nauzubillah.
Ads
Sumber: Syahril A. Kadir
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Selepas bertarung nyawa melawan penyakit kanser otak dan kanser buah pinggang, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham meninggal dunia di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Bayi berusia empat bulan itu menghembuskan nafas terakhir pada 4.30 petang semalam di sisi kedua ibu bapa dan ahli keluarga.
Ibu Nishka, Khairiah Kamarudin, 35, memberitahu, dia dan suami, Mohd Farham Che Ahmad, 36, reda dengan pemergian anak bongsu daripada lima beradik itu.
Katanya, anaknya tenat sejak semalam apabila tidak mampu membuka mata dan tidak memberi tindak balas.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Nishka dan mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya serta suami.
“Walaupun sedih, namun saya dan suami reda dengan pemergian anak kerana dia terlalu kecil untuk menanggung derita. Sejak semalam Nishka tenat dan tidak memberi sebarang maklum balas. Memang kami sekeluarga sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Walaupun sedih, ini semua takdir Allah dan bersyukur pemergian Nishka dipermudahkan,” katanya lagi.
Khairiah berterima kasih kepada semua pihak yang selama ini mendoakan Nishka serta kakitangan HUSM yang banyak berjasa kepada keluarganya.
Nishka disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap empat selepas 21 hari dilahirkan dan turut dikesan menghidap penyakit kanser buah pinggang bulan lalu.
Khabar duka ini turut dikongsikan selebriti tempatan, Mawar Karim yang sebelum ini pernah melawat bayi comel berkenaan.
“Al- Fatihah. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Baby Nishka berehat la di syurga menanti awak di sana. Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibu bapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak..
“Kami sayang baby Nishka. Mari kita sedekah Al Fatihah dan doa kan baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial.
“Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah meninggal dunia. Sejujurnya memang tidak mampu untuk saya melihat anak syurga ni tabah bertarung nyawa,’ ujar Mawar melalui Instagram miliknya.
Kisah adik Nishka pernah disiarkan oleh Majalah Keluarga sebelum ini baca di sini. Semoga keluarga anak syurga ini tabah dan sabar dengan ujian tersebut.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar semalam berkongsi tip membawa anak kecil ketika solat Terawih.
Bapa hebat ini yang pernah bertugas sebagai doktor bedah ortopedik dan pernah bertugas sebagai pensyarah perubatan pelatih, tentu menyediakan tips yang amat berguna.
Solat Tarawih dengan lelaki. Mengejutkan, anak lelaki berkelakuan baik hari ni. Adam & Nuh berdiri di sebelah saya semasa solat. Alhamdulillah … 5 petua untuk membawa anak kecil anda untuk Solat Tarawih … 1. Bersedia Bawa susu, lampin, mainan kegemaran mereka bersama-sama. Anda mungkin tidak tahu bila anda memerlukannya. 2. Cari sudut Solat terus ke akhir supaya anak anda tidak mengganggu orang lain. 3. Berhati-hati dengan anak anda Jangan biarkan anak sendirian menganggap sesuatu tempat itu selamat. 4. Jika anak terus menangis, bawa mereka keluar dan tanya kenapa. Kanak-kanak mungkin lapar atau nak tukar lampin. Jangan biarkan anak itu terus menangis kerana ia akan mengganggu orang lain. Teruskan Tarawih sebaik sahaja mereka dah ok. 5. Beri anak makan sebelum datang ke Masjid. Jika mereka tidur di sebelah anda, tidak mengapa .
Membawa anak anda untuk Solat Tarawih adalah amalan yang baik untuk mereka. Mereka belajar dari orang lain. Tetapi pastikan tidak mengganggu orang lain yang melaksanakan Solat mereka. Hanya berkongsi. Selamat Malam semua . Love as always
Sungguh menarik perkongsian Dr. Jadi tidak menjadi alasan untuk kita tidak berterawih walaupun mempunyai anak kecil.
Selamat terawih semua!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak sulung kita memang anak yang cukup istimewa di hati kita. Hadirnya anak sulung inilah menjadikan kita seorang yang lebih sabar dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.
Dek kerana itulah anak sulung menjadi kesayangan kita, paling dekat dengan kita dalam segala hal.
Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, anak sulung sememangnya anak yang cukup istimewa malah mempunyai kepintaran yang tinggi.
Anak sulung mempunyai IQ yang lebih tinggi
Kajian daripada University of Edinburgh mendapati anak pertama ( first-born children) mempunyai IQ yang lebih tinggi. Ini kerana anak sulung mendapat perhatian ibubapa (quality parental attention) yang lebih berkualiti dibandingkan adik beradiknya semasa masih kecil).
Anak sulung lebih cenderung untuk jadi CEO syarikat
Kajian yang diterbitkan oleh IZA Institute of Labor Economics mendapati anak sulung lelaki 24% lebih cenderung menjawat jawatan CEO daripada anak nombor dua dan 28% lebih cenderung untuk menjawat jawatan CEO berbanding anak nombor dua.
Anak sulung lebih penakut
Ada satu kajian yang dibuat pada tahun 1968 mendapati anak sulung ni lebih cenderung untuk tak terlibat dengan sukan berbahaya disebabkan takut dengan kecederaan fizikal.
Walau apa pun kajian tentang anak sulung, yang jelas perangai dan kelakuan anak sulung akan menjadi ‘references’ atau tempat rujuk adik beradiknya yang lain.
Semua mata akan tertumpu padanya. Adik beradik akan tengok perangai anak pertama. Jiran jiran pun suka tengok perangai anak yang pertama. Mak ayah pun akan letak harapan yang lebih tinggi ( higher expectations ) pada anak pertama ni.
Jadi, tak mudah juga sebenarnya menjadi anak yang pertama ni sebab segunung tanggungjawab dan harapan orang di sekeliling yang terpaksa digalas di bahunya.
Cuma kita kena ingat, walau anak nombor berapa pun kita, kasih dan cinta kita pada mak ayah yang melahirkan kita tetap kena jadi yang pertama selepas Allah dan RasulNya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.