Kita pasti mahukan yang terbaik untuk keluarga namun ada kala kita sendiri keliru yang mana terbaik untuk kita dan keluarga. Panjatkan doa kepada Allah.
Serahkan pada Allah setelah melakukan pelbagai usaha untuk meraih segala keinginan kerana dalam setiap kemahuan kita, hanya Allah yang mengetahui yang terbaik.
Ini adalah doa yang disarankan oleh PU Amin untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Moga setiap apa yang kita pilih itu datang dari petunjuk Allah. Biar Allah susun semua.
Amalkanlah doa ini setiap hari.Serahkan urusan harianmu kepada Allah, Yang Maha Mengurus setiap inci pergerakan hambanya. Tiada yang lain melainkan Allah SWT semata-mata.
Usah berpaling pada yang lain, kuatkan iman dan berdoalah. DIA akan memakbulkannya. Itu pasti!
Baru-baru ini wargamaya dikhabarkan dengan berita mengenai kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 82, yang didakwa menghidapi demensia. Perkara itu disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Kesihatan dalam menjawab tentang keadaan terkini Pak Lah.
“Mungkin ramai antara anda tertanya-tanya, di mana PM kelima (Pak Lah). Ya, beliau telah bersara (sejak 2009) dengan terhormat dan tidak akan menimbulkan masalah untuk penggantinya.
“Beliau mempunyai demensia. Itulah sebabnya beliau tidak kelihatan lagi di mana-mana,” katanya dalam satu kenyataan seperti yang dilapor Awani.
Tambah Khairy, keadaan yang dialami ayah mertuanya itu bagaikan ‘tubuh ada tapi minda tiada’ ekoran daya ingatannya sudah merosot.
“Demensia itu satu situasi yang sangat kejam, kerana tubuhnya ada, mindanya tiada.
“Saya lihat bapa mertua saya merosot ke tahap beliau tidak lagi berfungsi secara normal. Beliau tidak ingat nama saya, tidak ingat nama isteri saya,” tambahnya ketika itu.
Sehubungan itu, Khairy berkata pihak keluarganya bersedia mendedahkan hal sebenar susulan ramai yang tidak mengetahui keadaan semasa bapa mertuanya selama ini.
Jelasnya, walaupun beliau sekeluarga dapat memberikan sokongan professional kepada Pak Lah namun tidak ramai berpeluang untuk berbuat demikian pada keluarga mereka.
“Bagaimanapun, ramai lagi yang tidak mampu berbuat demikian.
“Justeru, penting bagi kami untuk melabur dalam penjagaan sosial bagi menyokong keluarga yang mempunyai orang tersayang memerlukan penjagaan berterusan,” ujar Khairy dalam kenyataan itu lagi.
Manakala meninjau perkongsian terkini pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya turut berkongsi video di laman Facebooknya mengenai Pak Lah yang dibawa berjalan-jalan bersama isterinya di sebuah taman.
Hantaran itu turut diselitkan dengan kapsyen berbentuk sajak yang pernah ditulis oleh Pak Lah sendiri dan mengakhirinya dengan memanjatkan doa agar kesihatannya kembali seperti biasa.
Berikut di bawah ialah sajak Pak Lah yang dikongsikan semula oleh Fedtri:
Semoga kesembuhan dan damai kembali ke jasad dan sanubari Pak Lah.
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
– Ku Cari Damai Abadi ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Doa Diberi Kesembuhan
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berasa begitu tersentuh dan terharu melihat keadaan Pak Lah yang diiringi isterinya semasa berjalan.
Orang ramai turut mendoakan agar Pak Lah diberikan kesembuhan seperti sedia kala serta pulih dengan kuat ingatan semula.
Komen Jamaliah Murad, “Syukurlah masih ada insan insan yang menyayangi dihujung usia nii . Alhamdulillah mantan PM yg sentiasa cool , moga dipayungi rahmat Allah berpanjangan.”
Manakala Riduan Basri pula memberi komen, “Antara tokoh politik Malaysia yang bersih dari cela baik semasa atau selepas zaman memerintah. Allahu akbar.”
“Islam Hadari, Cemerlang Gemilang & Terbilang zaman kami mula meningkat remaja.. Moga Pak Lah terus diberi kesihatan yang baik dipermudahkan segala urusannya.. Aminn,” kata Sharatul Ismail pula.
Terapi tanpa ubat
Sementara itu, Fedtri Yahya turut berkongsi info di ruangan komen tentang terapi tanpa ubat yang merujuk kepada situasi Pak Lah.
Terapi ini dilakukan untuk mengurangkan gejala nyanyuk dan membantu menguruskan komplikasi yang berlaku. Antara rawatan yang boleh dilakukan termasuklah:
Mengubah persekitaran. Menyediakan tempati tinggal yang kemas, bersih dan tenang untuk membantu pesakit fokus.
Mengubah teknik aktiviti harian. Ahli terapi akan mengajar pesakit dan ahli keluarga teknik-teknik yang berkesan bagi melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah berdasarkan gejala pesakit.
Terapi pekerjaan. Ahli terapi pekerjaan akan mengajar cara-cara menjadikan persekitaran lebih selamat di samping alat-alat yang sesuai untuk digunakan pesakit.
Pencegahan nyanyuk
Selama beberapa dekad pengkaji berpendapat bahawa masalah nyanyuk tidak dapat dipulihkan. Namun kajian terkini mungkin menunjukkan sebaliknya.
Pada tahun 2017 didapati bahawa satu pertiga kes nyanyuk adalah disebabkan oleh faktor gaya hidup. Terdapat sembilan faktor risiko yang telah dikenalpasti dapat meningkatkan risiko seseorang mendapat masalah nyanyuk. Antaranya adalah:
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Kedatangan bulan ramadan kali ini pastinya cukup bermakna buat Datuk Seri Eizlan Yusof apabila isterinya, datin Seri Natasha Rosa selamat melahirkan bayi sulung mereka.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Eizlan menerusi laman instagramnya dengan memuat naik rakaman video yang memperlihatkan dia mendukung bayi pertama hasil perkongsian hidup bersama Natasha.
Eizlan memaklumkan isterinya selamat melahirkan anak perempuan di Hospital UMRA, Shah Alam, jam 1 petang tadi.
“Isteri saya melahirkan bayi pada Ramadan pertama. Nama sudah ada sebenarnya, cuma saya dan isteri sepakat untuk tidak berkongsi terlebih dahulu.
“Alhamdulillah Yayang dan Baby ZR berada dalam keadaan baik. Terima kasih atas doa dan ingatan baik buat kami sekeluarga,” ujar Eizlan menerusi kapsyennya.
Apa yang lebih istimewanya, pelakon ini berkongsi cerita mengenakan baju yang sama semasa menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.
“Baju ini akan menjadi kenangan kerana empat anak saya disambut bersamanya,” jelas Eizlan lagi sambil mengakui anak-anaknya yang lain turut teruja mendapat adik baru.
Kata Eizlan lagi, hospital yang dimiliki kawannya sebelum ini pernah menyaksikan detik sama ketika dua cahaya mata menerusi perkahwinan pertama dilahirkan.
“Anak lelaki, Zareef Yusof dan adiknya, Vie Zaalia juga dilahirkan di hospital yang sama. Secara kebetulan, hospital ini milik kawan saya, jadi memudahkan segala urusan.
“Sekarang ini, tiga anak saya sudah dapat dua adik perempuan. Selain saya, bekas isteri, Vie Santie juga melahirkan anak perempuan menerusi perkahwinan baharunya,” katanya lagi.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali keempat. Hasil perkahwinan sebelum ini, Eizlan dikurniakan tiga cahaya mata, Vie Zara, Zareef Yusof dan Vie Zaara. Eizlan dan Natasha Rosa Boudville, 30 mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019.
“Saya Yang Cari Dan Approach.” Ustazah Asmak Husin Buat ‘Plan Marketing’ Pinang Suami.
“Jadi saya pun mula plan marketing, kemudian saya dan kawan siasat latar belakang dia. Cek solat jemaah kat masjid, kawan-kawan rumah sewa, kawan-kawan sekelas.”- Ustazah Asmak Husin
Jodoh rahsia ALLAH, menyatukan dua jiwa. Sememangnya perkahwinan itu adalah yang indah dan juga dituntut oleh Islam.
Lazimnya lelaki akan ‘approach wanita’ untuk menjadi suri hati. Namun tidak pelik jika wanita meminang lelaki.
Buktinya selain Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
Inspirasi kisah pendakwah bebas, ustazah Asmak Husin yang berkongsi cerita bagaimana dia membuat ‘plan marketing’ untuk meminang suaminya.
Mengimbau kisahnya dulu, dia bersyukur pada usia perkahwinan 20 tahun itu, mereka bahagia.
Katanya oleh kerana dia merupakan pelajar yang cemerlang akademik membuatkan lelaki takut untuk mendekati dirinya.
Seterusnya ikuti kisah ustazah Asmak ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Lelaki takut nak memilih perempuan yang terkehadapan? Meh sini saya nak cerita kisah saya dulu. Semasa belajar di universiti Malaya saya ni jenis yang terkehadapan, kaki belajar dan suka berdebat dalam kelas.
Memang orang lelaki takut nak dekat dulu. Lagipun rupa pun kurang. Tapi saya bukan jenis tunggu dia datang pada saya. Saya yang cari dan approach dia.
Waa berani kan saya? Ya sebabnya dulu semasa di kampus, saya ada terbaca surat luahan senior yang merupakan seorang pelajar terbaik dan cemerlang. Kebetulan surat itu terselit dalam buku yang saya pinjam darinya.
Dia sedih kerana masih belum berkahwin di usia yang agak lewat kerana tiada lelaki yang mendekatinya. Mungkin kerana dia terlalu hebat dan cemerlang. Lelaki jadi “insecure”.
Seronok melihat rakan-rakan sebaya sudah berkeluarga & mempunyai anak, pasti timbul keinginan dalam dirinya untuk berkeluarga.
Saya bersyukur saya membaca surat tersebut ketika saya masih muda.
Saya berazam untuk tidak mengulangi kesilapannya. Saya tahu kalau saya tunggu je ramai yang takut nak dekat.
Jadi saya sendiri kena berani dan pilih. Lagipun jodoh akan menentukan masa depan kita.
Saya kata pada diri saya,
“Asmak nak membina keluarga terbaik perlu usaha yang terbaik.”
Jadi saya pun mula plan marketing, kemudian saya dan kawan siasat latar belakang dia. Cek solat jemaah kat masjid, kawan2 rumah sewa, kawan2 sekelas dll
Saya minta mak ayah istikharah. Akhirnya apabila sudah ada keyakinan, saya pun minta adik saya hubungi dia untuk nyatakan hasrat.
Alhamdulillah akhirnya dia terima saya. Dan kini kami telah 20 tahun berkahwin.
Sebenarnya untuk wanita yang terlalu aktif kehadapan ada caranya untuk ikhtiar jodoh.
Perlu berani, perlu lakukan perancangan dan marketing yang betul dulu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.