Awet muda betul keluarga Ngasri, anak beranak macam tak ‘makan’ tua. Setiap kali kemunculan ahli keluarga Ngasri, pasti ramai yang cemburu dengan penampilan mereka yang seakan langsung tak dimamah usia.
Awet Muda Betul Keluarga Ngasri, Anak Beranak Macam Tak ‘Makan’ Tua
Terbaharu melalui satu perkongsian video Bell Ngasri bersama adik beradiknya yang dikongsikan oleh abangnya, Naszeli. Ramai warga maya memuji penampilan keluarga ini. Dalam video itu juga kelihatan bapa mereka, Ngasri Sain. Ramai warga maya memuji keluarga ini yang kelihatan masih sama seperti dulu, tidak begitu dimamah usia.
Ngasri Sain sendiri pun sudah berusia 74 tahun namun tetap nampak muda. Wajah dan fizikalnya seakan mencerminkan lelaki yang sudah berusia 74 tahun. Penampilannya jauh lebih muda daripada usianya yang sebenar.
Tidak terkecuali juga dengan abang Bell, Naszeli Ngasri, kelihatan muda walaupun kini sudah mempunyai cucu. Maka tidak hairanlah Bell, Anne dan Darling juga memiliki wajah yang awet muda.
Bell merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Adik beradik Bell terdiri daripada Nasliza Ngasri (kakak), Naszeli Ngasri (abang), Nasreen Ngasri atau Darling (adik), Naszriah Ngasri atau Anne (adik), Nassuhada Ngasri (adik).
Ramai warga maya beranggapan genetik keluarga ini yang membuatkan mereka tidak kelihatan dimamah usia.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang memuji dan tidak kurangnya sedikit cemburu dengan anak beranak ini.
Selain soal kahwin, anak juga sangat sensitif untuk diperkatakan oleh sesetengah pihak. Terutama sekali bagi pasangan yang sudah lama berkahwin namun belum ada rezeki menimang cahaya mata sendiri.
Usaha, doa dan tawakal namun ketentuan Tuhan tak siapa boleh meneka. Tekanan dari pelbagai pihak menyebabkan sedikit sebanyak menyesakkan dada terutama sekali wanita. Serasa tidak lengkap fitrah sebagai wanita apabila diri tidak mampu mengandung dan melahirkan anak seperti wanita lain.
Perkongsian wanita bernama Nor Farah Dilah menerusi laman facebooknya menyentak naluri seorang wanita. Hanya yang melalui memahami betapa diri setiap wanita itu amat berharap mampu menimang cahaya mata sendiri.
Nyata Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Luahan hati selama 20 tahun didengari dan akhrinya wanita ini hamil dan menimang cahaya mata sendiri. Ikuti perkongsian yang cukup sebak bagi yang membacanya!
Assalamualaikum . Mohon siarkan ya . Sekadar inspirasi utk yg lambat dpt cahaya mata .
Saya bernikah pada tahun 1998. Zuriat ? Ya , anak , penyeri rumahtangga . Semua wanita impikan. Mimpikan. Inginkan. Begitu juga saya dan suami. Keluarga sikit tak kisah, bagi mereka itu semua Allah yg punya kuasa. Tapi tidak bagi saya, saya sangat teringin zuriat sendiri.Begitu juga suami . Suami sering ingatkan saya, sabar ya Sayang .
Saya seperti wanita mental bila menjelang 10 tahun perkahwinan, air mata peneman, sejadah bersiram air mata setiap hari, saya sngt cemburu dgn wanita yg melahirkan zuriat, bila kawan2 bersalin, saya balik rumah dah kurungkan diri berhari2 . Allah, dimana silap saya sampai begini saya di uji .. Allahhuakhbar . rapuhnya iman saya bila saya mula terfikir nak culik anak org .
Hari berganti , saya tak bercampur masyarakat, hanya pergi balik kerja, begitulah sehingga 19 tahun usia perkahwinan . Doa sedetik tak pernah putus dlm hati. Sangat teringin utk jadi ibu, punya janin di dalam rahim, sampai kan saya pernah berdoa , Ya allah, bagilah peluang pada hambamu ini utk merasa nikmat menjadi ibu, walaupun janin yg cacat sekalipun, aku sanggup ya allah … Allah hu Akbar .. ???
Setiap hari saya menunggu dah 20 tahun, sehingga saya jatuh sakit , Allah , dugaan .. Saya redha andai ini bahagian saya . saya ke hospital utk terima rawatan, ambil darah, urin test … Doctor dtg kepada saya sambil tanya, puan sekarang umur berapa ? Saya jawab 41 . Doctor senyum , dia ckp puan hamil tau .. serta merta, bergenang air mata saya .. Allahhuakbar, ya Allah .. Allah maha berkuasa . Allahmdulillah …. Habis segala puji utk Allah . ya, sya disahkan hamil 4 bulan ..
Perasaan saya, melangkah keluar hospital, diri rasa diawangan, rasa mcm mimpi. Memandu pulang dlm keadaan gigil. Sampai rumah saya kaku, diam sampai suami saya pulang. Saya ajak suami berjemaah, dia kata nti abg mandi dulu .Selesai solat, saya pegang tangan suami, saya tatap mata dia, tapi suami seperti biasa , sabar ya sayang, Allah belum beri kita rezeki , saya dpt lihat air mata suami walau dia cuba sembunyikan. Saya gengam tangan dia, saya ckp , abg , syg mengandung 4 bulan . Sepantas kilat terkeluar dari mulut suami, apa ?? Betul ke syg ? Betul ??? Syukur ya Allah .. Tinggi suami menadah tangan mensyukuri rezeki Allah . berderai air mata kami suami isteri .
Suami ambil cuti seminggu, selama seminggu setiap malam dirinya disejadah , tak henti bersyukur . hidup saya seperti mati hidup balik . saya mula nampak cahaya matahari . saya sudah ketawa, saya sngt bahagia .
Kandungan saya tiada masaalah, bersalin ceazer sebab anak besar . 11.00 mlm saya msuk dewan bedah, 11. 15 pm saya dah nampak anak saya . syukur ya Allah, bagi saya rasa jadi ibu . Anak saya berambut lebat hitam, kulit sangat merah , perempuan, cukup sifat dan sempurna, berat 4.3 kg . tak berhenti di mulut saya , syukur ya Allah, syukur Alhamdulillah . satu2 nya anak tunggal saya kerana saya tidak d benarkan hamil lagi memandangkan usia sudah 41 tahun .
Puteri Marissa bt Abdul Rahman Dikau segalanya bagi mama dan papa Alhamdulillah…
Walau teruja macam mana sekali pun untuk meraikan Hari Raya ini, adab seisi keluarga sebagai tetamu jangan dipandang ringan. Apa yang pasti bukan anak-anak kita sahaja perlu dijaga adabnya, malah kita yang sudah berusia ini juga kadang-kadang tidak terlepas daripada alpa. Bimbang juga akhirnya mengundang rasa tidak selesa kepada tuan rumah. Kalau boleh, biarlah kunjungan keluarga kita menjadi suatu perkara yang menyenangkan hati tuan rumah.
Untuk itu, jom ketahui beberapa adab bila beraya di rumah orang yang dikongsikan oleh Firdaus Syakirin ini. Jom semak.
“Tips dan Adab-adab beraya di rumah orang”
Raya dah tak lama lagi dah, lagu-lagu raya pun dah berkumandang sana sini, so abam nak kongsikan tips dan adab-adab beraya di rumah orang :
1. Call dulu sebelum datang
Perkara ni bukan apa, untuk memudahkan tuan rumah…mungkin dia boleh suruh kita pergi rumah lain dulu, sebab rumah dia dah penuh…mungkin juga dia boleh prepare apa yang patut bila tahu kita nak datang…mana la tau, kot-kot ada makanan yang dah habis, dia boleh masak baru, topup baru sebelum kita sampai.
2. Berkunjung dengan niat untuk menziarah.
Bukan niat untuk nak tengok dia tukar kereta baru ke, dia tukar perabot baru ke, tahun ni langsir dia design apa dan warna apa, apa tema baju raya dia sekeluarga…dia tak tukar apa-apa pun tak pa, bukan menjadi sesuatu yang wajib bilamana raya je, kena serba serbi baru…nope…
3. Kalau ada anak kecik, tolong jaga, tolong kawal.
Pesan kat anak-anak kita sebelum sampai rumah orang tu, suruh diorang behave, jaga kelakuan, jangan buas, jangan melompat sana sini, jangan conteng sofa orang, jangan celup tangan dalam akuarium orang, jangan masuk ke dapur orang, duduk kat ruang tamu SAHAJA, makan apa yang ada, jangan merungut, jangan buat muka kalau tak ada benda yang dia suka makan…warning dia, kalau tak behave, abah cubit atau masuk je dalam kereta, kena dengan mak…jangan biar anak-anak kita melilau dalam rumah orang, pegang macam-macam atau rosakkan barang orang…alasan “ala, budak-budak, biasa la…” NO NO NO, Pasu aku yang ank kau pecahkan tu, aku beli kat Antartika beb…!!!
4. Jangan menyusahkan tuan rumah.
“Ala, air oren ke? Ada Teh Ais Cincau tak? boleh bancuh Teh Ais Cincau tak?” “Mee ni campur sayur eh? Boleh tak buat mee yang tak de sayur sebab I tak makan sayur, jangan lupa letak ayam dan daging…” Beb, ko sapa beb? PM Malaysia? Sultan Selangor? Ko marhaien gak beb, minum dan makan apa yang ada. Ko datang beraya, bukan ko pegi restoran 5 star…banyak cekadak plak dia nak tuan rumah ikut selera dia…
5. Minta izin ke tandas, atau ke dapur, atau nak solat.
Suarakan keinginan nak guna tandas, atau nak bawak pinggan yang dah habis makan tu untuk dicuci didapur, atau nak tunaikan solat. Jangan terus redah masuk rumah orang macam tu ja…ada tempat-tempat yang tuan rumah kurang selesa untuk tetamu masuk atau tengok, jadi sila hormati tuan rumah…
6. Duit raya bukan perkara wajib.
Duit raya ni sifatnya sedekah, bukan perkara yang diwajibkan dalam Islam, hukumnya juga harus…kita dibesarkan dengan budaya bagi duit raya pada hari raya, so kalau ada rumah yang tak bagi, JANGAN MINTAK…kalau ada rumah yang bagi, jangan ckp “ALA, 3 RINGGIT JER”…itu hak tuan rumah untuk bagi, takde nilai tetap, semuanya atas kemampuan tuan rumah…
7. Jangan duduk lama sangat.
Bila berkunjung ke rumah orang, jangan la duduk lama sangat…tuan rumah memang tak cakap apa, tapi common sense la untuk berpada-pada duduk rumah dia…dia mungkin nak kena mandi, mugkin nak kena masuk dapur mengemas, mungkin nak kena bersihkan rumah sebelum kedatangan tetamu lain…maka, perlu ada kesedaran untuk TAHU bila nak balik…mentang-mentang TV tayang citer best, 3 jam punya crita, hindustan, 3 jam ko duduk umah dia…tu umah orang, bukan panggung wayang…
8. Letak tepi la HP tu.
Raya ni, kalau boleh, ko letak la tepi hp Hawauwei P30 ko tu…simpan dalam beg…bersembang, meriahkan suasana rayatu…JANGAN #rayaumahsenah#lamatakjumpa#diabuatmeekuah#sedap#jemputdtg…bukan masanya ko nk ber-FB, ber-Insta bagai, Tweet2, berhashtag bagai..masa untuk beraya, untuk nak tanya khabar masing-masing…kalau datang untuk main HP, WI-Fi cemey, ko tak yah datang la dik…kita beraya melalui wassup ja…
9. Berterima kasih kepada tuan rumah.
Ucapkanlah terima kasih kepada tuan rumah sebelum balik kerana diorang sudi melayan kita sebagai tetamu mereka…puji makanan yang disediakannya…bagi tuan rumah gembira dengan kedatangan kita…
Deep pulak tips beraya abam kali ni…semoga bermanfaat ya, take note point-point penting ni to avoid ko kena kecam atau kena viral lepas balik dari umah dia..
Peranan isteri bukan sahaja menguruskan rumahtangga tetapi turut membantu suami menambah pendapatan. Jika suami susah, isteri sanggup melakukan kerja tambahan untuk memastikan rumahtangga kekal bahagia.
Membantu suami kala susah, tidak salah jika bukan paksaan. Ia dilakukan atas kerelaannya. Tidak ramai wanita sanggup berbuatan demikian untuk suami. Sebagaimana perkongsian ini, menarik untuk kita renungan bersama bahawa tolak ansur dan saling membantu kunci bahagia rumahtangga.
SENTIASA DI SISI SUAMI KALA SUSAH DAN SENANG
Perempuan yang cantik itu banyak. Tapi perempuan yang boleh ada di saat kau terjatuh dan masih setia menyokong, itu sukar dicari ganti.
Hargailah mereka selagi Tuhan masih beri peluang untuk punya dia.
Lagi-lagi isteri! Isteri untuk disayangi, dilindungi, dicintai dan diberikan hak mereka sebagai seorang isteri.
Hentikanlah perbandingan seperti ini. Hentikanlah perbandingan yang menunjukkan isteri sekarang malas dan tak suka tolong suami. Hakikat sekarang, isteri kerja sama kuat dengan suami.
Jika mereka suri rumah, mereka lebih bekerja kuat. Jika mereka suri rumah dan berniaga sambilan, mereka bekerja lebih kuat. Jika mereka bekerja, menjadi suri rumah dan berniaga sambilan, mereka bekerja sangat sangat kuat.
PERANAN ISTERI DULU DAN SEKARANG LAIN
Isteri dulu dan zaman sekarang fungsinya sangat berbeza. Mereka berfungsi mengikut zaman, bukan berfunsi kengikut ketetapan suami. Bukan begitu.
Hargai isteri.
Jika mereka tak sempat masak sedap, kita belikanlah makanan sedap untuk mereka. Jika mereka tak sempat kemas rumah, kita bantulah kemaskan rumah untuk mereka. Jika mereka letih, kita jadilah tukang urut mereka. Jika mereka sedih, kita jadilah penenang mereka.
Membandingkan isteri dulu dan sekarang hanya dilakuakn oleh orang bodoh dan suami yang merasakan ini adalah perbandingan wajar adalah lebih bodoh lagi.
Sumber: Mohd Firdaus Jailan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di